Difahamkan, pemain badminton profesional wanita negara, Goh Jin Wei bertarung di Sukan Olimpik Paris 2024 bersendirian tanpa jurulatih. Biarpun tidak mempunyai jurulatih disisi, pemain perseorangan wanita berusia 24 tahun itu tetap meneruskan perjuangannya di Sukan Olimpik 2024. "Saya seorang saja atlet yang tak ada coach for Olimpik Paris 2024." Susulan video temubual Goh Jin Wei dengan wartawan tular di TikTok, ramai meluahkan rasa simpati terhadap pemain tersebut dan memberi sokongan kepadannya untuk kekal semangat bermain di gelanggang badminton. Dalam pada masa yang sama, ada juga sesetengah netizen yang tidak berpuas hati dengan Menteri Sukan, Hannah Yeoh yang membiarkan pemain tersebut pergi bertarung di Olimpik seorang diri tanpa ada jurulatih. Sumber : Beautifulnara Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
ADVERTISEMENT