Penyanyi Adira Suhaimi dan bekas suaminya, Datuk Seri Adnan menjadi perhatian netizen selepas cinta di antara mereka kembali mekar. Datuk Seri Adnan atau lebih mesra disapa Datuk Red sendiri mengaku akan kembali memperisterikan Adira tahun hadapan. Terbaru, Adira mengundang tanda tanya apabila memuat naik status mengenai dirinya yang hanya berdiam diri selama 9 tahun perkahwinan. Katanya, sepanjang tempoh itu dia berusaha untuk tidak melawan jadi perkara yang sama akan dilakukannya sekarang. Di hantaran tersebut, penyanyi ini turut meninggalkan hashtag #ytjt #mentang2Amisenyap dan #lali membuatkan timbul pelbagai andaian di ruangan komen. Sementara itu, ada netizen menasihati Adira supaya mengabaikan komen toksik dan mengekalkan sikap positif yang selama ini diamalkan. Sumber : OhMedia Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
Lentera replied at 31-7-2024 06:29 PM
Dasar penyondol x sedo diri
ADVERTISEMENT