TOKYO – Seorang lelaki di Jepun mengundang kecaman orang ramai selepas mendedahkan bahawa dia menerima isterinya mempunyai teman lelaki dan tinggal sebumbung bersama mereka, lapor saluran berita Odditycentral semalam. Pengakuan itu dinyatakan oleh Prince Soy yang merupakan seorang cef dan penulis blog tempatan. Menerusi platform X, Prince Soy berkata bahawa isterinya, Seira pulang ke Jepun selepas menghabiskan masa enam bulan belajar di luar negara pada 8 Julai lalu. Lebih mengejutkan, Seira pulang ke rumah bersama teman lelaki baharunya yang akan tinggal bersama mereka. “Isteri saya belajar di luar negara dan mempunyai teman lelaki baru dan akan kembali ke Jepun bersama-sama. “Dia akan tinggal bersama kami,” kata Prince Soy sambil menambah, dia tidak mempunyai masalah dengan perkara itu. Menurut Prince Soy, Seira memulakan pengajian pada Januari lalu dan mengaku mempunyai teman lelaki lain pada Mei lepas.
Kata Prince Soy, dia menerima dengan hati yang terbuka kerana mereka memutuskan untuk menjalinkan hubungan terbuka sebelum ini. “Saya berterima kasih kepadanya (teman lelaki) kerana menyokong isteri saya semasa dia mengalami kesukaran di luar negara,” kata Prince Soy. Perkongsian itu menjadi tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi termasuk kecaman daripada netizen. “Mengapa anda memaafkan isteri anda kerana melakukan apa sahaja yang dia mahu?,” kata seorang netizen. “Pertama sekali, perkataan ‘maafkan’ adalah salah. Isteri saya tidak melakukan kesalahan. Saya suka melihat dia bertindak mementingkan diri sendiri, melakukan apa sahaja yang dia mahu. Isteri yang tidak mementingkan diri sendiri tidak menarik bagi saya,” jawab Prince Soy. – AGENSI Sumber : Kosmo Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
“Saya berterima kasih kepadanya (teman lelaki) kerana menyokong isteri saya semasa dia mengalami kesukaran di luar negara,” kata Prince Soy.
Thunderclouds replied at 31-7-2024 01:22 PM
Japanis ni kalo bf/laki carik hooker pn xpe.
Bukan kategori curang.
Financial transaction sajork..no ...
Decaffeinated: Ada dua benda di sini. Open relationship, yang ini dia akui. Fetish terangsang tengok bini dikongkek oleh orang lain. These two are real those who are ...
Decaffeinated replied at 31-7-2024 03:08 PM
Ada dua benda di sini. Open relationship, yang ini dia akui. Fetish terangsang tengok bini dikongkek ...
jiji85 replied at 1-8-2024 08:44 PM
lumrah perempuan suka tgk benda cantik..jadi bla tengok perempuan lain cantik dia puji sebab dia i ...
jas7512 replied at 1-8-2024 08:58 PM
I suka tgk pompuan yg cantik mcm kita suka tgk barang2 yg cantik tapi kita xde pun bernafsu kat di ...
Decaffeinated replied at 1-8-2024 11:31 PM
Barrack Obama dengan Donald Trump punya taste tak sama. Obviously they were guided by nafsu. Whose ...
ADVERTISEMENT