CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Memilih Untuk Tidak Mempunyai Telefon Dan Media Sosial, Pierre Andre Mengutamakan Ketenangan Buat Diri Sendiri

31-7-2024 09:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10779| Komen: 44



Pengarah dan pelakon Pierre Andre mengakui dirinya berasa sangat tenang dengan ketiadaan telefon bimbit, termasuk akaun media sosial yang kini menjadi ‘keperluan utama’ setiap orang.

Pierre berkata, segala urusan kerja dan keluarga boleh menghubungi isterinya, Siti Nur Hidayah Hashim yang bertindak sebagai pengurus.

"Saya dah lama tak ada telefon (bimbit) sendiri sebab lebih tenang dan kurang rasa tekanan. Begitu juga, apa saja akaun media sosial pun saya tak ada."

"Memang lama juga dah tak ada telefon ni. Dulu, saya pernah merajuk sampai tak balik rumah dan bila nak hubungi keluarga, terpaksalah guna telefon awam di tepi jalan."

Menurut Harian Metro, dia sangat mengutamakan ketenangan buat diri sendiri dan itu dirasainya tanpa penggunakan telefon.

"Kalau saya nak tengok isu-isu semasa pun, biasanya tengok daripada telefon isteri saja."


"Memang saya ambil tahu segala perkembangan yang berlaku, cuma tidak meletakkan diri di media sosial.

Saya lebih suka merendah diri sebab pengurus saya pun adalah isteri sendiri. Cukup memudahkan pengurusan kerja dan hubungi saja dia (isteri) untuk cari atau dapatkan saya."

Mengulas juga ‘penyepian’ selama 10 tahun dirinya daripada radar industri hiburan, Pierre berkata, dia kini sudah terbiasa menjalani kehidupan seperti orang lain yang bebas ke mana-mana tanpa dikenali ramai.

"Saya pun sekarang banyak beri tumpuan kepada perniagaan pakaian yang diusahakan."

"Dari seorang yang hanya tahu mengenai filem sebelum ini, saya berubah mengenali kain sebab saya dan isteri ada perniagaan menjual pakaian."

Sekadar Rekod, Pierre mendirikan rumah tangga dengan Siti Nur Hidayah pada Jun 2013 dan mereka mempunyai dua anak iaitu Aishah Andre dan Zehra Andre.




Sumber : Murai.my




Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 31-7-2024 10:06 AM
bAGUSLAH dek Pierree, media soSIAL ni penuh dgn maknusia toksik belaka.. ekekek
Quote primarikey 31-7-2024 10:17 AM
Aku pn xde akaun media sosial...ada akaun cari forum je...selain baca forum aku baca berita2 dan info2 kesihatan secara online je
Quote matbad 31-7-2024 10:59 AM
Aku pnah setahun hidup xdak fon dan xguna internet..news smua aku xtgk xtahu..rasa tenang setenangnyaaaa
Quote kucingitam 31-7-2024 11:04 AM
betul. kalau takde hp mmg tenang hidup. sekarang weekend mmg aku tak usik hp. aku simpan dalam laci je.
Quote cruz2 31-7-2024 12:26 PM
matbad replied at 31-7-2024 10:59 AM
Aku pnah setahun hidup xdak fon dan xguna internet..news smua aku xtgk xtahu..rasa tenang setenangny ...

Allah kagumnya dgn u dik.. Tp akak tk leh lg buat mcm ni anak masih ada yg skolah skjp suruh trsfr ewallet, skjp suruh byr itu ini. Skolah pulak semua guna sistem online communication dgn parents. Soon insyaa allah nk tinggal terus tk boleh tp cuba kurangkan
Quote anilanil 31-7-2024 12:49 PM
Teruk dia kena catfish ngan si buntal tu, maya darina. Maybe org yg sama jadi dr azra. Ntah2 dia jugak si isabella, mantan pacar pekin yg supermodel from london tu. Mmg patut dia jauhi media social. Blom cukup kuat mungkin utk hadap realiti kena scam ngan si buntal.
Quote prince_marhaen 31-7-2024 12:51 PM
Edited by prince_marhaen at 31-7-2024 01:07 PM

Piere trauma dengan kes catfish Maya Darina Dahlan Himes kacukan Inggeris yang rupanya pompuan tua gempal kepam tu ke? hihihihi
Sampai angau bang piyer... hihihi..

Sial punya pompuan ni ye... ada beberapa retis pun kena kan? Faizal Tahir, Pekin, etc. zaman2 awal blogging dulu.
Rupanya si kepam ni kerja production company, penuli skrip. Siap Piyer kena control lagi..haha.



Definisi delulu yang sebenar.


..Maya Darina juga merupakan seorang penulis blog di madarina.blogdrive.com dan telah mengumpul ramai pengikut kerana kebolehan menulis dan cerita-cerita mengenai hubungan cinta beliau, antaranya dengan suami Marion Caunter (ketika itu teman lelaki), SM Nasaruddin SM Nasimuddin yang kononnya pernah melamar Maya Darina. Maya Darina dikatakan seorang gadis cantik kacukan Melayu-Inggeris yang kaya raya, namun menghidap penyakit kronik.

Bagaimanapun, setelah kisah ini mendapat tumpuan ramai, Maya Darina telah memadam blog tersebut dan menghilangkan diri.

Mengikut pendedahan melalui rancangan Melodi, seorang penulis skrip drama, telefilem dan filem tempatan, Ellyna Ahmad ialah Maya Darina yang sebenar. Ellyna didakwa telah mereka watak itu di Internet dan ‘bercinta’ dengan beberapa orang selebriti.


Ellyna dikatakan bercakap dengan mereka menerusi telefon sambil menyamar sebagai wanita bernama Maya Darina. Untuk menguatkan cerita yang Maya Darina itu wujud, Ellyna juga dikatakan mencipta pelbagai watak lain antaranya Melia, Molly dan Mollyna untuk berkomunikasi dengan mangsanya

Satu-satunya individu yang mendakwa Maya Darina wujud ialah Ellyna namun wanita itu tidak dapat membuktikannya. Setelah pendedahan dibuat di Melodi, Pierre Andre dipercayai telah dapat menerima hakikat Maya Darina tidak wujud, manakala Ellyna dikatakan telah dikeluarkan dari menjadi penulis skrip untuk sebuah syarikat perfileman yang menaungi Pierre dan Farid Kamil.

Kisah ini juga khabarnya sebenarnya dibongkarkan oleh salah seorang staf syarikat tersebut kepada pihak media.

Full story : https://the-big-fat-liar.blogspo ... -darina-dahlan.html
Quote songket_merah 31-7-2024 01:12 PM
dia pun pernah angau dengan sendat, masa ade berlakon sekali jadi hero heroin filem ape entah...
Quote vanillaninja 31-7-2024 02:02 PM
Sekarang ni ada lagi ke public phone? Macam dah pupus kan?
Quote adeqbun 31-7-2024 02:07 PM
xde media sosial xjd mslh..tp xde hfon ni mslh...org nak deal ngan ko pon susah..nak2 bini ko..
Quote Ytee 31-7-2024 03:38 PM
xde fon susah kalau apa2 hal. rasanye public fon pun dh xde.
Quote ezacbee 31-7-2024 03:46 PM
Pakai je 2210. Janji senang nak call. Nak cari public phone susah.
Quote Burong_Hantuk 31-7-2024 04:02 PM
tenang is good!!!
Quote Prickford 31-7-2024 04:19 PM
prince_marhaen replied at 31-7-2024 04:51 AM
Piere trauma dengan kes catfish Maya Darina Dahlan Himes kacukan Inggeris yang rupanya pompuan tua g ...

Gambar Maya Darina takde ke?

Quote pocongkiutss 31-7-2024 04:40 PM
Trauma dgn Maya Darina ni

Lepas kes tu dia senyap jah kan

Jom mengimbas psl Maya Darina Dahlan Hines jom..ni retis..so threadnya patut kt atas
Quote pocongkiutss 31-7-2024 04:42 PM
Prickford replied at 31-7-2024 04:19 PM
Gambar Maya Darina takde ke?

Gambo porumer atttach tu dia la
Quote pocongkiutss 31-7-2024 04:47 PM
Maya darina ni irg yg sama klentong pejal tahir kan
Quote prince_marhaen 31-7-2024 04:49 PM
Prickford replied at 31-7-2024 04:19 PM
Gambar Maya Darina takde ke?

tu gambau ngan piere tu si tembam tu.. hahahaha
Quote prince_marhaen 31-7-2024 04:52 PM
pocongkiutss replied at 31-7-2024 04:40 PM
Trauma dgn Maya Darina ni

Lepas kes tu dia senyap jah kan

Dia trauma, depression, anxiety, terus senyap kan, tau2 berjambang macam tabligh, pastu kahwin & senyap.
Kira acik Ely (nama sebenar acik kepam tembam tu) ni memang catfish gila2 ye. FT nama dia kena petik kekonon kenal Molie, kawan Maya Darina, padahal Moli tu pun acik kepam tu jugak...watak lain... hahaha ala-ala split ye pelbagai watak.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.040251 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top