CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Zulfarhan: “Tiada seorang pun di antara kami yang benar-benar tahu apa yang berlaku. ‘Secret kept at its best’

30-7-2024 11:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 35850| Komen: 47


PETALING JAYA – Seorang alumni Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memaklumkan bahawa tiada penuntut yang mengetahui tentang tragedi berdarah yang menimpa Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Menerusi perkongsian @haiyakasim di Twitter, dia berkata, perkara itu telah disembunyikan oleh pelaku dengan begitu rapi.

“Tiada seorang pun di antara kami yang benar-benar tahu apa yang berlaku. ‘Secret kept at its best’ (rahsia disimpan sebaik mungkin). Mereka (pelaku) semua senior daripada batalion lain.

“Masa bulan Ramadan, malam itu batalion saya tengah moreh makan piza dekat mes kadet dengan ‘oc’ (pegawai bertugas), tiba-tiba datang ‘kakitangan bertugas’ bisik dekat pegawai ‘mati…..’. Itu sahaja yang saya dengar,” katanya.

Hantaran itu dibuat alumni tersebut bagi mengulas pertanyaan segelintir pengguna media sosial yang mempersoalkan mengapa tiada penuntut UPNM yang bertindak menyelamatkan arwah.


Mengulas lanjut, katanya, dia rakan-rakan masih tidak mengetahui apa yang berlaku dari malam berkenaan sehingga waktu sahur keesokan harinya.

“Dalam pukul 3 hingga 4 pagi, banyak lampu merah dan biru konvoi datang. Kami pun terkejut. Kemudian baru kami nampak enam tertuduh dan berbelas orang dipanggil naik ke blok,” ujarnya.


Sehubungan itu, katanya, pemerintah tentera telah mengambil inisiatif untuk memecahkan empat batalion kepada lapan kompeni.

“Kakitangan bertugas akan buat rondaan setiap aras pada setiap malam. Kali terakhir saya tahu, junior dan senior juga dipisahkan mengikut blok,” tambahnya.

Untuk rekod, Allahyarham Zulfarhan disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017 selepas mengalami kecederaan akibat dipukul dan ditekap menggunakan seterika wap.

Pada 23 Julai lalu, enam bekas penuntut UPNM yang sebelum ini dipenjara 18 tahun yang didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan, Putrajaya pada 23 Julai lalu. 


Sumber : KOSMO! ONLINE




Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 30-7-2024 11:23 PM
Kau je tak tau.

Orang lain tau. Har.
Quote MissYouSayang 30-7-2024 11:32 PM
iols rase dak2 uni p'bunuh ni mesti mgamalkan prinsip ingorant is bliss kekdahnyeh
Quote BoongaKertas 31-7-2024 08:53 AM
iols jd skeptikal dgn uni ni lps kes ni. rasa kalau ada anak, this uni mmg mati hidup blk pun iols x kasi anak iols masuk.
Quote supernaturalee 31-7-2024 10:18 AM
ni serupa ape taw
musuh dah masuk serang kt dalam
tp depa set2 konon so called army ni duk melopong tak taw apaaa


puiiiiiiiiiii




Quote supernaturalee 31-7-2024 10:20 AM
klu ranking msia/dunia no berapa la u ni

harusss antara tercorot kan
Quote bpbbppbp 31-7-2024 12:46 PM
Edited by bpbbppbp at 31-7-2024 01:09 PM

Kalau blok lain tu tak heran x tau sgt.
Tapi yg satu blok tu, xkan xtau, arwah pun ada jerit2 mse tu.
Statement dia ni tak mewakili semua student yg stay blok tu. Yg pasti pengurusan hauk  
Quote Samerosie 31-7-2024 12:57 PM
siapa yg coined secret kept at its best tu?  TT ke mamat X ni.  Actually bukan secret kept at its best, more to best kept secret tapi sebenarnya tak pun sebab result dia someone died and 6 orang ke tali gantung...

so while kau tengah enjoy moreh kat mess officer, kau oblivious la to your surrounding.  camne nak jadi askar ni?
Quote otai_g 31-7-2024 01:01 PM
Gantung is gantung. Kes mcm ni x pernah dgr plk di kalangan askar Amerika or Israel. Knp yer?
Quote uori 31-7-2024 01:16 PM
otai_g replied at 31-7-2024 01:01 PM
Gantung is gantung. Kes mcm ni x pernah dgr plk di kalangan askar Amerika or Israel. Knp yer?

sebab Secret kept at its best lah kot
Quote kucingitam 31-7-2024 02:09 PM
uori replied at 31-7-2024 01:16 PM
sebab Secret kept at its best lah kot

...atau bahasa hipsturnya...YTJT...hihih
Quote uori 31-7-2024 02:22 PM
kucingitam replied at 31-7-2024 02:09 PM
...atau bahasa hipsturnya...YTJT...hihih

setuju seratus persen
Quote Samerosie 31-7-2024 02:38 PM
otai_g replied at 31-7-2024 01:01 PM
Gantung is gantung. Kes mcm ni x pernah dgr plk di kalangan askar Amerika or Israel. Knp yer?

Sebab capital punishment death by hanging kan outlawed in the US, inhumane katanya even for martial court law.  So derang pakai lethal injection.
Quote miss_white 31-7-2024 03:00 PM
6 ekor yg buli  arwah kata nya kawan baik
Quote Mary_jane 31-7-2024 03:02 PM
Secret kept at its best atas dasar brotherhood ler tu konon nya.

Quote KamikuP 31-7-2024 03:07 PM
Kalau anak meolls dpt belajar UPNM harus meolls keluarkan dari situ dan masuk IPTA/IPTS l;ain..  puikkan ajer
Quote Samerosie 31-7-2024 03:08 PM
Mary_jane replied at 31-7-2024 03:02 PM
Secret kept at its best atas dasar brotherhood ler tu konon nya.

Ini yg sebenarnya kan tapi nak gak mencapup kat socmed.
Quote asma87 31-7-2024 03:24 PM
Alah..kalau tau pon jadi cam aufa tula...acah2 terpaling hero.. hujung2 puji Univ pembunuh. Nak dpt naik pangkat cepat lettew
Quote asma87 31-7-2024 03:25 PM
supernaturalee replied at 31-7-2024 10:20 AM
klu ranking msia/dunia no berapa la u ni

harusss antara tercorot kan

Baiklah masuk Giatmara..Ada jugak sijil kemahiran..masuk upnm, silap2 dapat sijil kematian
Quote mizruncing 31-7-2024 03:44 PM
yang tak tau pape memang tak tau laa.. tp masalahnya yg tau n terlibat pon buat2 tak tau. sampai dah meninggal arwah tu baru kes jadi besar sbb maybe masa akmal ngan azamuddin kena tangkap kat hosp serdang masa tu, baru dorang petik nama okt lain yg terlibat. klu arwah still hidup mmg macam mayat hidup jela depa buat

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.089136 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top