CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Konvoi motosikal enggan berganjak, halang laluan bomba

30-7-2024 11:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 27910| Komen: 8



JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi konvoi sekumpulan penunggang motosikal yang tidak memberi laluan kepada jentera bomba yang membunyikan siren, lapor laman berita Detik hari ini.

Kejadian berlaku di Sragen, wilayah Jawa Tengah.

Berdasarkan video yang dimuat naik di laman Instagram, konvoi motosikal itu difahamkan melibatkan kumpulan pencak silat.

Jumlah mereka yang ramai menyebabkan motosikal dalam konvoi tersebut memenuhi jalan.

Sebuah jentera bomba kemudian dilihat dipandu tergesa-gesa dan membunyikan siren, menandakan ia berada dalam kes kecemasan.

Meskipun pemandu kenderaan bomba membunyikan hon berkali-kali, kumpulan penunggang motosikal berkenaan tidak memberikan laluan.

Malah, ada antara mereka yang masih selamba mengibar bendera konvoi.

Setakat ini, tiada butiran lanjut mengenai kejadian itu. – AGENSI


Sumber : KOSMO! ONLINE




Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 31-7-2024 09:12 AM
ingatkan kat msia. baru nak kecam. kalau konoha, mcm x heran sgt.
Quote KamikuP 31-7-2024 03:05 PM
nyawa tiada nilai di konoha.. begitu juga sivik
Quote pokokmeranti 31-7-2024 03:39 PM
seorang mati masih ada 200 juta yg hidup...apa perlu ributttttttttttttt
Quote pejol 31-7-2024 04:03 PM
hahah keren kali penyelesaian nyaa mas
Quote Skuau 31-7-2024 04:24 PM
Sebab tu la indon buat konten mencerca Msia..bila benda dia 'boleh' buat kt indon..kita larang buat kt Msia.
Quote Itzy 31-7-2024 04:43 PM
Aku dok agak dah mesti di yindon punya. Yindon dengan india memang tiada beza, nak tergelak bila yindon dok hina makanan2 kotor di india padahal ramai je yindon pengotor dan ramai youtuber yindon gi makan makanan2 di india. Makan macam tak pernah jumpa makanan pulak tu, geli tekak aku.
Quote Minami2013 31-7-2024 07:25 PM
Vote dislike utk thread indon.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.036484 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top