CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Portion macam ni RM19??!! Itu pun berulang kali kata murah" - ‘French fries’ 10 batang harga RM19 dikecam

30-7-2024 10:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 34957| Komen: 140



PETALING JAYA – Seorang peniaga yang menjual ‘french fries’ atau kentang goreng jejari dengan meletakkan harga RM19 disifatkan terlalu mahal dan tidak berbaloi dengan sukatan yang diberi.

Menerusi perkongsian klip video di aplikasi X, seorang individu berkongsi pengalamannya membeli makanan tersebut di sebuah gerai dipercayai terletak di ibu negara.

Berdasarkan video berdurasi kurang seminit itu, kentang goreng itu turut disaluti dengan sos mayonis dan serunding ayam.

“‘Macam ini RM19? Itu pun berulang kali dia (peniaga) kata murah. Macam tak kena je ‘portion’ (sukatan) dengan harga,” luah Amighul Deghaman.

Sehubungan itu, rata-rata mempersoalkan tindakan peniaga terbabit dengan meletakkan harga yang tinggi untuk makanan ringan berkenaan.


“RM19 boleh dapat satu beg kentang, engkau goreng dekat rumah. Hari-hari boleh makan,” kata Nadia.

“Otak dia RM19 macam itu. Gila ke, kalau beli makanan lain dekat luar dah dapat air satu set. Kentang murah sahaja,” jelas Zulaiqha.

“Apa logik harga macam ini? Aku tahu lah sewa tapak, kos barang asas dan nak bayar pekerja semua. Tapi yang jual makanan dekat kafe pun tak semahal macam ini. Harga macam satu set makanan sekali air,” jelas Shirei.

Sementara itu, selain dikecam harga mahal, makanan itu yang dipercayai tular di media sosial turut dikritik tidak sedap.

“Aku gagal menahan ‘fomo’ (takut ketinggalan) hari itu. Kita cuba beli tapi alhamdulillah, tak sedap,” ujar Umie. 


Sumber : KOSMO! ONLINE




Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 30-7-2024 11:00 PM
Bagi akak yang tak minat makanan acah viral ni, mmg mahal yach sissy. Agaknya jadi mahal sebab nak cover cost sos2 banyak bergenang tu kot sissy? Like eeeewwww sissy. Budak muda sekarang kenapa yach minat sangat makanan sos bergenang macam gitu sissy?

At least nak jual mahal pun kau jual RM8.90 mungkin la kot akak boleh rasa reasonable sissy.
Quote dua_chzy 30-7-2024 11:01 PM
Memang mahal. Mashed potato goreng je tu, bukan spesel sangat pun. Tak silap ada orang jual portion gini, RM 10. Tu pun dah cukup Yahudi bagi aku. Ni dah level Zionist la kot.
Quote _blackbird 30-7-2024 11:04 PM
Nasib la aku cuma makan spegetti je. Sampai spegetti pon aku bantai makan dengan kuah laksa
Quote habisnamadahni 30-7-2024 11:05 PM
food festival ni mmg letak harga parang ke camne..baru ni aku p putrabell festival tu..xde yg menarik pun..dh tu harga mahal..portion kecik..yg aku rs puas ht cuma air mango je ..dgn tacos2 keping rm15 yg lain hampehh
Quote _kelly 30-7-2024 11:29 PM
tu la orang beli mekdi kepci marah kata yahudi padahal korang sendiri yang yahudi
Quote MissYouSayang 30-7-2024 11:34 PM
pooh~key replied at 30-7-2024 11:00 PM
Bagi akak yang tak minat makanan acah viral ni, mmg mahal yach sissy. Agaknya jadi mahal sebab nak c ...

So maknenyehh uols bukan target customer dorg...jgn nak prasannn sgt la
Quote alesandra 30-7-2024 11:35 PM
habisnamadahni replied at 30-7-2024 11:05 PM
food festival ni mmg letak harga parang ke camne..baru ni aku p putrabell festival tu..xde yg menari ...

xyah food festival la.niaga tepi jalan pun dibantainyer mahal.nasi ayam kunyit sampai 8 hengget..lebih kurang sama je dgn rege restoran silap2 aku  dapt free air.tepi jalan ni lesen pun ko xde.apa yg ko overprice tu syaiiitonnnn
Quote bintangct 30-7-2024 11:49 PM
lari topic jap
aku rasa lliolio rege yahudi sgt tp anak aku suka gila
rege fries ni sama je yahudi dgn lloolio tu
Quote naina 30-7-2024 11:54 PM
Xyah g food festival la..tak sedap langsung. Dah tu mahal gila. Makanan semua takda kualiti. Tu baru food festival. Baru ni hari sukan sekolah anak aku ayam gunting harga RM11. Tak patutnya jual camtu kat sekolah. Taula hari sukan. Mak bapak bagi berapa je pun. Aku bagi anak aku rm10 sorang. Aku datang lewat ckit. Berapa jela rm10 tu kalau jual rega taraf food festival. Gila.
Quote _kelly 31-7-2024 12:07 AM
alesandra replied at 30-7-2024 11:35 PM
xyah food festival la.niaga tepi jalan pun dibantainyer mahal.nasi ayam kunyit sampai 8 hengget..le ...

nasi ayam pak gembus niaga tepi jalan pon rm16 uolsss..baik g makan cafe terus siap ekon bagai..koser
Quote TOPwind 31-7-2024 12:22 AM
komplen mahal tapi beli juga

nape??

Quote manop 31-7-2024 12:24 AM
Edited by manop at 31-7-2024 12:26 AM
pooh~key replied at 30-7-2024 11:00 PM
Bagi akak yang tak minat makanan acah viral ni, mmg mahal yach sissy. Agaknya jadi mahal sebab nak c ...

sape suruh kerja dgn cari porum takde sookso/yipeeaf sissy... baik ko buat masaj2... happy ending 250 sejam sissy
Quote SuduKayu19 31-7-2024 12:29 AM
biasa lah kan zaman sekarang kalau dah kat food festival semua mahal betol jual. potato tu pun mahal sebab jual nama tu kan influencer punya
Quote matbad 31-7-2024 12:34 AM
pooh~key: Bagi akak yang tak minat makan ...

Nak tiru yg kat hatyai tu..kat sana portion triple dri ni bru rm10..org nak buat dia pn nak buat
Quote hyie 31-7-2024 01:30 AM
iols perasan kalau food festival ke apa ni kan, harga minimum yang diorang jual makanan RM8. Maybe sewa tapak mahal? tapi tetaplah ramai orang beli yach
Quote Dovahkiin 31-7-2024 05:31 AM
Mcm Toro Fries kat Haatyai. Harga belas2 ringgit gak la, tapi portion dia lebih banyak dr yg ni.
Quote Suchi 31-7-2024 06:41 AM
Kat aeon kat ioi city mall ada jual ni dlm RM20 kot
Ramai gak beratur
Iols tak penah beli pun
Iols akan beli dessert yg ada label 50% terutama bila jam 7pm keatas
Quote sayurmayur88 31-7-2024 07:37 AM
mkanan yg kononnya "viral", majoriti tak sedap, mahal dan entah apa2..
paling busuk pon dapat cheese jer lebih, tu jer la pon..
Quote lee_sakura 31-7-2024 07:43 AM
iols xpernah beli benda2 mcm ni, kentang tu panjang2 betoi ke kentang atau tepung kentang je

Lihat semua komen(140)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.076807 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top