BANDAR KUWAIT – Sepasang pengantin baharu di Kuwait menjadi perhatian orang ramai apabila mereka bercerai selepas hanya tiga minit mendirikan rumah tangga, lapor saluran berita Bangkapost hari ini. Wanita itu memutuskan untuk bercerai selepas suaminya melontarkan perkataan ‘bodoh’ kepadanya di khalayak ramai. Difahamkan, wanita itu tersandung lalu terjatuh semasa mereka berjalan menuju ke pelamin. Disebabkan rasa sakit hati, dia segera membawa perkara itu ke mahkamah dan meminta hakim membatalkan status perkahwinan mereka dan permintaannya dipersetujui. Perkongsian itu menjadi tular di media sosial dan rata-rata, netizen lega dengan keputusan yang diambil oleh wanita itu. “Jika dia (suami) sudah bersikap begitu dari awal, lebih baik tinggalkannya segera,” kata netizen. “Perkahwinan tanpa rasa saling hormat menghormati merupakan perkara yang salah sejak dari awal,” kata netizen lain. – AGENSI
Sumber : KOSMO! ONLINE Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
sukacactus replied at 31-7-2024 01:53 PM
Buat yg acah2 love at the first sight tu bw2 turun ke bumi nyata
Bkn senang sebenarnya nak get along ...
ADVERTISEMENT