CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua lelaki ditemui maut dalam lubang disyaki curi kabel

30-7-2024 10:34 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 26194| Komen: 27



JITRA: Dua lelaki yang ditemukan maut selepas terperangkap di dalam lubang di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Kamunting, hari ini, dipercayai hendak melakukan jenayah curi kabel milik syarikat telekomunikasi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan, berkata kedua-dua lelaki itu dikatakan sempat mencuri kabel sebelum terperangkap dan lemas di dalam lubang berkenaan.

Katanya, kejadian itu disedari orang awam yang ternampak penutup lubang itu dalam keadaan terbuka pada jam 8 pagi tadi sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis.

"Berikutan itu, pihak polis menghubungi syarikat telekomunikasi terbabit dan pihak bomba untuk memaklumkan perkara itu.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan menemui dua lelaki terbabit dipercayai terperangkap dalam lubang sedalam kira-kira enam meter itu.

"Polis memanggil bantuan daripada pihak bomba untuk membawa naik mayat dua lelaki terbabit disebabkan keadaan lubang itu agak dalam," katanya ketika ditemui di lokasi, hari ini.


Menurut Rodzi, berdasarkan siasatan, dua lelaki itu dipercayai sudah berjaya memotong kabel syarikat telekomunikasi itu pada lubang pertama yang jaraknya kira-kira 30 meter dari lubang kedua.

Bagaimanapun, katanya ketika hendak memotong kabel di lubang kedua, mereka dipercayai terperangkap dan mati akibat lemas disebabkan kekurangan oksigen.

"Kita percaya kejadian ini berlaku awal pagi tadi sebelum penemuan mayat kedua-duanya tidak lama kemudian.

"Siasatan juga mendapati mereka adalah warga tempatan namun bukan penduduk di daerah ini.

"Bagaimanapun, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat kedua-duanya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk tindakan lanjut," katanya.

Media sebelum ini melaporkan dua lelaki ditemui meninggal dunia selepas terperangkap dalam lubang pembetung di depan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Kemunting dekat Jitra di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Mohd Bustan Karudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 9.29 pagi.


Sumber : Berita Harian

Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 30-7-2024 10:47 PM
Edited by Zazama at 30-7-2024 10:49 PM

Semoga kejadian sama tak berulang lagi. Tak ada pasal jgn cari pasal. Membahayakan diri. Takziah buat keluarga mangsa.
Quote sambaldurian 30-7-2024 11:29 PM
Ada 'black market' eh kabel2 ni. X fhm aku. Punya la ada kilang Msia buat kabel optik, nk jugak ada black market tang kabel ni.
Quote Purestteam1 31-7-2024 05:04 AM
Takziah.... banyak lagi kerja lain yg halal
Quote Barebow77 31-7-2024 06:59 AM
End up dalam lubang taik ke acaner..udahlah mencuri..takkan nak doakan semoga kematian husnul khotimah lak..gitew hatiku penuh keladak mengolah pengakhiran arwah..
Quote skinsandstars 31-7-2024 10:36 AM
name and shameeeeeeeee. tudia dahsyat betul mati begini.
Quote ChildrenOfBodom 31-7-2024 10:55 AM

[youtube]_XFVfCZUvj8[/youtube]

tak jauh dari rumah akuu..

dari lubang 6 meter masuk lubang 7 kaki
Quote supernaturalee 31-7-2024 11:00 AM
Barebow77 replied at 31-7-2024 06:59 AM
End up dalam lubang taik ke acaner..udahlah mencuri..takkan nak doakan semoga kematian husnul khotim ...


Quote noell 31-7-2024 11:21 AM
fibre optic ada harga ka sampai sanggup sabung nyawa??
Quote zorrro_03 31-7-2024 11:52 AM
elok lah mampos korang ni. menyusahkan aku je
Quote Kekunci_Hitam 31-7-2024 11:56 AM
nasib baik cepat jumpa.. bagus la ada yg prihatin bila nampak lubang tu terbuka..

kalau takde saper kisah takot mereput je dalam tu
Quote edayildiz 31-7-2024 12:09 PM
dulu kt kg i kejap kejap kabel kena curi..kabel apanth..tp masa tu steamyx salu xblh guna..dh telekom dtg baiki...curi lg..last2 dorg pun dh fedap

innalillah..kalau betul dorg mencuri semoga dipermudahkn urusaan ke neraka..
kalau dorg bkn mencuri semoga dipermudahkan urusan ke syurga firdaus dan semoga rohnya dirahmati Allah
Quote pokokmeranti 31-7-2024 12:11 PM
keracuan gas atau x cukup oksigen dalam tu?
Quote Meraki 31-7-2024 12:11 PM
Mati sia2
Quote ifanonline 31-7-2024 12:12 PM
ke neraka kabel la mereka
Quote bpbbppbp 31-7-2024 12:55 PM
Kesian pulak. Berapalah hasil curi kabel ni utk survive. Susah sgt ke orgnya tu. minta sedeqah elok lgi dri curi kabel ni.
Tpi elok bekerja lah. Klau mmpu curi kabel, ada kekuatan baik bkerja je jdi waiter kdai mkn
Quote Decaffeinated 31-7-2024 01:31 PM
Macam2 cara orang mencuri. Ini cara orang yang tak berapa pandai.
Quote AbukRokok 31-7-2024 01:56 PM
Type?
Quote mejaputih 31-7-2024 01:58 PM
pokokmeranti replied at 31-7-2024 12:11 PM
keracuan gas atau x cukup oksigen dalam tu?

biasa ada gas...lubang2 ni kena test dulu sblm masuk kot ada gas merbahaya..
Quote jiwakacau06 31-7-2024 02:00 PM
bpbbppbp replied at 31-7-2024 12:55 PM
Kesian pulak. Berapalah hasil curi kabel ni utk survive. Susah sgt ke orgnya tu. minta sedeqah elok  ...

selalu yg mencuri kabel2 ni penagih...
lps curi...bkr kabel untuk ambil aluminium ke hapa nama dlm kabel tu...jual besi buruk...

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.260536 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top