CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri dalam pantang, suami ‘makan’ luar. Penyondol pula bangga tayang momen ‘dating’ sana sini - “Suami curang dengan ex sekolah dulu"

30-7-2024 10:08 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 26382| Komen: 15



TATKALA sakit bersalin melalui pembedahan atau caesarean belum hilang, seorang wanita tidak menyangka akan berdepan dengan kesakitan lain pula.

Malang bagi seorang wanita ini apabila dia mendapati suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain ketika sedang berpantang selepas melahirkan anak sulung.

Lebih menyakitkan apabila mengetahui wanita itu merupakan bekas kekasih suaminya ketika di zaman sekolah.

“Suami curang dengan ex sekolah dulu. Entah macam mana boleh contact balik. Sudahlah aku tengah berpantang anak sulung.

“Aku dah contact perempuan tu, katanya sayang suami aku. Cinta lama berputik kononnya, suami aku pula kata tak ada apa dah,” katanya menerusi satu luahan di laman X.

Bagaimanapun perasaan curiga semakin kuat apabila menyedari suaminya melakukan perubahan di dalam telefon pintar miliknya.

“Kata tak ada apa dah tapi tiba-tiba ada locked chat WhatsApp. Dah sebulan benda ni jadi.


“Mental dan fizikal aku memang tak okay sebab beranak caesar. Aku dah beri amaran pada penyondol tu dah, kemudian suami aku minta maaf.

“Tapi benda ni tak habis-habis. Aku macam nak gila dah waktu pantang ni. Sikit lagi nak meroyan,” ujarnya yang cuba menahan kesabaran.

Bukan sekadar memeriksa telefon bimbit suaminya, wanita itu turut melakukan ‘siasatan’ terhadap semua laman sosial milik si penyondol.

“Instagram, Facebook dan TikTok perempuan ni, semua aku stalk. Dengan bangganya dia post keluar sana sini dengan suami aku.

“Tapi aku minta dia padam post tu, dia dah padam. Ya, suami aku pun memang tak guna. Aku dah beritahu suami aku pokai apa semua, tapi katanya boleh tanggung,” jelasnya.

Walaupun sudah bersemuka dan memberi amaran, nampaknya bekas kekasih suaminya masih cuba untuk mengganggu hubungan rumah tangganya.

“Aku dah warning dia supaya berhenti contact, tapi dia degil masih lagi dok kacau suami orang. Banyak kali aku sebut nak cerai.

“Suami aku beritahu yang dia sayang aku dengan baby (anak).Tahu pun sayang,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya menzahirkan rasa simpati terhadap ibu muda itu, dan pada masa sama mengecam perbuatan suami dan bekas kekasihnya di sekolah.

“Kalau suami sayang, dia tak curang. Dia nak awak ada sebab awak mudahkan urusan harian dia macam basuh baju, tolong masak, tolong sediakan tempat tidur.

“Biar je suami kau kahwin dengan perempuan tu. Dah dia nak sangat tanggung biawak hidup. Kau jaga anak kau je. Perah duit suami kau habis-habis.

“Selalu macam tu, penyondol ‘dilondehkan’. Tapi suami disimpan rapi, padahal suami pun sama-sama salah pergi curang,” demikian antara komen netizen.



Sumber : MStar




Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Gokuuu 30-7-2024 10:59 PM
Pokok pangkalnya hati suami kamu
Kalau betul dia syg kamu..dia akan jaga perasaan kamu

Jawapan simple sahaja
Jgn tanya patutkah aku bersama lagi apa harus aku buat...

Org..kalau benar cinta dia tulus..org ke 3 takkan wujud
Quote pocongkiutss 30-7-2024 11:03 PM
Mcm kes pizrosh le
Quote _blackbird 30-7-2024 11:08 PM
Jantan mcm ni mmg mcm babi. Tapi dah bini pon enabler, hadap je lah jantan babi mcm tu. Esok2 kalau si bini naik gila asik laki menjalang sana sini, boleh gak bini enabler yg lahap kote babi tu silanau bakas kan laki babi beliau
Quote Bubbleguppy 30-7-2024 11:15 PM
Gilerlah tgh pantang stalk husband dgn skandal dia..mau meroyan kang..fokus kat healing process dulu..then dah sihat, kumpul bukti untuk filing divorce and hak penjagaan anak kat court..jgn bagi second chance pun kat suami
Quote Dadooooo 31-7-2024 12:29 AM
Dua dua x guna.. yg jantan curang dan khianat isteri, yg  skandal x dk hati perut sanggup rosakkan rumah tangga kaum wanita lain. kalaupon jantan x guna cuba goda kau, boleh je tolak sbb laki org dan ko tau kalau kena kt muka sendiri mcm mana seksa dan sakit bila dicurangi..
Be the woman who fixes another women’s crown bukan tikam kaum ko sendiri
Quote nw111 31-7-2024 05:37 AM
Theory tak boleh lupa first love/crush tu mmg betulkah?
Or cuma terpakai kalau first love tu still hot...kalau dah kembang mcm gajah sure takde nk jatuh cinta balik agaknya..
Quote Barebow77 31-7-2024 06:53 AM
Curang mencurang nie best sebenarnya bagi depa yang mencurang dan menyondol..thriller kekdahnya..adrenaline rush katanya bila kau menipu atau berbohong tapi tak kantoi..excitement dia lain mcm..yang mencurang terasa hebat serata alam..yang menyondol terasa paling win boleh rebut hati laki orang..gitew aiol descibe kat sini based on aiol terbaca dekat tt..bukan aiol memandai2 ye..
Quote shernazz 31-7-2024 08:13 AM
Locked chat tu amende?
Kat whatsapp iols takde pung
Quote zuuu 31-7-2024 04:35 PM
Setannya perangai jantan tu,aq maki dia dulu sebab di saat wife ko lepas bsalin tengah bpantang melahirkan zuriat untuk ko tegamak ko wat hal...tu level khianat paling tinggi kut,ko berani lagi cakap sayang kat wife ngan baby lepas apa yg jadi...betul2 suami dari neraka...yg pompuan tu pon sama level x guna...patut kalo jantan tu x faham ko sbgai pompuan patut tahu betapa besarnya pergorbanan untuk melahirkan anak,bpantang jaga baby bagai...letak diri ko dalam tempat wife tu ko rasa seronok ke ko tengah nk pulih lepas beranak dpt tahu laki ko seronok dating ngan pompuan lain serupa org bujang???kalo dia leh buat semua ni pada wife dia skrg apa yg buat ko fikir benda sama xkan jadi pada ko di masa depan nanti???both laki ngan penyondol mmg jantan betina x guna,harap wife tu boleh cari kekuatan untuk move on
Quote edayildiz 31-7-2024 04:52 PM
kalau laki ckp.gini
i syg u je..perempuan tu i main main je..
camna ek
sktnya hati..
tp i baca la tips dr beberapa org ni..dorg ckp sblm angkt kaki tingglkn laki tu..lyn je dia elok2..
pasni bila dia dh kawen ngn bini lain..dia akn banding dan selalu ingt ex bini

Quote edayildiz 31-7-2024 04:59 PM
apesal ramai laki buat hal time bini pantang ek
ada tips tak utk menghalang..tgh pregy ank dia kot.
apoo
sbb tu prinsip i nk laki kaya dan xhensem atau
kalau hensem + bekerjaya..
kalau deyols curang pun idok la ssh..nlh la kikis apa yg ptt..
Quote bpbbppbp 31-7-2024 05:25 PM
edayildiz replied at 31-7-2024 04:59 PM
apesal ramai laki buat hal time bini pantang ek
ada tips tak utk menghalang..tgh pregy ank dia kot.
...


Elakkan ada sosial media. Sbb sosial media ni lah yg jauh didekatkan, syaitan masuk melalui panahan mata. Iol knl sorang ni mmg dia xbgi husband ada socmed.
Stu lagi, jgn join group2 alumni tu. Kat situ takut mulalah blh start tnye khabar. bisikan syaiton itu halus. Tkut nnti melayan, jdi elakkan terus. Tutup smua peluang yg ada.
Tapi, kita tak boleh kontrol hdup org 100%. Doa dan serah pada Allah jelah supaya jaga hati dan prasaan dia.
Sbb tu kalau masih sekolah x digalakkan cintan cintun ni, takut xmove on ke cmtu. Last2 kahwin dgn org lain jugak
Quote ninja boy 31-7-2024 09:06 PM
Itulah berlumba lari berebut lelaki miang sampai bertumbuk sesama perempuan hujung2 laki tetap cari lain try 10 org
Quote gideoncross 10-8-2024 03:56 PM
Skrg mmg trend ke smua nak tnjuk psl curang?

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.050028 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top