CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Ijazah Bukan Untuk Ilmu, Hanya Untuk Kerja” – Pempengaruh, DMA Islam Kata ‘Degree Itu Kita Beli’ Teruk Dikecam

30-7-2024 09:35 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9008| Komen: 61



Menerusi satu episod audio siar YouCast, dia yang dikenali sebagai DMA Islam beranggapan ijazah itu hanyalah sekadar satu perniagaan dan pihak universiti perlu berterima kasih kepadanya yang ‘membeli’ sijil tersebut.

Bagi kebanyakan orang, ilmu paling afdal diperolehi di institusi pendidikan. Namun, ia juga boleh dipelajari dari persekitaran sekeliling seperti pengalaman.

Ada segelintir yang mahu bekerja dan memilih untuk tidak menyambung pengajian ke menara gading kerana percaya pengalaman yang diperolehinya itu boleh dianggap sebagai satu cabang pengetahuan.

Oleh sebab itu, kita dinasihatkan untuk tidak saling memperlekeh ilmu seseorang kerana masing-masing ada keistimewaannya baik belajar cara sendiri atau secara formal.

Namun, entah di mana silapnya ada segelintir individu melihat ijazah bukanlah satu peringkat ilmu dan dianggap sebagai satu perniagaan.


Menerusi satu temu bual di program audio siar (podcast) YouCast, seorang influencer yang dikenali sebagai DMA Islam berpendapat ijazah yang sedang diambil olehnya bukanlah untuk ilmu.

Sebaliknya, dia beranggapan ijazah itu hanyalah sekadar satu perniagaan dan pihak universiti perlu berterima kasih kepadanya yang ‘membeli’ sijil tersebut.

“Ilmu bocah apa? Degree (ijazah) tu kita beli, dia costly, dia money. Kalau setakat nak dapat ilmu, dekat tempat lain pun ada ilmu.

“Orang buat degree bukan sebab nak ilmu, dia nak pekerjaan dan degree itu sendiri pun kita kena bayar.

“So, UNISZA terhutang budi dengan aku, bukan aku terhutang budi UNISZA. UNISZA kata saya bagi awal ilmu, tak. I give you money (saya bagi awak duit), you give me degree (awak bagi saya ijazah).

“Itu orang panggil satu jual beli,” katanya.

DMA Islam berkata demikian selepas menjawab soalan diajukan oleh hos podcast berkenaan, Yousaf yang meminta penjelasan berhubung lanjutan semester olehnya.

Malah menerusi podcast tersebut, DMA Islam mendedahkan dia memilih untuk berhenti belajar kerana bagi dirinya ijazah yang diambil tiada kaitan dalam hidupnya.

“Aku tak nak sambung degree dah sebenarnya, aku nak berhenti degree.

“Degree ni tak de kaitan dengan aku punya goal (sasaran) dalam hidup, aku tak nak kerja dengan orang, degree ini takkan membantu pun,” katanya.

Pempengaruh itu turut berpendapat tidak semua orang betul-betul mahu menyambung pengajian hanya semata-mata mencari ilmu.

Malah, dia merasakan individu khususnya yang akan melakukan menjalankan perniagaan tidak perlu ijazah dalam hidupnya.

“Kebanyakan orang buat ijazah sebab nak kerja, tiada yang buat sebab betul-betul nak ilmu. Mungkin ada seorang dua.

“Aku ok je kalau orang tu nak jadi budak nerd, jadi doktor, jadi pensyarah tapi kalau kau nak jadi usahawan, tak perlu buat degree pun,” katanya lagi.


Kenyataan DMA Islam itu nyata mengundang pelbagai reaksi dari pengguna media sosial. Rata-rata daripada mereka bengang dan menyifatkan ia sebagai satu penghinaan terhadap ilmu.

Malah, ada yang meminta KPT dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) mengambil tindakan undang-undang terhadap DMA Islam atas kenyataannya ini.

Sekadar info, DMA Islam merupakan seorang TikToker yang terkenal kerana menggunakan perkataan bocah (keanak-anakan) dan sering memuat naik kandungan motivasi dan pembangunan diri di TikTok.

Namun, dia juga banyak menimbulkan kontroversi antaranya mencabar dan mengajak seseorang untuk beradu tenaga di dalam gelanggang atas dakwaan menghina ulama.

Malah, sebelum ini seorang pakar perubatan Dr. Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin pernah menyarankannya untuk membuat pemeriksaan mental kerana kontennya didakwa banyak memberi kesan negatif.




Berikut antara komen pengguna media sosial:

“UniSZA Kena Ambil Tindakan Tegas, Ucapan Dia Mencemarkan Institusi Pengajian”


“Kenapa Dia Cakap Macam Tu? Degree Untuk Pekerjaan? Semua Orang Tuntut Ilmu Untuk Ilmu”



“Harap KPT Boleh Banned Dia Ni Daripada Mengeluarkan Kenyataan, Mencemarkan Imej Mahasiswa”


Apa pandangan anda?

Sumber : Buzzkini




Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 30-7-2024 09:41 AM
Thread sblm ni dah kene padam ke?
Aku ulang ayat yang sama ye.

Dah la x hensem, bodoh pulak tu.
Quote pittjie 30-7-2024 09:49 AM
slyfynx replied at 30-7-2024 09:41 AM
Thread sblm ni dah kene padam ke?
Aku ulang ayat yang sama ye.

hah mana pegi thread pasal ni semalam? ada forumer pm aku dah tak boleh aku nak bukak.


tapi nak ulang lagi la komen aku. dia tau tak makna bocah tu apa? dan ayat ko aku ulang ya .. dah la hodoh .. bodoh pulak tu. dah bodoh tu simpan sendiri la. jgn nak tunjuk sgt.


Quote kakigebang 30-7-2024 10:08 AM
Influnencer ke mamat terencat ni... Bangang la sapa follower dia
Quote Kitty_catz 30-7-2024 10:10 AM
slyfynx replied at 30-7-2024 09:41 AM
Thread sblm ni dah kene padam ke?
Aku ulang ayat yang sama ye.

kena spam

so momod humban
Quote nellyberry 30-7-2024 10:23 AM
Kesian kau dek.
Dah la tak kacak.
Pendek pulak tu.
Tambah bodoh lagi.

Cuma akak puji ketinggian tahap keyakinan kau tu dek.
Quote prettyuglybabe 30-7-2024 10:38 AM
muka dengan pemikirannya selari..
Quote bpbbppbp 30-7-2024 10:42 AM
DMA ni stand utk apa sbnrnya
Quote sufi^_^ 30-7-2024 10:43 AM
slyfynx replied at 30-7-2024 01:41 AM
Thread sblm ni dah kene padam ke?
Aku ulang ayat yang sama ye.

aku baru nak baca replies, mana pegi thread tu?
Ada yang terasa ke sampai kena katup?
Quote sufi^_^ 30-7-2024 10:44 AM

yg nick igertoma tu ke pelaku spamnya?
Cisss.
Quote sufi^_^ 30-7-2024 10:45 AM
kakigebang replied at 30-7-2024 02:08 AM
Influnencer ke mamat terencat ni... Bangang la sapa follower dia

Heran betul ada makhluk terlebih bengap sanggup buang masa follow mamat2 terencat macam ni
Quote BungaSuri 30-7-2024 11:10 AM
kesian mentaliti macam ni
Quote Kitty_catz 30-7-2024 11:18 AM
sufi^_^ replied at 30-7-2024 10:44 AM
yg nick igertoma tu ke pelaku spamnya?
Cisss.

yeezaaaaaaa
suh  momod potong kotey dia
Quote supernaturalee 30-7-2024 11:29 AM
ko malas belajar benornya kan
ke failed miserably?

cer tgk result2 sblm ni
Quote kucingitam 30-7-2024 12:05 PM
nellyberry replied at 30-7-2024 10:23 AM
Kesian kau dek.
Dah la tak kacak.
Pendek pulak tu.

sesuai berjodohan dgn ngai... tang keyakinan je tinggi. lain2 semua out
Quote nurul_akmar 30-7-2024 12:43 PM
Edited by nurul_akmar at 30-7-2024 02:40 PM

pastu bila ko dh rasa susahnya hidup xde ilmu, ko ada anak nnt, tetibe ko soh anak ko belajar pepandai.. kalau ko berani, ko xyh hntr anak ko p belajar.. soh dia berniaga je..  ye la, ilmu sekolah/universiti ni kan sekadar jual beli je.. kenkadang belajar kat U ni bukan sekadar pandai shj.. tp lebih kepada kematangan fikiran.. tp yela.. dh tu tanggapan ko dengan universiti.
Quote lurve82 30-7-2024 01:29 PM
dia ni mental ke? tp gigih plak ajak podcast bagai..rubbish
Quote Cyempaka 30-7-2024 01:43 PM
kau yg bodo degree kena bayar, orang lain degree free je. pastu tayang merata pulak bodo sendiri tu.
dah la hodoh, mulut, rambut dan baju nampak busuk, aku tahan nafas tgk video dia. ntah kenapa
Quote jihyomelly 30-7-2024 01:52 PM
ni la punca budak2 skarang xnak sambung blajar…kata bodo marah tapi mcm takde otak
Quote nellyberry 30-7-2024 02:05 PM
lurve82 replied at 30-7-2024 01:29 PM
dia ni mental ke? tp gigih plak ajak podcast bagai..rubbish

Yang ajak dia jadi tetamu podcast tu pun sama bodoh jugak.
Yang mana bayar dia utk buat paid review pun bodoh.
Tolonglah hentikan perbuatan jadikan orang-orang bodoh tak berakhlak mcm ni terkenal.

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.048221 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top