CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Anda panggil diri sebagai ‘Harimau Asia’, tetapi anda sebenarnya monyet. Anda tidak maju." – Ku Li

30-7-2024 09:18 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5875| Komen: 15



Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2018 pernah mengumumkan bahawa Malaysia akan kembali menjadi sebuah ekonomi ‘Harimau Asia’.

“Kita tidak pernah jadi ‘Harimau Asia’. Itu hanya ilusi,” inilah kata-kata bekas Menteri Kewangan, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dalam menolak dakwaan Malaysia pernah menggapai status Harimau Asia.

Dia turut mempertikaikan dakwaan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dengan berkata negara bukanlah berstatus harimau, tetapi sebaliknya monyet.

"Anda panggil diri sebagai ‘Harimau Asia’, tetapi anda sebenarnya monyet. Anda tidak maju."
Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah



Veteran UMNO yang dikenali dengan gelaran ‘Ku Li’ itu menafikan tanggapan bahawa Malaysia pernah berada pada tahap yang sama dengan empat kuasa besar di Asia iaitu Hong Kong, Korea Selatan, Singapura dan Taiwan.

Dia yang merupakan Menteri Kewangan dari 1976 hingga 1984 berkata negara tidak boleh membuat dakwaan sebagai Harimau Asia, lapor FMT.

Ini kerana hampir kesemua projek dalam negara, termasuk empangan dan lebuh raya, dibiayai sendiri kerana tidak menerima pelaburan asing yang mencukupi.

Katanya, ada pihak yang menganggap Malaysia telah mencapai status negara kaya dan maju.

Mahathir sebelum ini pernah mengumumkan bahawa Malaysia akan kembali menjadi sebuah ekonomi ‘Harimau Asia’, ketika memegang jawatan Perdana Menteri buat kali kedua pada tahun 2018.

Pada tahun berikutnya, ucapan itu diulanginya sekali lagi ketika melancarkan rancangan kerajaan bagi pembangunan ekonomi menjelang tahun 2030.

Namun begitu, pakar ekonomi Datuk Dr Madeline Berma mempertikaikan label Harimau Asia tersebut. Sebaliknya, dia berkata Malaysia hanya layak digelar ‘harimau kecil’ atau ‘naga kecil’ dari segi ekonomi.

Malaysia sebelum ini dikatakan akan menjadi harimau yang kelima, sejajar dengan empat kuasa besar di Asia. Namun krisis kewangan Asia pada 1997 menyebabkan pertumbuhan ekonomi negara terbantut.

Menurut Madeline, Malaysia hanyalah kuasa ekonomi tahap kedua. Dia berasa bimbang sekiranya gigi pada ‘harimau kecil’ ini tidak membesar.

Terbaharu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, untuk kembalikan semula status ‘Harimau Asia’, negara perlu menumpukan sektor bernilai tinggi terutamanya penciptaan dan reka bentuk cip.

Tetapi jika dilihat di dalam banci ekonomi (2023), syarikat yang mereka bentuk cip di Malaysia boleh dikira dengan jari. Jadi kita sebagai kerajaan memastikan dasar-dasar dan program untuk tempoh lima tahun akan datang memberi tumpuan kepada sektor-sektor sebegini.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli

Rafizi ketika itu menerima soalan sama ada jumlah RM1.568 bilion yang dicatatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2023 dapat menjadikan Malaysia sebagai ‘Harimau Asia’ semula.

Terdahulu, Menteri Kewangan Kedua Amir Hamzah Azizan berkata Malaysia menunjukkan kemajuan ketara bagi mendapatkan semula status ‘Harimau Asia’ menerusi angka ekonomi serta tinjauan oleh penganalisis dan agensi penarafan.

Sementara itu, Rafizi berkata Malaysia berpotensi menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi jika KDNK kekal pada 4% hingga 5% setiap tahun serta mata wang mencatat sekitar RM4.20 per 1 dolar Amerika Syarikat dalam masa beberapa tahun ini.

“Ini adalah piawai mudah. Bukan soal harimau tak harimau, ia ada piawai tetapi pelabur melihat potensi masa depan. Jadi Malaysia berpotensi untuk tumbuh dengan baik,” katanya dipetik FMT.

Tambahnya lagi, Malaysia berpotensi menjadi ‘Harimau Asia’ pada masa akan datang jika dilihat pada sektor.

Sumber : FMT, Buzzkini




Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manop 30-7-2024 09:21 AM


saka kerala


Quote Meraki 30-7-2024 03:31 PM
Mahafiraun syok sendiri
Quote otai_g 30-7-2024 03:48 PM
Harimau asia. tp harimau si oyen yg bila mengaum bunyi miow, miow
Quote tripleid 30-7-2024 05:31 PM
Edited by tripleid at 30-7-2024 05:35 PM

Tiger Asia taik kucing apo kalau gdp per capita 80,90an dulu kalah jauh dgn Singapo,Korea,Taiwan..


[youtube]GKAgKCBncoQ[/youtube]


Quote MissYouSayang 30-7-2024 05:35 PM
Ada Acik forum ckp gua muse lagi maju dari daerah lain sbb dlm gua tu siap ada lrt, ai, ir, cable optic, chatgpt, menara triple madanon
Quote nusaraya 30-7-2024 09:18 PM
Edited by nusaraya at 30-7-2024 10:13 PM

Baguslah jika sekarang ikhlas dipanggil MONYET ASIA ... bukankah IQ monyet masih sama levelnya  dengan IQ  Simpanse, Goriila atau Orang Utan dan tentu aja pasti lebih tinggi ika dibandingk dengan IQ Tikus Sawah atau Tikus Got ....  Hehehehe
Quote chacon 30-7-2024 10:28 PM
thailand pun bukan tiger asia ke..ingat tiger jugak
Quote sayurmayur88 31-7-2024 07:31 AM
mana2 la ...
Quote lee_sakura 31-7-2024 07:38 AM
betul la tu, letak nama pasukan bola malaysia harimau malaya tp piala dunia pon xpernah masuk walopon bola sepak malaysia dh mencapai 100 tahun...patot tuko oyen malaya je
Quote dua_chzy 31-7-2024 07:42 AM
otai_g replied at 30-7-2024 07:48 AM
Harimau asia. tp harimau si oyen yg bila mengaum bunyi miow, miow

Jadik harimau dahan je la kot. Yang kecik2 tu orang panggey kucing hutan tew.
Quote AbukRokok 31-7-2024 09:27 AM
jadi kucing meow asia pun ok..kucing kan kesayangan abu kucing ( bukan kesayangan nabi )
Quote sharfox 1-8-2024 02:38 PM
Ni br betul org tua yg in denial. Aku merasa la gi Singapore RM kita diterima bulat2 masa buat bayaran. Kat Thailand pun lama dah duit kita diterima. British pun x berani nak buli dah. Merasa la bila ke Jordan n Mesir dulu ramai yg mintak kita export Dr Mahathir ke sana. Merasa la jadi pengeksport getah, bijih n kopra no 1 dunia dulu. Merasa la tgk kita jadi pengeluar kondom no 1. Merasa la tgk Proton beli Lotus cash n export teknologi Lotus 'ride n handling' ke Nissan n Porsche. Aku merasa la belajar pun free full biasiswa kerajaan from sekolah menengah sampai abis degree. Sebelum ada Yahoo dulu Jaring dah mendonia. Masa org x embed chip dlm IC kita dah buat dulu....ni mana punya cikai bekas menteri tiba2 bersuara jauhhhhhhhhh lepas bersara.
Quote TeropongThaico 1-8-2024 06:58 PM
Takpe la kucing, monyet, zirafah waima kekatu sekali pun asalkan merasa gak le dengar atok nenek dulu seronok gi mekah, jalan2 obersea org2 sana puji melezia. Nak cari kerja cari makan perluas jajahan pun mudah. Skrg.... Letih. Apsal le aiol tak lahir zaman2 tok nenek dulu2
Quote kemaruk 1-8-2024 07:07 PM
dulu hadi awang sering menggunakan nama haiwan2 sebagai pemanis dalam statement2 beliau
Quote Radzor 1-8-2024 07:25 PM
klu kuli jd pm dia bagi gelaran negara monyet asia ke? nasib tak jd pm. nak kondem mmg senang. ce pi buat kje tgk. tah² jadi mcm walanon dok ulamm² je

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.060587 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top