Anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri, Lydia Rosli tampil memberi kenyataan ‘berani’ apabila dia mengakui dirinya ingin mengahwini penyampai radio, Tyzo. Namun begitu, Tyzo menurut Lydia masih belum bersedia untuk membawa hubungan mereka ke fasa lebih serius dan hanya lebih selesa berkawan. "Saya memang sukakan Tyzo tetapi saya rasa perasaan Tyzo sebaliknya. Tetapi nak kata saya bertepuk sebelah tangan itu tidak juga. Dia melayan sangat dengan sangat baik. Kami selalu pergi ‘out station’ bersama." "Untuk bercinta, mungkin dia lambat sikit. Tapi terus terang saya beritahu memang saya cinta dan nak kahwin dengan dia." Berikutan itu, dia hanya mampu menunggu penyampai radio itu melamarnya dengan alasan dirinya seorang wanita. Menurut Lydia, ibunya juga sudah mula menyukai Tyzo dan mahu menjadikan penyampai radio itu sebagai menantu.
Namun begitu, setelah sekian lama menanti Tyzo datang melamar, Lydia memaklumkan sudah penat dan sering menangis setiap malam terkenangkan hubungannya dengan Tyzo. "Saya mula rasa penat dengan situasi ni. Saya rasa dia tidak mahukan saya. Jadi saya ambil keputusan untuk menjauhkan diri." "Tetapi bila saya pergi, dia datang mencari saya. Mungkin sudah sifat lelaki begitu. Sekarang ni saya cuma serahkan pada takdir." Terdahulu, muncul desas desus mengatakan penyampai radio itu kini sedang bercinta dengan Lydia kerana sering dilihat bersama-sama dalam beberapa majlis. Sumber : HIBGLAM Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
Cpkay replied at 30-7-2024 09:38 AM
kak lydia ni yg pergi haji baru baru ni kan ?
mizzmimi replied at 30-7-2024 09:02 AM
Gaydar rosak ke nyah..
kakakpositifker replied at 30-7-2024 10:25 AM
nok dia kan ada anak angkat sorang tu. kat ig budak tu dia ada panggil sorang lagi lelaki tu daddy ...
ADVERTISEMENT