BERANG kerap dilempar tuduhan terlibat dalam penyalahgunaan dadah berikutan perubahan fizikalnya yang semakin kurus, penyanyi Hafiz Suip berkongsi video sedang bersenam di gimnasium. Terkesan dengan perkara itu, Hafiz atau nama penuhnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 34, turut menayang otot badannya sekali gus menjawab segala dakwaan tidak berasas netizen. “Mana ‘mat pet’ yang cakap aku hisap batu (dadah) itu? “Izinkan aku sepak muka anda setiap seorang boleh?” katanya dalam sebuah video TikTok.
Perkongsian tersebut turut mengundang perhatian ramai yang rata-ratanya meminta pelantun lagu Awan Nano itu tidak menghiraukan segala kata-kata negatif yang dilemparkan terhadapnya. “Hafiz, pedulikan apa orang cakap. Terus majukan diri dan jangan patah semangat. “Kuatkan semangat dan jangan berhenti menyanyi, awak sangat bagus,” komen netizen. Sebelum ini, nama Hafiz kerap menjadi bualan ramai selepas dia muncul dengan imej yang lebih kurus sehingga dituduh mengambil bahan terlarang. Dia bagaimanapun pernah menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu berat badannya menurun disebabkan aktif bersenam. Sekadar info, dia merupakan antara penyanyi yang bakal membuat persembahan pada Konsert By Ajai & Mega Friends di Mega Star Arena pada 3 Ogos depan. Sumber : HIBGLAM Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
hyie replied at 30-7-2024 02:41 AM
eh, kalau orang ada slip disc kan, ciknek dia takleh naik ke ha? ada efek tak ye?
lil_honey replied at 30-7-2024 07:46 AM
slip disc dah boleh angkat berat ke skang
Lulu_717 replied at 30-7-2024 10:48 AM
Husband aii jumpa dia kt dobi area Sg.Buloh haritu. Tapi dia pelik sbb masa tu dia hang out dgn buda ...
hyie replied at 30-7-2024 02:41 AM
eh, kalau orang ada slip disc kan, ciknek dia takleh naik ke ha? ada efek tak ye?
ADVERTISEMENT