CINTA dikatakan kembali bertaut, penyanyi Wani Kayrie menganggap hubungan dengan teman seangkatan yang pernah mengaku sebagai kekasihnya, Afieq Shazwan hanya seperti abang dan adik. Pemilik nama penuh Syazwani Abdullah, 24, itu menegaskan sebelum ini dia tidak pernah mengeluarkan sebarang nyataan mengenai status mereka melainkan sebagai kawan. “Mana ada kami kembali bersama? Kami rapat sejak kecil seterusnya semakin akrab selepas sama-sama terbabit dalam program Big Stage musim pertama. Saya pun tidak pernah letak status apa-apa dengannya, cuma keluarga tahu kami rapat. Berkawan lagi baik untuk merapatkan ukhuwah. “Ada yang pernah tanya soalan sama, kami memang tiada rancangan ke arah seterusnya. Jarak umur kami tiga tahun, dia dah macam abang,” katanya kepada HibGlam. Menurut penyanyi lagu Berteman Saja itu, pada usia begini dia belum terfikir untuk bergelar isteri apatah algi banyak komitmen yang terpikul di bahunya.
Mengakui Afieq yang turut bergelar pelakon itu sebagai lelaki budiman, Wani juga tidak kisah andai ada wanita lain mendekati atau mengisi ruang di hati sahabatnya. “Berkahwin awal atau tidak, itu semua pilihan individu. Saya enggan tergesa-gesa dan keluarga pun tidak mendesak saya berumah tangga awal. Bagi saya Afieq memang baik dan peramah, cuma saya tak mahu letak komitmen. Jika Allah takdirkan kami, saya aminkan sahaja. “Tetapi kalau ada mana-mana wanita yang berkenan dengannya, saya tak kisah,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pernikahan penyanyi Sarah Suhairi dan Aswad Anuar, baru-baru ini. Sebelum ini, hubungan rapat yang dilabel ‘teman tapi mesra’ antara Wani dan Afieq terjalin apabila mereka menyertai Big Stage pada 2018 . Bermula dari situ, kedua-duanya umpama belangkas bahkan jejaka terbabit turut menjadi model muzik video lagu Magika dendangan Wani pada 2019. Namun, setahun selepas hubungan itu putus iaitu sekitar 2021, Afieq atau lengkapnya Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, 27, terbuka meluahkan rasa kecewa yang terbuku di hati. Sumber : HIBGLAM Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
takkizawa replied at 29-7-2024 11:54 PM
Iolsss tasty lama dh kt afieq ni.
doubleA replied at 30-7-2024 12:50 AM
Dari dulu lagi di friendzone kan cari lain jela apik
pocongkiutss replied at 30-7-2024 12:59 AM
Bukan ke apik ni yg frenzonekan dia?
ADVERTISEMENT