CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Hilang! Isteri rayu suami pulang lepas didakwa pergi outstation

29-7-2024 11:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22569| Komen: 10



MUAR – Seorang isteri merayu suaminya agar segera pulang ke pangkuan keluarga selepas gagal dihubungi setelah keluar bekerja pada 25 Julai lalu.

Muhammad Faez Zainuddin, 33, keluar dari rumahnya di Kampung Parit Haji Anuar, Air Hitam di sini pada pukul 8 malam.

Menurut Hasnah Hussin, 29, sebelum kejadian, suaminya ada memaklumkan dia mempunyai tugasan luar (outstation) untuk menghantar barang ke Klang, Selangor.

“Biasanya jika ada ‘outstation’ atau kerja, suami bawa motosikal untuk mengambil lori yang diletakkan dua kilometer dari rumah kami.

“Tetapi malam itu, dia keluar dengan menaiki kereta jenis Kia Cerato berwarna kelabu bernombor pendaftaran WA 5152B. Dia beritahu hendak hantar barang ke Klang.

“Tidak lama selepas itu, kelindan dan majikan ada menghubungi saya bertanyakan di mana keberadaan Muhammad Faez. Saya terkejut sebab dia keluar nak ambil lori,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.


Hasnah berkata, dia dan ahli keluarga yang lain cuba menghubungi telefon bimbit Muhammad Faez namun gagal selain cuba menjejaki laluan biasa ke tempat lori diletakkan.

Susulan itu, wanita tersebut membuat laporan di Balai Polis Parit Sulong, Batu Pahat pada 26 Julai lalu.

“Sehari sebelum kejadian, kami ada berselisih faham tetapi hal kecil sahaja, biasalah suami isteri. Malam sebelum keluar dia bersalaman seperti biasa dengan saya dan anak kami yang berusia setahun sebulan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubunginya di talian 017-3076224 atau melaporkan ke balai polis berdekatan.

Sumber : KOSMO! ONLINE.


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 30-7-2024 02:06 AM
Muar ni banyak parit. silap tekan pedal minyak terbabas .
Quote orkid_amani 30-7-2024 03:28 AM
Kpd yg slu outstation..selain sharing live location kat WhatsApp tuu apps find my device tu sgt membantu yaa utk kita track location pasangan kita. Xpayah la kepochi 24/7 nk tengok movement dia..just sesekali jaa pantau bila dia cakap dah move to next location. Tp aii mmg suka pakai apps find my device ni sebab location dia tepat.
Quote riyadhK 30-7-2024 04:09 AM
Semoga ditemukan dengan selamat.
Quote imransulaiman 30-7-2024 09:01 PM
orkid_amani: Kpd yg slu outstation..selain  ...


Setuju!

Saya selalu buat untuk tanya lokasi adik-adik. Saya suruh share live location for 8 hours. Bukan nak monitor sangat pun. Just in case
Quote otai_g 30-7-2024 09:11 PM
Bgs laki ni. Aku rs mesti bini dia kaki kongkong x bg laki dia buat bnd yg dia minat mcm memancing ke, konvoi moto ke, hiking ke.

Tinggalkan je perempuan mcm tu. Biar dia rasain. Pembalasan si pitung

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.044957 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top