CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sepupu Siti Nurhaliza hilang. Tak pulang sekolah sejak semalam

29-7-2024 11:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 25200| Komen: 40


MUAR – Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Alauddin Riayat Shah 1, Pagoh di sini dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah neneknya selepas tamat waktu persekolahan sejak semalam.

Siti Nurhaliza Mohd Asri, 25, berkata, sepupunya, Muhammad Effzaldanish Mohd Affendi, 14, disedari hilang oleh neneknya, Jaminah Shari, 90.

Menurutnya, pada hari kehilangannya, Muhammad Effzaldanish berjalan ke sekolah yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah neneknya.

“Selepas pukul 2 petang, kelibat Muhammad Effzaldanish tidak kelihatan hingga nenek gelisah dan meminta bantuan sepupu yang lain menjejakinya.

“Kali terakhir dia kelihatan berjalan kaki ke sekolah lengkap berpakaian seragam sekolah,”katanya ketika dihubungi di sini.

Siti Nurhaliza berkata, puas mereka mencari termasuk bertanyakan kepada kawan-kawan serta ke asrama sekolah namun mereka memaklumkan anak tunggal itu tidak datang ke sekolah.


Jelasnya, Muhammad Effzaldanish tinggal bersama nenek sejak berusia tiga tahun selepas ibunya meninggal dunia akibat kanser payudara.

“Mereka cuma tinggal berdua kerana bapanya sudah berkahwin lain dan menetap di Tampin, Negeri Sembilan. Kami harap sangat Effzaldanish ditemui segera dalam keadaan selamat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata pihaknya menerima laporan bapa pelajar terbabit pagi tadi.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan dengan merekodkan keterangan bapa mangsa. 


Sumber : KOSMO! ONLINE.


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Minami2013 29-7-2024 11:46 PM
Tajuk kemain petik nama siti nurhaliza.

Anyway, moga dijumpai selamat.
Quote takkizawa 29-7-2024 11:53 PM
Yishhhhh. Hahaha. Tajuknya pun. Apa2 pun semoga selamat ditemui. Malaysia mmg mcm ni ek. Sorang hilang semua pn pakat hilang. Sorang kena belit ular, ramai2 pakat kena belit.apoooo…
Quote becir 29-7-2024 11:57 PM
sian nenek 90 tahun menjaga cucu..apak kawen lain tinggalkan anak.
Quote Queenmastani 30-7-2024 01:41 AM
Nape ramai sgt bdk2 hilang kt johor ni
Quote riyadhK 30-7-2024 04:10 AM
Semoga selamat pulang ke rumah dik
Quote sukacactus 30-7-2024 05:59 AM
Bapak dia dah kawin lain, kenapa tak jaga sdr ank tu
Sian nenek tu dah 90, tua sgt nak kena bela cucu
Quote asfaz 30-7-2024 07:13 AM
Semoga dpt dijumpai dgn selamat. Kesian budak ni.
Quote sayurmayur88 30-7-2024 07:22 AM
tajuk tak mau kalah...
Quote sapeka 30-7-2024 07:27 AM
Kesiannya
Harap adik tu baik2 je

Bapak pun
Dah ada anak sorang ni taknak jaga betul2
Sibuk nak menikah lain
Buat anak lain
Anak yg ada ni diabaikan
Bagi nenek yg kudrat x seberapa pulak jaga
Nafkah ntah bagi ntah tak
Quote goldcarrot 30-7-2024 07:39 AM
Byk nyaaaaaaaa kes org hilang
Quote CikNano 30-7-2024 08:04 AM
clickbait betul tajuknya pun

Semoga adik ini ditemui dgn selamat
Quote shahirakay 30-7-2024 08:06 AM
Semoga adik ni selamat hendaknya dan pulang in one piece ye. on the side note, geram pulak dengan tt punya tajuk. yihhhhhh
Quote freyayong 30-7-2024 08:17 AM
nak kata utk clickbait ni forum. tp tajuk tak agak2. apa pun semoga adik ni dijumpai dgn selamat lah...
Quote liyamariska 30-7-2024 08:21 AM
mcm makin menjadi2 kes budak2 hilang sakan nih...

cuma yg tak sedap dgr tu bila ada berkaitan dgn perkara buruk...

harap adik ni dpt dijumpai dgn selamat...
Quote adeqbun 30-7-2024 08:47 AM
berita ni menyayat hati..tp tajuk tu xleh blah...hahaha..
Quote cutieslilies 30-7-2024 08:51 AM
sian budak ni...bapak kawin baru.. anak x hiraukan....

tp tajuk adoii
Quote Siput_Sawah 30-7-2024 08:52 AM
adoiii tajuk........................................lepas baca tak tahu nak maki kat tajuk or nk hadam kat main issue
Quote pocongkiutss 30-7-2024 08:54 AM
Babi punya bapak..dah tua nanti hidup menderita jgn nak salahkan anak tu tak amik tau

Semoga adik ni cepat dijumpai
Quote noor2 30-7-2024 08:57 AM
pocongkiutss replied at 30-7-2024 08:54 AM
Babi punya bapak..dah tua nanti hidup menderita jgn nak salahkan anak tu tak amik tau

Semoga  ...

Sedih baca kisah2 mcm ni...moga adik ni selamat dijumpai...amin

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.046577 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top