CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja tingkatan 1 tular pandu kereta, polis cari keluarga

29-7-2024 10:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 28945| Komen: 109



KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun didakwa memandu kereta secara melulu sehingga tular dalam media sosial.

Menerusi video berdurasi 1 minit 49 saat, seorang wanita meminta kereta jenis Perodua Viva yang dipandu remaja itu berhenti di tepi jalan sebuah kawasan perumahan.

Hasil perbualan dua individu itu, remaja tersebut yang dipercayai ditemani dua adiknya mendakwa dia sudah beberapa kali memandu di kawasan tersebut.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya sedang membuat semakan sama ada laporan polis sudah dibuat atau belum berhubung kejadian tersebut.

“Kita juga akan mengesan keluarga remaja terbabit untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini. 



Sumber : KOSMO! ONLINE.


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 29-7-2024 11:04 PM
Chinese ke? Mendapatlah kau dek, mak pak kau tidor kau bawa adik2 joy ride.  
Quote Lentera 29-7-2024 11:07 PM
Meleiss.. Kot ye form 1. Nak jawab soalan umur berapa pun teragak agak elok la kena viral. Biar makpak ada otak sikit
Quote asamfish 29-7-2024 11:15 PM
Samerosie replied at 29-7-2024 11:04 PM
Chinese ke? Mendapatlah kau dek, mak pak kau tidor kau bawa adik2 joy ride.

yang memandu tu budak melayu, yang ambik video tu chinese, dan dia ambik video untuk tujuan aduan ke balai polis.

Quote Samerosie 29-7-2024 11:15 PM
asamfish replied at 29-7-2024 11:15 PM
yang memandu tu budak melayu, yang ambik video tu chinese, dan dia ambik video untuk tujuan aduan  ...

Thanks ingat chiness tengok adiknya putih.
Quote Samerosie 29-7-2024 11:17 PM
Lentera replied at 29-7-2024 11:07 PM
Meleiss.. Kot ye form 1. Nak jawab soalan umur berapa pun teragak agak  elok la kena vir ...

La ye ke.. Mmmm banyak kes budak2 basa keta mistly melayu. Apa nak jadi. Nebgok tu semua x pakai selt belt, at least pakai la kalau malang x berbau...
Quote Samerosie 29-7-2024 11:17 PM
Samerosie replied at 29-7-2024 11:17 PM
La ye ke.. Mmmm banyak kes budak2 basa keta mistly melayu. Apa nak jadi. Nebgok tu semua x pakai s ...

Twruknya typo iols!
Quote dua_chzy 29-7-2024 11:30 PM
Nak jadik Aminur Rashid 2.0 kew?
Quote Momohizan 29-7-2024 11:48 PM
Nasib baik takde jadi accident apa2. Jenuh driver lain kalau kena langgar dengan budak takde learn.
Quote Momohizan 29-7-2024 11:51 PM
PDRM tolong siasat atas Akta Kanak2 sekali ye, jangan buh Akta Pengakuan Jalan je. Bagi bertepek2.
Quote Suchi 30-7-2024 01:11 AM
Tak mcm melayu pun
Tp dlm ic tulis melayu la kot
Tgk muka 3 beradik ni kalau ada darah melayu pun dlm 1/4 je kot itu pun kalau ada
Nih gaya mcm paki atau timur tengah.
Quote pocongkiutss 30-7-2024 01:26 AM
Suchi replied at 30-7-2024 01:11 AM
Tak mcm melayu pun
Tp dlm ic tulis melayu la kot
Tgk muka 3 beradik ni kalau ada darah melayu pun dl ...

Betul..muka nampak mcm ada mix2 tu
Quote orkid_amani 30-7-2024 03:21 AM
Nooh acik drive viva pun seriau amat dlm Penang ni takut begesel dgn kereta org..adik ni slumber jaa drive kereta bawak adik2.. nk p mana tu?
Quote dagusengett 30-7-2024 04:56 AM
Bagus ahso ahso ni amik bukti
Patut standby je polis kat situ but now mmg polis harap amik tindakan ketuk pintu depa
Quote noor2 30-7-2024 05:35 AM
Tak bertanggungjawab sungguh mak ayah budak2 ni...
Quote Barebow77 30-7-2024 05:44 AM
Anak aiol umur 13 gak..dok merayu ajar bawak motor..hmmm lambert lah lagi..aiol x percaya sgt dgn my doter tue..clumsy nk mampos..walau sekadar ronda2 dalam perumahan je..mmg aiol x benarkan..kang disodoknya pagar rumah jiran naya..belum lagi budak2 yang dok bermain time ptg2 dekat taman permainan..ohh nehi kabi nehi..
Quote rbmy 30-7-2024 07:09 AM
kena ingat satu je.. kalau kita tak langgar orang.
orang akan langgar kita.. itu je aku selalu risaukan,.. kalau yg jenis bawa secara haram ni,
Quote PinkyPie 30-7-2024 07:20 AM
Melompat kereta tu kat bumper, mujur adik ko tak terpelanting keluar dik oiiii
Quote asfaz 30-7-2024 07:25 AM
Lentera replied at 29-7-2024 11:07 PM
Meleiss.. Kot ye form 1. Nak jawab soalan umur berapa pun teragak agak  elok la kena vir ...

Form 1 umur 14. Dia elak2 kan jawap pasal umur
Quote asfaz 30-7-2024 07:28 AM
Teringat 2@3 tahun sudah. Mak sendiri rakam anak hantar adik g sekolah naik kereta kancil tak salah. Pastu up kat media sosial. Konon bangga la anak boleh diharap. Ajeeerrr menggong.

Lihat semua komen(109)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.114392 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top