CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Olimpik 2024: Pernah Dipenjara Kes Tiga Pertuduhan Rogol Kanak-Kanak, Atlet Bola Tampar Belanda Kena ‘Boo’ Dengan Penonton

29-7-2024 05:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 32079| Komen: 18


Atlet bola tampar negara Belanda, Steven van de Velde yang bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024 diejek oleh penonton ketika perlawan menentang Itali baru-baru ini.

Pada permulaan, hos memperkenalkan nama setiap pemain bagi perlawanan itu yang berlangsung di Stadium Eiffel Tower dan ketika nama Steven dilaungkan bunyi tepukan penonton dari tempat duduk masing-masing didengari dengan diiringi bunyi ‘boo’.

Situasi itu berlaku selepas ramai menyuarakan rasa tidak puas hati dengan penglibatan Steven dalam temasya sukan ini kerana dia merupakan pesalah kes rogol kanak-kanak bawah umur beberapa tahun yang lalu.

Pada 2016, Steven telah dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di United Kingdom (UK).



Kejadian itu berlaku pada tahun 2014 ketika Steven berusia 19 tahun yang melancong dari Amsterdam ke UK dan merogol kanak-kanak perempuan tersebut di sebuah rumah di Milton Keynes.

Atlet berusia 29 tahun itu bagaimanapun hanya menjalani 12 bulan daripada hukuman tersebut dan dibenarkan untuk teruskan kerjayanya menjadi atlet bola tampar dan terpilih untuk mewakili Belanda pada Olimpik 2024.

Steven dan rakan atletnya bagaimanapun tewas kepada pihak lawan dari Itali dengan tiga set perlawanan.


Sumber : Daily Mail, Beautifulnara



Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 29-7-2024 06:13 PM
Adan muka kalah. Budak yg kena rogol tu pon dah umur 22 tahun kot. Harap2 survive dari segi mental n psikologi dan berjaya dlm hidup
Quote shernazz 29-7-2024 06:28 PM
Eloklah kalah
Quote cmf_almondpecan 29-7-2024 07:16 PM
Jepun hari tu pecat kapten pasukan gimnastik artistik sebab didapati merokok walaupun sebelum tu Jepun menaruh harapan tinggi kepadanya untuk menang pingat.
Quote Firenzza 29-7-2024 07:41 PM
Once dh bergelar banduan, title tu x blh hilang.....mcm profession cikgu......even dah pencen 50 tahun pun org tetap panggil cikgu
Quote sharlenetexas 29-7-2024 09:04 PM
Jel 12 bulan je? Pastu lepas bebas.
Semoga ko dan genius math tu boleh pergi mereput.

Quote B40tastePosh 29-7-2024 10:28 PM
Dah kalah main bola atas katil jelah.
Quote goldcarrot 29-7-2024 11:02 PM
Yihhh pedo
Quote mrsLucky 29-7-2024 11:11 PM
12 bulan jer rogol budak 12 tahun...patut kena sebat 12 kali..10 tahun penjara...babbbb betul..
Quote ardent91 30-7-2024 08:26 AM
tgok muka not bad gak mamat ni.. kalo die ayat mana2 pompuan pown aku rasa confirm sangkut.. asal la kat budak kecik gak ko berselera??
Quote Thunderclouds 30-7-2024 08:27 AM
Kapir paling² anti jenayah seksual kanak².
Patot pekej baling telur tembelang kt mamat neh.
Stail org kita menda gini xsapu bwh karpet pandang sebelah mate.
Xcaye tnye nurfitri.
Aman² hidup dlm masyarakat walau bnapsu ngn budak²
Quote duri_durians 30-7-2024 09:43 AM
kalau kulit putih, senang2 je kluar pnjara sbb berkelakuan baik. belum lg sebab muda n 'ada masa depan yg cerah'.

omputeh mengata agama Islam menindas perempuan. mengata tudung tu lambang kekangan kepada perempuan.

tapi dorang lg teruk. kes mcm ni buat hukuman sambil lewa je. dasar hipokrit. tak malu mengaku pejuang hak wanita. ini hak kanak2 pun kau buat mcm kain buruk.
Quote supernaturalee 30-7-2024 11:17 AM
maybe olympic organiser kena letakkan syarat bebas hukuman penjara or something like that
Quote Gunama 30-7-2024 01:28 PM
Ewww..pedo
Acik Zoe yg kedek nk beli pencukur bulu tiak tu patut blajar ngan perogol pedo ni tiak dia elok je bersih, waxed segala.
Quote shamsadis 30-7-2024 01:50 PM
woke semua ni..

[tiktok]https://x.com/EndWokeness/status/1757452914304356611[/tiktok]

[tiktok]https://x.com/xipingaoc/status/1744196663890329896[/tiktok]
Quote marchikobonzo 30-7-2024 03:26 PM
Yihhh..pedo!!!
Quote zorrro_03 30-7-2024 03:52 PM
puak2 laknat.
Quote manjalara_01 30-7-2024 05:53 PM
goldcarrot replied at 29-7-2024 11:02 PM
Yihhh pedo


Hukuman bg penjenayah kategori pedo ni la yg paling ringan. Agaknya yg buat undang2 & hukuman bg pedo pun pedo jgk
Quote Meraki 30-7-2024 09:42 PM
Padan muka kalah

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.086760 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top