Seorang pelajar tingkatan empat di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Kemaman, Terengganu dijumpai tidak sedarkan diri di perkarangan sekolah. Pelajar berusia 16 tahun tersebut ditemui begitu pada Isnin lalu dipercayai kerana menghisap rokok elektronik atau vape jenis ‘magic mushroom’ secara berlebihan. Menurut sumber, seorang murid ternampak kejadian itu pada jam 10.30 pagi dan memaklumkan kepada guru. Mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan oleh bapanya sebelum dirujuk ke unit kecemasan Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut. Pemeriksaan doktor mendapati mangsa mengalami sawan kritikal berpunca dari pengambilan perisa bahan kimia yang berbahaya itu secara berlebihan. Sumber turut mengatakan kegiatan menghisap vape dalam kalangan pelajar di sekolah terbabit mula aktif sejak tiga tahun lalu dan kini berada pada tahap membimbangkan.
Pelajar itu kini masih dirawat di hospital dan keluarganya telah pun membuat satu laporan polis pada Jumaat lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman. Sumber : Buletin TV3, Beautifulnara Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
ciksom replied at 29-7-2024 09:24 PM
Aku pernah tegur kawan adik aku hisap rokok masa sekolah rendah. aku cakap kau isap rokok umor 11 ta ...
ADVERTISEMENT