Penampilan terbaharu pelakon Ozlynn yang kini berhijab semenjak pulang daripada menunaikan ibadah haji menjadi perhatian ramai. Menerusi temu bual bersama Sinar Plus, Ozlynn berkata dia sudah lama menyimpan niat untuk berhijab namun mengakui bimbang dengan pandangan orang, namun suaminya mengingatkan agar tidak memikirkan mengenai orang lain. “Sebenarnya dah terdetik beberapa tahun lalu tapi saya rasa orang akan berkata, ‘esok-esok dia buka la tu’. “Suami selalu kata, boleh tak jangan fikir pasal orang dan fikir diri sendiri. Tak apalah saya nak rasa keajaiban daripada Allah, maknanya nanti bangun dan tiba-tiba terus pakai,” katanya.
Menurut Ozlynn lagi, rezeki dijemput menjadi tetamu Allah adalah titik permulaan kepadanya untuk menutup aurat dan itu adalah ‘final call’ daripada Allah. “Bila dah pergi haji itulah penamatnya sebab haji adalah rukun islam yang kelima maknanya itu adalah ‘final call’ daripada Allah. Kalau boleh memang dah tak nak (dedah aurat), dah bersedia untuk semunya,” katanya. Kongsi isteri kepada pelawak Johan itu lagi, dia sudah mula memakai hijab seminggu sebelum mendapat tawaran menunaikan haji dimana ketika itu dia menghadiri kelas agama. “Seminggu sebelum dapat tawaran untuk tunai haji, saya pakai tudung ke kelas agama. Ketika itu saya rasa saya dah bersedia. Kemudian dapat tawaran untuk pergi haji. “Saya cakap dengan Johan, Allah dengar ke apa yang saya cakap? Saya terfikir, apa kebaikkan yang kami buat sampai Allah bagi macam ini? Mungkin ada benda yang kita tak perasan,” katanya.
|
NazRysha replied at 29-7-2024 09:45 AM
acah2 baru masuk islam kekdahnya
padahal islam sejak lagir
mcm tak belajar agama sebelum ni
NazRysha replied at 29-7-2024 09:45 AM
acah2 baru masuk islam kekdahnya
padahal islam sejak lagir
mcm tak belajar agama sebelum ni
NazRysha replied at 29-7-2024 09:45 AM
acah2 baru masuk islam kekdahnya
padahal islam sejak lagir
mcm tak belajar agama sebelum ni
anilanil replied at 29-7-2024 10:17 AM
Nak pakai tudung, sila pakai semoga istiqomah. Pakai elok2, buat perangai elok2. It's ok je kalo dia ...
anilanil: Nak pakai tudung, sila pakai s ...
NazRysha replied at 29-7-2024 01:45 AM
acah2 baru masuk islam kekdahnya
padahal islam sejak lagir
mcm tak belajar agama sebelum ni
ADVERTISEMENT