CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sebar maklumat dalaman PDRM, pelawak dan isteri tak dituduh. Isteri kena tindakan tatertib

29-7-2024 08:23 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14209| Komen: 18



Isteri kepada pelawak yang juga anggota polis akan dikenakan tindakan tatatertib susulan penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di Telegram.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kertas siasatan sudah dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada 25 Julai lalu.

Menurutnya, setakat ini, tiada sebarang pertuduhan akan dibuat ke atas pelawak itu dan isterinya.

"Bagaimanapun, isterinya akan diambil tindakan oleh jabatan," katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan pelawak dan isterinya ditahan bagi membantu siasatan tentang penyebaran maklumat dalaman berkaitan IPD Shah Alam.


Pada masa sama, telefon bimbit mereka turut dirampas bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.


Terdahulu, tular di aplikasi Telegram berkaitan penulisan membabitkan IPD Shah Alam dan penyebaran gambar lawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Sahabudin Abd Manan yang meninjau IPD terbabit.

Sumber : Harian Metro



Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apech 29-7-2024 08:30 AM
maknanya.......info tu benar. Laknat la ibu dan ayah budak tu
Quote shernazz 29-7-2024 08:34 AM
apech replied at 29-7-2024 08:30 AM
maknanya.......info tu benar. Laknat la ibu dan ayah budak tu

Info apa uols?
Quote apech 29-7-2024 08:40 AM

Yg bocor dekat edisi siasat tu chuols. Kena tatatertib saje, bukan memfitnah. Jadi betul la apa yg disiarkan tu. Menggelupuh la atok nenek budak tu
Quote akuMNdia 29-7-2024 08:46 AM
dak mamat tak puas hati...katanya tak dituduh tapi naper bininya dikenakan tindakan undang2. mohon bini mamat ajar mamat tu bagi paham sikit.
Quote manop 29-7-2024 09:02 AM
kes apa ni
Quote nanasno 29-7-2024 09:40 AM
betul ke dorang Edisi Siasat tu. elok je berupdate ES tu hari hari.
Quote cattiecute 29-7-2024 09:59 AM
untung kerja gomen ni
sebar maklumat gitu pun kena tindakan tatatertib je
kalau swasta aku rasa mesti kena buang dah
tapi aku baca gak info tu.
yang kes gambar telinga zayn dan tangan tu ke?
Quote prince_marhaen 29-7-2024 12:16 PM
UOLS, bukan kes gambar forensik ZR, tapi kes gmbr lawatan ke IPD, hal2 dalaman balai/jabatan, wife dia tolol share kat laki ada spotcheck, laki tolol sebar kat kengkawan/group whatsapp cerita tak sah, kata ada kes salahlaku...walhal spotcheck balai saja... ES amik jadi bahan kat tele diorang. Kantoi sbb bini mamat ni je yang amik2 gambar kat balai masa spotcheck tu.
Quote NazRysha 29-7-2024 12:18 PM
apech replied at 29-7-2024 08:30 AM
maknanya.......info tu benar. Laknat la ibu dan ayah budak tu

bukan pasal kes ES lah
Quote beatgirlX 29-7-2024 01:00 PM
Kes suami isteei merentan pasal rmh quarterspun bkn diaorg jgk ke?
Quote apech 29-7-2024 01:16 PM
baik2... bkn psl ES
Quote haruslah 29-7-2024 01:22 PM
Bukan pasal ZR, ni pasal kes lawatan ke ipd dia....masuk ES. Kantoi....
Quote Hoola 29-7-2024 01:30 PM
Edited by Hoola at 29-7-2024 01:35 PM

baguslah
bg lah hukuman setimpl pd yg selayaknya
polis ka cikgu ka infleza ka retis ka
la ni hp hjg jari
semua nk jd terpaling cpt bgtau, terpaling konon nk educate sbb tu buat content
xsemua ya che adik2 hoiiiii
smartfon tp xsemua smart mnggunakann                                                                                                                                                        pikirla berjuta kali apa impilikasinyaaaa
Quote zuriey 29-7-2024 01:58 PM
Itu la akibat ambik minah rempit jadi anggota
Perangai rempit bohsia terbawa2 sampai ke dlm balai..
Quote monsterwife 29-7-2024 04:40 PM
Padan lah muka
Sebelum kerja bukan ke signed akurjanji
Pelik lah laki bini yg suka citer psl maklumat sulit
Ada benda boleh share, ada benda kena smpn
Quote shernazz 29-7-2024 05:17 PM
apech replied at 29-7-2024 08:40 AM
Yg bocor dekat edisi siasat tu chuols. Kena tatatertib saje, bukan memfitnah. Jadi betul la apa yg ...

Ooo pasal kes bunuh budak autism tu ke?
Iols.ingat pasal.masuk balai pakai selipar tu
Quote apech 30-7-2024 10:07 AM
shernazz replied at 29-7-2024 05:17 PM
Ooo pasal kes bunuh budak autism tu ke?
Iols.ingat pasal.masuk balai pakai selipar tu

bukan chuols. maybe sb dia mengadu pasal kuarters polis tu je bukan budak autism
Quote shernazz 30-7-2024 06:27 PM
apech replied at 30-7-2024 10:07 AM
bukan chuols. maybe sb dia mengadu pasal kuarters polis tu je bukan budak autism

Skang ni ramai suka buat content dia yang pertama gitu
Last2 kantoi
Huhu..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.037926 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top