CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saya nak bertanggungjawab kerana agama – Hafiz Mahamad ulas mengenai video kekecohan mahu cium hajar aswad kembali tular

29-7-2024 08:13 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 19802| Komen: 96



 “Ada yang nasihat untuk saya diam. Tapi saya nak bertanggungjawab kerana agama atas ‘statement’ (kenyataan) atau ‘perception’ (persepsi) daripada Tweet ini,” itu respons usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad.

Kenyataannya itu dimuat naik pada media sosialnya selepas tular kembali video lamanya yang memaparkan kekecohan mahu mencium hajar aswad, sehingga didakwa mengundang penghinaan kepada agama Islam.

Hafiz berkata, dia memerlukan masa untuk mendapatkan pandangan daripada pakar berkaitan bagi mengelakkanya mengulangi kesilapan lama.

“Hari ini ramai sahabat yang ‘update’ tentang ini. Terima kasih sahabat kerana ‘inform’ (beritahu) saya.

“Bagi saya masa untuk kukuhkan input dan minta pandangan daripada pakar supaya kesilapan lama tidak akan berulang. Doakan saya ada kemampuan untuk usahakan perkara ini.


“Terima kasih sahabat-sahabat yang baik atas kata-kata yang baik,” katanya hari ini.

Hari ini Kosmo! melaporkan, video memaparkan kekecohan mahu mencium hajar aswad pernah dimuat naik oleh seorang lelaki yang juga usahawan dan personaliti media sosial pada Mac lalu tular kembali, namun di luar negara sehingga didakwa mengundang penghinaan kepada agama Islam.

Video tersebut dimuat oleh seorang pengguna X dipercayai didakwa di India dengan kapsyen menuduh wanita Islam tidak selamat ketika berada di Tanah Suci Mekah.

Ia kemudian mengundang kembali kemarahan umat Islam di Malaysia terhadap usahawan dan personaliti media sosial berkenaan.

Mac lalu Kosmo! melaporkan, tular video memperlihatkan lelaki tersebut yang terpaksa menolak dan menjerit kepada jemaah lain untuk memberi laluan kepada beberapa jemaah wanita yang dibawa bersamanya.

Sehubungan itu, rata-rata ramai mengecam tindakannya yang dikatakan hanya berbuat demikian semata-mata untuk ‘content’.

Perbuatan tersebut ditegur oleh ramai agamawan termasuk bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menjelaskan, hukum mencium hajar aswad adalah haram sekiranya ia menyebabkan masalah dan membahayakan diri sendiri atau orang lain.

Kemudian, Hafiz tampil menerusi video dan mendedahkan bahawa, tujuan berkongsi video membantu beberapa wanita mencium hajar aswad hanyalah untuk kenangan bersama pasukannya.


Sumber :  Kosmo




Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aint 29-7-2024 08:14 AM
nak muntah la....
Quote nena9042 29-7-2024 08:17 AM
Dah kena tegur pun dia menjawab balik yang "hanya untuk kenangan tu ke?"
Tak pedulik la apa matlamat kau pun dik oiiiii
Geli betul influenzah zaman sekarang
Quote menjad 29-7-2024 08:17 AM
Suka lah dio up lagi citer ni. Tu yg dio mau
Quote shernazz 29-7-2024 08:42 AM
Mission accomplished
Boleh lebarkan sayap ke 9verseas
Quote sapeka 29-7-2024 09:00 AM
Janji nama terkenal ke seluruh pelusuk dunia
Walaupun daripada hal negatif
Kan sentiasa nak jadi luarbiasa
Quote missbigrockstar 29-7-2024 09:07 AM
Benda dah basi orang dah lupa. Tapi saja nak up diri balik
Quote red_velvet 29-7-2024 09:09 AM
Jantan bodoh...
Quote Sendawg 29-7-2024 09:16 AM
Babi lah laknat semua influencer Malaysia.
Quote scha1008 29-7-2024 09:33 AM
Geli betul tengok muka + badan die

Tak selera
Quote naina 29-7-2024 09:54 AM
So apa yang dia nak bertanggungjawab kan itu selepas issue ni tersebar merata dunia. Ko faham tak nyahh ko dah sebarkan fitnah terhadap agama dan tanah suci Mekah. Perempuan tak sepatutnya berhimpit2 camtu .
Quote pocongkiutss 29-7-2024 09:56 AM
Narcissist gila dia ni
Quote user_lost 29-7-2024 10:13 AM
influencer kt malaysia ni kebanyakkannya (tak semua) macam influenza.. virus yang tak baik.. tengoklah masa PC tiktok award je.. dah melampau sgt.. after party pn ada yang mabuk.. bila depan camera terpaling suchiikkk..
Quote user_lost 29-7-2024 10:15 AM
naina replied at 29-7-2024 09:54 AM
So apa yang dia nak bertanggungjawab kan itu selepas issue ni tersebar merata dunia. Ko faham tak ny ...

kannn! bila dah damage mcm ni baru nak rujuk pada alim ulama yang pakar...
masa sebelum kau nak post dengan riak tu dia xnak rujuk pulak..
dah kene tegur pun masih nak menang lagi...

kali ni terciduklah... takde ke gerakan boikot hamad ni.. dalam opis dia kununnya la ada ostat.. tapi ada jugak bela taik dadah dalam opis tu..
still taknak buang/terminate staff yg suka ambik barang terlarang tuh.. iskk
Quote bulalof 29-7-2024 10:18 AM
kenakan tindakan undang2 tak boleh ke kat malaun camni?
Quote awex^returns 29-7-2024 10:19 AM
menunggang je lah ko laki bini
menyampah nak baca atau dengar
Quote deebiz14 29-7-2024 10:21 AM
Cilaker... asbab bideo heols si zionis2 & kapir2 laknat merata dunia ngah rancak memfitnah dan ngutuk Mekah dan Islam. Sakit hati betul bace ni sumer kat X. Istighfar...

Masak la ko kene menjawab kat sane nnt.
Quote anilanil 29-7-2024 10:24 AM
Mintak maaf & akui khilaf pon susah ke? Guna la perkataan KHILAF tu. Kalo ckp SALAH lagi taknak kan? Guna KHILAF tak nampak sgt jahil. Btw acik hapiz ni buat ulasan pakai bahasa apa? Kalo dah tular sampai di india ko expect diorang paham ke ko explained?
Quote Whitney72 29-7-2024 10:30 AM
Hajarul Aswad nk cium sgt ..tahajud/witir mlm2 buat x? Itulah org Islam kita...yg payah2 dan x dituntut...yg tu lah nk dibuat....yg senang2 dn sgt2 dituntut x nak buat...weng btul

Dah lar tu...dibuatnya content...mmg poyo lar mamat ni
Quote marchikobonzo 29-7-2024 10:32 AM
Tolong la jangan up dah cerita dia ni..

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.114303 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top