CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jambatan kereta api seberat 60 tan bernilai RM16 juta dilarikan pencuri

29-7-2024 08:08 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 18666| Komen: 13


MOSCOW – Pegawai-pegawai penguat kuasa undang-undang di Russia menyiasat kes kecurian sebuah jambatan kereta api logam yang besar di barat negara itu, lapor laman berita RT semalam.

Struktur jambatan tersebut dipercayai boleh dijual di kedai besi buruk pada harga lebih AS$15,000 (RM69,864).

Jambatan logam yang dianggarkan seberat sekurang-kurangnya 60 tan itu terletak di wilayah Ryazan, sekitar 200 kilometer dari tenggara Moscow.

Jambatan itu dilaporkan dianggarkan bernilai AS$3.5 juta (RM16.30 juta).

Kehilangan misteri keseluruhan jambatan tersebut pertama kali dilaporkan pada Rabu lalu oleh aktivis tempatan, Svetlana Konovalova.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat lalu, jabatan polis tempatan mengesahkan bahawa ia telah menerima aduan mengenai kehilangan struktur logam jambatan yang tidak berfungsi itu lebih seminggu lalu. 

Polis menambah bahawa ia telah membuka kertas siasatan jenayah berhubung kejadian tersebut. – AGENSI


Sumber :  Kosmo




Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zorrro_03 29-7-2024 11:00 AM
leburkan utk industri lain letew  
Quote imransulaiman 29-7-2024 01:14 PM
Landasan tinggal rupanya. Patutlah kena cekau.
Quote airfilterkotor 29-7-2024 01:20 PM
Potong sikit², lama² jadi duit.
Quote B40tastePosh 29-7-2024 01:22 PM
Nak buat keris le tu
Quote ReginaGeorge 29-7-2024 01:34 PM
Daripada jadi buruk sebab tak berfungsi, baik aku jual katanya
Quote hokeypokey 29-7-2024 01:55 PM
dia tolong gov recycle barang lama
Quote yangsemb 29-7-2024 02:04 PM
Brp lama la ‘depa’ buat kerja eh
Quote nisako 29-7-2024 02:05 PM
wow landasan pun kena lesap jugak ke hahaaaaa
Quote gigahertz 29-7-2024 02:36 PM
zorrro_03 replied at 29-7-2024 03:00 AM
leburkan utk industri lain letew


Rohingya sampai sana.
Quote Decaffeinated 29-7-2024 03:43 PM
Jambatan terbiar? Kalau tengah2 pekan boleh buat macam KTM ni, ramai nak bergambar.



Quote pejol 29-7-2024 04:12 PM
mana2 pon ade matpet kan huhu
Quote Gunama 29-7-2024 04:29 PM
Hahahaha
Aku tgh imagine kt Mesia ni mat pet umpil landasan ketapi yg hari2 servis hauk nk mamp itewwww.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.042313 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top