CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami ditembak, dicurah minyak tanah sebelum dibakar dalam pikap

29-7-2024 08:06 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 18389| Komen: 8



BANGKOK – Seorang lelaki ditembak mati dan trak pikapnya dibakar oleh dua suspek pemisah di daerah Panareh dalam wilayah Pattani hari ini.

Laman berita Thai PBS World melaporkan bahawa mangsa yang dikenali sebagai ‘Nafee’ dan isterinya dalam perjalanan pulang selepas menghantar anak-anak mereka ke sekolah di mukim Por Ming apabila sebuah motosikal tiba-tiba menghampiri di sebelah pemandu.

Pembonceng motosikal itu melepaskan beberapa das tembakan ke arah Nafee yang kemudian meninggal dunia akibat kecederaan.

Ketika sedang nazak, Nafee terus memandu pikapnya sebelum ia berhenti di tengah jalan.

Lelaki bersenjata itu menghampiri kenderaan mangsa dan memaksa isteri beredar.

Penyerang kemudian mencurahkan minyak tanah dan membakar trak itu bersama mangsa di dalamnya.

Motif pembunuhan masih disiasat. – AGENSI


Sumber :  Kosmo




Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 29-7-2024 01:16 PM
Mesti trauma si isteri.. Huhu!
Quote B40tastePosh 29-7-2024 01:24 PM
Kenape bakar orang?

Betul ke puak pemisah entah sindiket dadah.
Quote hokeypokey 29-7-2024 01:56 PM
nasib baik tak bunuh si bini tu sekali
Quote yangsemb 29-7-2024 01:58 PM
OMG! This is so scaryyy
Quote Decaffeinated 29-7-2024 02:59 PM
Kalau baca tajuk sahaja aku sangka isteri punya kerja.

Quote edayildiz 29-7-2024 03:03 PM
dah hbs berita dr yindon..masuk thailand  lak..
tktnyaaa i kt sana..
i tgk org kelate kejap kjp naik basikal la..moto la p sana..
i tak pernah p sana..
kalau p thai naik flight ada lah
slmt ke yg merentas dr sskjp tu ek..mcm scary je..
Quote BungaSuri 30-7-2024 11:13 AM
kejamnyaaa
Quote ⠀⠀⠀ 6-9-2024 02:47 PM

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.098293 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top