CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Tiada Lagi Makcik Petir” – Viral Dengan Loghat Melaka Di TikTok, Mak Menah Hembus Nafas Terakhir

28-7-2024 12:58 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 27724| Komen: 33



Baru-baru ini, seorang pempengaruh, Mohd Rustam Johari atau dikenali dengan nama OtamBlurr berkongsikan khabar berita duka mengenai pemergiaan sepupu kesayangannya, Mak Menah.

Ketika dihubungi oleh pihak mStar, Otam memberitahu pemergiaan Mak Menah pada pagi Jumaat disebabkan Hipoglisemia iaitu kesan sampingan kencing manis.


"Mak Menah meninggal disebabkan hypo. Sebelum ini, arwah ada kencing manis. Tapi punca kaki kanan dipotong disebabkan ada terpijak paku minggu lalu. Tak sangka melarat sampaikan kena buat pembedahan."

Pempengaruh tersebut turut berkata Mak Menah atau dikenali sebagai ‘Makcik Petir’ itu tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda bahawa akan pergi buat selamanya ketika berusia 58 tahun.

Untuk info ramai, biarpun Mak Menah tidak mempunyai akaun media sosialnya sendiri, tetapi telatah arwah yang ceria dan loghat orang Melaka yang sering digunakan telah menghiburkan hati warganet.
 

Sumber : Beautifulnara



Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 28-7-2024 01:32 PM
Alfatihah buah mak menah
Otam suka menyakat mak menah ni
Dia pun suka je melayan
Tp org yg tak biasa tgk org melaka bergurau mmg akan kata mcm2
Dorang kalau rapat mmg akan gurau kasauu gitu
Quote sukacactus 28-7-2024 01:47 PM
Pernah tgk la video dak otam ni mengusik mak menah
Bahasa mmg kasar tp kadang kelakar plak bila dia lwn bercakap
Salam takziah utk keluarga arwah
Quote syamzana 28-7-2024 01:53 PM
alfatihah...salam takziah.
iols baru kenal, mak menah ke otam sume ni. godak2 ig otam ni maha dahsyat ye kasarnya bahasa derang ni. cumanya makcik ni kelakar
iols selalu jugak pergi melaka rumah kwn takde plak dgr mak dia dgn neber2 sebelah ckp kasar bebeno camtu wpun dok usik mengusik bertepuk tampar. agaknya time iols ada je kot semua jadi sopan
Quote MisXoXo 28-7-2024 03:54 PM
Alfatihah mak menah
Mngkin ada tp xsemua.yg sy kenal ckp kaso tp tak ada all the time mencarut carut  dlm perbualan.sore kuat tu biasa.mngkin biasa utk fam dak otam kot.
Quote nipskacang 28-7-2024 04:08 PM
Alfatihah mak menah, i tiap tahun tunggu otam pergi beraya rumah mak menah sbb nk dgr diorg bergaduh mulut..seronok dgr huhu
Quote ashilalat 28-7-2024 04:11 PM
Aku antara peminat mak menah..terhibur dgr dia bercakap. Bukan part carut je, part dia berlawan cakap smbil tundukkan lawan tu seronok dengau. Rasa mcm balik kampung melaka.

Alfatihah mak menah..sedih rasa.
Quote downiey 28-7-2024 04:59 PM
Alfatihah.. Innalillahiwainnalilahirojiun..
Quote MissYouSayang 28-7-2024 05:05 PM
iols sorg je yg x kenal langsung sape  nenek ni

..salam takziah
Quote liyamariska 28-7-2024 05:54 PM
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Quote yangsemb 28-7-2024 06:02 PM
Salam takziah untuk keluarga
Quote cap_ayam 28-7-2024 06:06 PM
Salam takziah..

memang melaka kahau ni
Quote guesswho09 28-7-2024 07:38 PM
Siapa mereka ni?
ada video ke nak tgk gurauan kasar dorang
Quote belilies 28-7-2024 08:45 PM
Otam ni iols paling peberet masa heshe ngan kawan lembut kene kejar ngan lembu
Quote immi 28-7-2024 09:24 PM
nipskacang replied at 28-7-2024 04:08 PM
Alfatihah mak menah, i tiap tahun tunggu otam pergi beraya rumah mak menah sbb nk dgr diorg bergaduh ...

Betul, seronok tengok diorg happy camtu walau dengar mcm kasar tp org Melaka mmg centu tp diorg baikhati. Al Faatihah dibaca utk arwah Mak Menah
Quote Kancilkering 29-7-2024 10:26 AM
otam ni bertukar terus image lama dia…kena petir ngan mak mak saudara dia kut…tak apa rahmat pertunjuk dari Allah mcam macam ….
moga arwah mak
menah diampunkan dosa dan diletakkan di kalangan org yg beriman
Quote sayurmayur88 29-7-2024 11:21 AM
guesswho09 replied at 28-7-2024 07:38 PM
Siapa mereka ni?
ada video ke nak tgk gurauan kasar dorang

deolls famous gak kat tiktok tu..
Quote soursop_juice99 29-7-2024 12:00 PM
Otam dah tak buat video dengan Nizam ke. Lama tak nampak dorg sama sama
Quote pejol 29-7-2024 12:20 PM
takziah
Quote BawangCaramel 29-7-2024 12:46 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.053089 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top