CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Usahawan Dedah Koleksi Beg Tangan Mewah Fazura Cecah RM60k Hingga RM80k - "Ia Dah Masuk Dalam Kategori Ada Duit Pun Tak Boleh Beli"

28-7-2024 12:43 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 44632| Komen: 152



Pelakon jelita, Nur Fazura sekali lagi menyorot perhatian dengan koleksi beg tangan daripada jenama mewah yang dimilikinya.

Menerusi video oleh Icon Luxe, usahawan yang terkenal dengan jualan ‘preloved’ beg tangan mewah dan berjenama, Mirzan Johor mendedahkan harga beg tangan Hermes yang dimiliki Fazura.


"Ia datang dengan kulit burung unta tak silap saya, dalam pasaran harganya di antara RM60,000 ke RM80,000."

"Kena faham, beg-beg macam ini ia bukan sekadar nak beli, ia dah masuk dalam kategori ada duit pun tak boleh beli."

Bukan itu sahaja, difahamkan warna beg tangan tersebut juga sukar untuk diperolehi selain harganya yang mahal melainkan pembelinya memiliki profil yang baik.


"Warnanya pun susah nak dapat, boleh dapat tapi mungkin warna hijau, biru. Tapi untuk warna yang senang nak dipadankan dengan baju ia jadi lebih mahal kerana sangat susah untuk dapatkan."

"Tapi kalau dia dapat, sama ada dia betul-betul ‘power‘, atau dia belanja betul-betul mahal. Ada profil yang baik ataupun dia beli dekat luar negara ataupun orang hadiahkan. Kita pun tahu latar belakang Fazura memang orang yang sangat-sangat kaya."

Dalam masa yang sama, Mirzan juga sempat mendedahkan sebuah lagi beg tangan milik Fazura daripada jenama mewah yang sama.

"Warna hijau ini sangat-sangat mahal, tapi dia ni sangat-sangat mahal pun dia pakai jalan-jalan je..pakai dengan ‘streetwear’."

"Harganya pun dekat RM60,000 ke RM80,000. Ia beg kasual yang mahal, kalau yang tadi lebih kepada formal yang sangat mahal."

"Jadi kalau Fazura nak jual beg ini kepada kita, kita tak mampu nak beli."
 

Sumber : OhBulan



Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 28-7-2024 12:49 PM
Wow....

Quote nottyyuni 28-7-2024 12:58 PM
Ada la yg mengelupor ni kang korek zaman dinasor..
Quote Masukkeluar 28-7-2024 12:59 PM
dlm video tu byk benak2 lopak masuk komen puji lopak pun ada beg hermes tp lopak tak menunjuk  mana aku tahu tu benak lopak? sbb nama nama tu la selalu drop komen kt video2 lopak puji puji lopak sambil sindir faz.

kalau kt video bilie, benak2 ni akn puji2 bilie sambil kutuk timoh. mana bleh kalah puak benak lopak ni kan....idolat tu mcm tuhan dh.
Quote Whitney72 28-7-2024 01:39 PM
Masukkeluar replied at 28-7-2024 12:59 PM
dlm video tu byk benak2 lopak masuk komen puji lopak pun ada beg hermes tp lopak tak menunjuk  man ...

Benak x dgr ke apa yg mamat tu kaya...Faz dtg dr keluarga yg sgt kaya raya ....

Mamat tu pun tahu family Faz mcm mna...cuma dia bagi hint sikit2 je
Quote Masukkeluar 28-7-2024 01:42 PM
Whitney72 replied at 28-7-2024 01:39 PM
Benak x dgr ke apa yg mamat tu kaya...Faz dtg dr keluarga yg sgt kaya raya ....

Ma ...

Tak laa benak kata family lopak lagi kaya tu blm campur dgn family mertua lopak lagi. Ayh puyu kan tansri
Quote codenamedream 28-7-2024 01:50 PM
Editor mesti berharap fans Fazura menjoyah kat sini Kan.

Nah meols drop komen.
Bye.
Quote jihyomelly 28-7-2024 01:54 PM
kang berdoyon masuk walaupun receipt dah ada..mana bleh kalah harta bet billions usd…
Quote _blackbird 28-7-2024 02:20 PM
Harga bag RM60-80k tu ramai je yg mampu beli. At least 40% of world population. Mostly artis dpt sponsor or beli at discount rate. Brand sponsor retis tu normal, benefit to the brand. Takda apa nak heran. Mass production collection. Lain la pajura ni mampu memiliki one of kind. Beg harga lelong juta2 yg tu boleh la kita musykil
Quote sharlenetexas 28-7-2024 02:23 PM
Nak tgk koleksi kasut pulak. Adakah masih setia dgn charlotte olympia dan louboutin?


Quote Jikookie 28-7-2024 03:26 PM
Kayanya kakak faz
Quote ihtisyam1 28-7-2024 03:41 PM
biarla rezeki dia
Quote sleepandream 28-7-2024 04:38 PM
kesian burung unta tu... ish3...
Quote NazRysha 28-7-2024 05:23 PM
ada ke org impress tgk koleksi beg tgn kasut artis?
Quote Safirania 28-7-2024 06:10 PM
Moga yang baik2 aje untuk faz
Quote Safirania 28-7-2024 06:11 PM
Yang penting shubennya baik & helokk
Quote ghopper 28-7-2024 07:00 PM
cantik mak fazura.
nampak regal.
ala ala kerabat brunei.
Quote KakRumiMenari 28-7-2024 07:11 PM
Ok la orang luar yang korek cerita pasal harga beg faz.. kalau faz yg menceceh pasal harga, simbahkan air kopi trucafe tu je
Quote sfrnna 28-7-2024 07:26 PM
Walaupun pakai mahal2 ni tak pernah pulak Meols rasa dia menunjuk. Ibarat pakai handbag rm100 je bg mekzura. Yela, utk org kaya ni apala sangat harga handbag tu bila income sebulan pun dah macam setahun income M40 rakyat marhaen..
Quote blue_blur 28-7-2024 07:59 PM
kenapa ayat dia sembang macam over................... kalau dia petik beg tu harga lebih 6 angka, boleh la pertimbangkan juga........

Lihat semua komen(152)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.209942 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top