CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Celine Dion, Lady Gaga memukau pada acara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024

27-7-2024 11:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 55776| Komen: 40



PARIS: Diva pop yang sebelum ini berjuang melawan masalah kekejangan otot teruk, Celine Dion tampil gah pada slot penutup acara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 di sini, awal pagi tadi waktu tempatan.

Anggun menggayakan busana putih diserikan manik dan juraian, Dion yang disahkan mengalami Stiff Person Syndrome (SPS), kira-kira dua tahun lalu, mendendangkan lagu klasik pernah dirakam biduanita terkemuka Perancis, mendiang Edith Piaf berjudul L'Hymne a' l'amour dari tingkat satu Menara Eiffel, di sini.

Kemunculan Dion di pentas malam pembukaan temasya sukan terbesar dunia itu cukup dinantikan peminat, apatah lagi, bintang yang popular dengan lagu My Heart Will Go On yang menjadi runut filem 'blockbuster', Titanic, kira-kira 27 tahun lalu itu, sudah lama tidak tampil beraksi secara langsung.



Tidak hairanlah kemunculan Dion dari ibu kota cinta dunia itu mendapat sambutan hangat peminat, yang menyaksikan detik bersejarah itu melalui pelbagai platform penstriman di seluruh dunia. Dilaporkan, kali terakhir Dion tampil pada persembahan 'live' adalah di New Jersey, Amerika Syarikat (AS) pada Mac 2020.

CNN melaporkan, penyanyi AS, Kelly Clarkson yang menjadi pengulas bagi program terbitan NBC mengakui kelu melihat aksi diva itu, malah, menyifatkan Dion sebagai 'atlet vokal'.

Kemunculan Dion melengkapkan acara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 yang berlangsung sepanjang Sungai Seine, menyaksikan pelbagai persembahan dijayakan ratusan penari sambil tumpuan diberi kepada 85 bot membawa kira-kira 6,800 atlet termasuk dari Malaysia yang belayar menyelusuri sungai berkenaan.

Kemunculan Dion di pentas Olimpik bukanlah asing apabila penyanyi itu pernah membuat persembahan di sukan Olimpik Atlanta pada 1996 mendendangkan lagu The Power of the Dream.


Terdahulu, acara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 dimulakan dengan persembahan Lady Gaga di tepi Sungai Seine, mendendangkan lagu Mon truc en plume dipopularkan mendiang Zizi Jeanmaire. - AGENSI

 

Sumber : Berita Harian



Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 27-7-2024 11:18 AM
Terbaikkkkkk
Quote hyie 27-7-2024 11:39 AM
dah ok dah vokal sheols
Quote slyfynx 27-7-2024 12:02 PM
X sangka deme ni orang tempatan ye
Quote alesandra 27-7-2024 12:07 PM
slyfynx replied at 27-7-2024 12:02 PM
X sangka deme ni orang tempatan ye

Ye... gojira je obersea
Quote BarbiePink 27-7-2024 12:20 PM
Bila masa acik celin jdi retis local neh
Kalau benak neh  pun TT taw tau beza
Baik tak yah jdi TT lah oiii
Quote dua_chzy 27-7-2024 12:29 PM
Tu diaaaa vokal Celineeeee dalam sakit2 pon tetap powerful mesmerizing gituuuu nyanyian~
Quote ashilalat 27-7-2024 12:44 PM
Wow..celine dion dah pulih dari sps. Vokal tetap power. Sesuai la celine jd retis undangan kat paris sbb dia walaupon canadian, dia canadian yg guna bahasa perancis sbg bahasa utama kan.
Quote nazzse 27-7-2024 01:20 PM
The Queen is back
Quote Kancilkering 27-7-2024 02:40 PM
i thought she done…..welcome back
Quote noell 27-7-2024 02:43 PM
kelass sgt celine dh downgrade jadi retis tanah malaya
Quote caprisonne 27-7-2024 05:12 PM
BarbiePink replied at 27-7-2024 12:20 PM
Bila masa acik celin jdi retis local neh
Kalau benak neh  pun TT taw tau beza
Baik tak yah jdi TT la ...

Ntahnya... Celine Dion is Canadian la..
Quote ghopper 27-7-2024 05:31 PM
wow...vokal yang mantap...tak dapat diungkapkan!
Quote ghopper 27-7-2024 05:31 PM
caprisonne replied at 27-7-2024 05:12 PM
Ntahnya... Celine Dion is Canadian la..

ya. dari quebec kalau tak silap.
Quote ghopper 27-7-2024 05:34 PM
memang minat celine ni.
minat vokal dia.
tengok video performance dan bts performance dia di caesar palace berkali kali pun tak jemu.
Quote cicicumel 27-7-2024 05:34 PM
Vocal dia menten ek.x macam acik mariah carey miming jr mampoo tp she menang body masih letops
Quote Frangapini 27-7-2024 05:45 PM
Wah, Welcome to Malaysia & gosip tempatan Nak ikut jejak Yuna kut.. cari makan di Malaysia pula
Quote sleepandream 27-7-2024 06:58 PM
editor pun tau park benang dalam gosip tempatan yach demi view tinggi... aaagitewww
Quote adila39 27-7-2024 09:41 PM
i am sobbing tgk celine nyanyi, her journey mmg superb! Queen is back! effortlessly! stunning gila nyanyi.
Quote Whitney72 27-7-2024 10:03 PM
CD Canadian...tp Canada ada 2 bahasa rasmi, BI dan France, so kebanyakan Canadian fasih 2 bahasa..sblm ni pun CD ada rakam byk album
France sblm rakam lagu Inggeris..

Sejarah France ( dulu empayar yg kuat) mmg byk terjebak dgn Amerika Utara...in fact the Statue Of Liberty di Ellis Island tu pun hadiah kerajaan France pd US

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.046238 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top