KUALA LUMPUR:Polis meminta bantuan awam untuk mengesan seorang pengasuh taska yang dilaporkan hilang oleh keluarganya sejak 15 Julai lalu. Polis Kuala Lumpur dalam kenyataan, memaklumkan Nur Shafila Suaib, 20, kali terakhir dilihat di Kampung Sri Malaysia, di sini. Katanya, polis menerima laporan berhubung kehilangan wanita tempatan itu pada 16 Julai lalu. "Mangsa yang bekerja sebagai pengasuh taska di Desa Petaling gagal dihubungi oleh keluarga sejak 15 Julai. "Shafila berketinggian 148 sentimeter, berat 45 kilogram, berbadan sederhana kurus, bertudung dan tidak berkaca mata," katanya. Tambah kenyataan itu, alamat terakhir wanita itu adalah di 12-23 Pangsapuri Sri Malaysia, No 2 Jalan 3/141 Kampung Sri Malaysia, Kuala Lumpur. Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta untuk menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Balai Polis Salak Selatan Baru, Sarjan Khalik Abdul Wahab, di talian 03-79815053 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. Sumber : Berita Harian Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
otai_g replied at 27-7-2024 12:03 PM
Lg org hilang. Lama2 semua rakyat msia ni plk yg hilang
naina replied at 27-7-2024 11:59 AM
Yang laki takda plak orang report hilang
Yang prmpuan berderet
Apa sudah jadi
naina: Yang laki takda plak orang rep ...
otai_g replied at 27-7-2024 04:03 AM
Lg org hilang. Lama2 semua rakyat msia ni plk yg hilang
ADVERTISEMENT