CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beg bimbit legenda bola sepak Brazil, Zico bernilai RM2.5 juta dicuri dalam teksi di Paris

27-7-2024 10:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 53785| Komen: 10


Ankara: Legenda bola sepak Brazil, Zico, kehilangan beg tangan bernilai €500,000 (RM2.5 juta) mengandungi jam tangan Rolex dan berlian yang dicuri di Paris, menurut laporan harian Perancis pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu (AA).

Le Parisien melaporkan bahawa kecurian itu berlaku di dalam sebuah teksi. Seorang individu didakwa mengalih perhatian pemandu teksi sementara seorang suspek lain mencuri beg tangan Zico.

Arthur Antunes Coimbra yang lebih dikenali sebagai Zico, berusia 71 tahun, berada di Paris atas jemputan delegasi Brazil untuk menyaksikan Sukan Olimpik 2024, yang secara rasminya bermula dengan upacara pembukaan pada malam tadi.

Seorang daripada pemain bola sepak terkemuka generasinya, Zico mewakili Brazil dalam tiga Piala Dunia Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) (1978, 1982, dan 1986) tetapi tidak pernah memenangi gelaran dunia.

Zico juga pernah menguruskan kuasa besar bola sepak Turki, Fenerbahce untuk merangkul gelaran liga domestik pada 2007, menandakan musim 100 tahun kelab itu.



Di bawah bimbingannya, Fenerbahce mara ke suku akhir Liga Juara-Juara UEFA (Kesatuan Bolasepak Eropah) pada 2008.

Awal minggu ini, pasukan bola sepak kebangsaan Argentina juga menjadi sasaran pencuri sebelum perlawanan mereka di Sukan Olimpik Paris.

"Semalam (Selasa), pencuri memasuki tempat latihan kami dan kami telah dirompak. Thiago Almada kehilangan barang-barangnya, jam tangan dan perhiasan," kata jurulatih kepala Argentina, Javier Mascherano, yang juga bekas pemain tengah Barcelona dan Argentina, sebelum ini.

Argentina tewas kepada Maghribi 1-2 dalam perlawanan di Paris 2024 pada Rabu di Stadium Geoffroy-Guichard di Saint-Etienne, berhampiran Lyon.

Almada, pemain tengah Botafogo yang barang-barangnya dicuri, berada di padang semasa perlawanan menentang Maghribi.

BFMTV Perancis melaporkan pada Khamis bahawa barang-barang Almada yang dicuri bernilai €50,000 (RM252,809). Aduan dijangka difailkan tidak lama lagi.

 

Sumber : Harian Metro



Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 27-7-2024 11:21 AM
Sana mmg ramai pick pocket kan. Lagi2 time ada ceremony ni, lagi lah kena berjaga2
Quote hyie 27-7-2024 11:35 AM
haa gitu. Elok diuar-uarkan bagi orang tahu sikit kat Paris tu banyak pick pocket dan berbau hancing iya. Kota cinta lah sangat. Ke kota hanjengg?
Quote green~tea 27-7-2024 11:38 AM
hyie replied at 27-7-2024 11:35 AM
haa gitu. Elok diuar-uarkan bagi orang tahu sikit kat Paris tu banyak pick pocket dan berbau hancing ...


Kota hanceng & hanjeng jalanan
Quote Imkhai 27-7-2024 11:53 AM
Edited by Imkhai at 27-7-2024 11:56 AM

Sana mmg terkenal kes mencuri ni serata dunia pon tahu,tak kn yg kena rompak ni tak tahu yg gi bwk lagi brg2 mewah segala tu knp?,tu sangkut paut je org yg mencuri tu semua baik pemandu teksi guard yg jaga tmpt perlawanan bola tu diaorg tu semua geng2 pencuri ada je org ckp polis sana pon tak boleh percaya,bilik htl ko pon blm tentu selamat klau korang gi sana
Quote green~tea 27-7-2024 11:57 AM
Apakah persamaan kota suci ummah meleis dgn kota cinta ummah kokesen?


Ramai peminta sedekah acah2 cacat..
Quote jiwasemangat 27-7-2024 12:08 PM
Kapitalist mana laaaa..yg letak harga 25j.. nothing jerr.. nyampah aku
Quote dua_chzy 27-7-2024 12:26 PM
Huih. Belum hapa2 lagik, pickpoket kota Paris sudah bertindak.
Quote manop 27-7-2024 08:47 PM
bawak mahal2 beg tu knp?
Quote Kitty_catz 28-7-2024 12:30 PM
paris..boleh skip la.. but the French countryside is ok

turun2 eurostar je dah kena
Quote anony-mous 28-7-2024 01:34 PM
dua_chzy replied at 27-7-2024 12:26 PM
Huih. Belum hapa2 lagik, pickpoket kota Paris sudah bertindak.

Smlm masuk berita, hari pertama dah kena pecah kereta. X sangka betapa hauk paris nowadays. Menyesal xpegi dulu2

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.048590 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top