Kuala Lumpur: Operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan esok, berikutan konsert penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan berkata, lanjutan masa sehingga 1 pagi itu bagi memenuhi keperluan operasi di lokasi penganjuran berkenaan. "Operasi kesemua stesen akan turut dilanjutkan bagi membolehkan pengguna meneruskan perjalanan ke destinasi akhir," katanya dalam kenyataan hari ini. Bagaimanapun, Prasarana berkata, bagi mengelakkan kesesakan penumpang dinasihati menggunakan kad Touch n Go (TnG) yang mempunyai baki mencukupi. AR Rahman mengumumkan kembali ke sini bagi menjayakan konsert AR Rahman Live in Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung 8 malam di SBNJ. Dia juga bakal disertai penghibur lain termasuk Mano, Srinivas, Sri Rascol, Shweta Mohan, Shakthisree Gopalan, Blaaze, ADK dan beberapa lagi bakal diumumkan kelak.
Terdahulu, pemenang trofi Oscar 2009 itu mencipta sejarah tersendiri apabila lebih 60,000 hadir di SNBJ pada konsert AR Rahman - Secret of Success - Live in Malaysia 2023. Lebih istimewa, konsert itu turut menampilkan Datuk Seri Siti Nurhaliza berduet bersama AR Rahman menerusi lagu Tamil klasik berjudul Munbe Vaa. #kw lanjutan, operasi, stesen lrt, bukit jalil, konsert, ar rahman, prasarana Sumber : Harian Metro Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
bintangct replied at 30-7-2024 07:56 AM
ok ke konsertnya? mcm tak hype sblm² ni pun
pengecatbintang replied at 30-7-2024 08:32 AM
cuba tonton pilem industan Dil Se..
pilem ni artistik..
bintangct replied at 30-7-2024 09:24 AM
iols kenal je ar rahman ni haha
ADVERTISEMENT