Susulan kes buli siber yang berlaku sehingga mengorbankan nyawa baru-baru ini, pelakon Nadia Brian berpendapat insiden tersebut menjadi penanda isu berkenaan harus dipandang serius. Memetik Harian Metro, Nadia yang pernah melalui pengalaman menjadi mangsa buli siber berkata ramai yang terlalu mengikut emosi apabila ketika berada di media sosial. “Buli siber ini bukan perkara baru. Semua sedia maklum, dengan wujudnya pelbagai teknologi hari ini, manusia jadi lebih ghairah dan terlalu mengikut emosi. Tanpa kita sedari, tindakan beremosi kita itu boleh buat orang lain terasa atau terkesan,” katanya. Sementara itu, Nadia berkata dia pernah dilabel ‘ahli neraka’ bagaimanapun dia enggan membalas komen-komen kejam itu secara emosi sebaliknya membalas dengan cara positif. “Saya juga antara mangsa buli siber yang mana ada orang tidak dikenali memberikan komen tidak sepatutnya di akaun media sosial saya.
“Saya pernah menjadi mangsa buli siber ketika bercerai dulu. Paling keterlaluan, saya pernah digelar ‘ahli neraka’ dan macam-macam lagi saya terima. “Saya rasa perkara itu tidak perlu kerana percakapan yang terlalu kasar boleh mengganggu emosi seseorang. Saya terima komen sebegitu, tapi saya hanya balas dengan cara yang positif dan bukan dalam keadaan marah,” katanya. Dalam pada itu, Nadia berkata jika ada komen yang dilemparkan terlalu teruk atau melibatkan keluarganya dia akan terus memberikan amaran kepada individu berkenaan. “Tapi, kalau kata-kata diberikan terlalu aib dan teruk sehingga membabitkan keluarga saya, saya akan mesej terus dan beri amaran. Bagaimanapun, setakat ini masih tiada yang teruk begitu,” katanya. Sumber : Rotikaya Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
sfrnna replied at 27-7-2024 06:19 AM
Meols first time tgk dia ni berlakon masa drama dgn sarimah Ibrahim dulu. Sura serak2 basah, I like. ...
ADVERTISEMENT