Untuk makluman ramai, Jun 2024 telah mencatat peningkatan suhu global yang paling tinggi, hingga membuatkan para saintis berkata tahun 2024 berpotensi menjadi tahun paling panas yang pernah direkodkan. Difahamkan, sejak Jun 2023, ia merupakan bulan terpanas yang pernah direkodkan berbanding dengan bulan daripada tahun-tahun sebelumnya. "Saya menjangkakan terdapat peluang kira-kira 95% bahawa 2024 akan mengatasi 2023 sebagai tahun yang paling panas sejak rekod suhu permukaan global dimulakan pada pertengahan 1800-an." Melalui laporan Harapan Daily, perubahan iklim yang sangat ketara ini telah memberi kesan buruk di seluruh dunia untuk tahun 2024. Untuk rekod, sudah lebih 1000 orang meninggal dunia akibat kepanasan yang teruk sewaktu mengerjakan ibadah haji bulan lalu. Dalam pada masa yang sama, saintis turut memaklumkan bahawa suhu peningkatan yang berterusan di paras ini juga akan meningkatkan risiko bencana kemusnahan alam yang tidak menentu.
Sumber : Beautifulnara Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
hyie replied at 26-7-2024 02:55 PM
hari ni iols rasa sejuk sikit, pastu cuaca mendung kejap. So tak panas sangat dah. Siang tadi la
jejaka_hensem replied at 27-7-2024 05:00 AM
Iols panas ke sejuk ke tetap tido berselimut bertemankan kipas siling.
ADVERTISEMENT