Bagi negara Barat, budaya hitch hike adalah sesuatu yang biasa dan tidak hairanlah mengapa mereka akan melakukan perkara itu apabila melancong ke negara lain. Bagaimanapun, bagi kita ia bukanlah budaya yang diamalkan kerana kita selalu diingatkan untuk berhati-hati dan berwaspada terutamanya dengan orang tidak dikenali. Tindakan dua pelancong backpacker dari luar negara mencuba nasib untuk menumpang kereta orang awam mengundang kritikan netizen. Rakaman itu tular di TikTok dan ia memaparkan backpacker terbabit berdiri di tepi jalan tempat kereta lalu lalang memegang kadbod kecil dengan tertera nama tempat yang mereka mahu pergi iaitu Gerik. Difahamkan, jarak di antara Gerik dan tempat mereka berada itu adalah sejauh 55 kilometer.
“Nak free je” – Netizen Tindakan mereka yang gigih menanti bantuan pemandu yang lalu lalang untuk berhenti dan menumpangkan mereka telah mendapat sindiran netizen. Ada yang mengkritik tindakan mereka dan menganggap dua sekawan itu mengambil kesempatan di atas sikap baik hati rakyat Malaysia. Berdasarkan video lain, mereka dilihat memang menggunakan cara itu untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain, dengan menumpang orang awam. Nampaknya, rancangan mereka untuk ke setiap lokasi dituju secara percuma berjalan dengan lancar kerana menerusi hantaran di TikTok dua sekawan tersebut dilihat sudah menjelajah ke banyak tempat di Malaysia. Sumber : Beautifulnara Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
annehuda replied at 26-7-2024 10:44 PM
Tapi nak ke gerik tu aku rasa susah gak nk dpt bas tu. 55km dr grik maksudnye die kat lenggong la ka ...
_kelly replied at 26-7-2024 11:06 PM
baca komen netizen suruh dia naik public transport, dia reply "boring"
pastu ada pulak netizen kutu ...
dani-rox replied at 26-7-2024 11:03 PM
sengkeknya, melancong jauh2 tapi ambik grab pun tak mampu ke?
anyhooo hitch hiking kat Malaysia, k ...
ADVERTISEMENT