CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mahkamah Tak Puas Hati Alasan Norjuma, Beri Amaran Keras & Naikkan Wang Jaminan

26-7-2024 09:56 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13397| Komen: 22



Bekas personaliti TV, Norjuma Habib hari ini diberi amaran oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana gagal hadir semasa prosiding sebutan kes.

Amaran dikeluarkan oleh Majistret Noor Elynna Hanim Abd Halim dan Illi Marisqa Khalizan selepas mendengar alasan kegagalan usahawan selebriti itu hadir pada prosiding, 27 Jun lalu.

Ketika prosiding Mahkamah Majistret Jenayah (MMJ) 4, Norjuma memberi alasan dia tiada maklumat terperinci tentang prosiding berkenaan.

"Mohon maaf puan, saya pergi kaunter Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan maklumat terperinci kerana saya tidak mengetahui kamar (mahkamah) berapa, di mana dan apa yang berlaku kerana peguam tidak hadir."

Bagaimanapun, alasan diberikan Norjuma itu tidak terima Noor Elynna yang kemudian memberikan amaran serius dan membatalkan waran tangkap ke atasnya.

"Anggap ini sebagai amaran. Wang jaminan dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,500."


Sementara itu, Norjuma memberikan alasan sama prosiding di MMJ 2, dan Majistret Illi Marisqa turut mengeluarkan amaran sama dan menaikkan wang jaminan kepada RM2,000 kerana tidak berpuas hati dengan penjelasannya.

Puan Norjuma, ini amaran terakhir perlu pastikan tarikh-tarikh selepas ini puan hadir, sekiranya tidak waran tangkap akan dikeluarkan atas puan bukan atas peguam. Dan kena pastikan tarikh dan mahkamah mana yang puan puan kena hadir.

Majistret Fatin Dayana Jalil dan Nurul Izzah Shaharuddin turut membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan kepada Norjuma atas kegagalannya hadir semasa sebutan kes, bulan lalu.


Sumber : Harian Metro/Beautifulnara


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 26-7-2024 10:11 PM
dia bye feliciakan je makhamah haha
tebal muka dia ni

eh bole transfer credit la
Quote manamana123 26-7-2024 10:28 PM
lambaian tangan mcm kaki ayam
Quote Rogue98 26-7-2024 11:40 PM
Tak suruh Majistret panggil dia Datin Che Puan Norjuma ke?
Quote matbad 27-7-2024 02:50 AM
manamana123: lambaian tangan mcm kaki ayam
Rogue98: Tak suruh Majistret panggil di ...


Itula baru nk tnya hahaha
Quote zutasa79 27-7-2024 03:14 AM
siap lambai tangan tu…memacam sekarang perangai oramg pergi mahkamah kan…
Quote siasia 27-7-2024 05:09 AM
Hurm gini pulak kesahnya dia..
Quote marchikobonzo 27-7-2024 09:59 AM
Teruk nau attitude
Quote scrocth 27-7-2024 10:28 AM
Tgk muka she ada iras dan aura si rafidah terpaling tu or vice versa
Quote MeowPARSI 27-7-2024 11:20 AM
Biadab nya dia
Quote aechae 27-7-2024 12:56 PM
Sian dia wenggg sorang2…
Tu pegi court pn drive sndri pastu parking mana plak? Yelah haritu pegi park dpn tangga pintu msuk kan sblum kena halau…
Quote Lampuled 27-7-2024 02:04 PM
Skrg org naik court dh tak gigil ke? Mcm ke fashion show memasing.. chill² je.
Quote cashewnut 27-7-2024 02:12 PM
Apasal minah ni blh lepas? Kes pukul orang kot. Kasi masuk dalam la. Baru orang respect
Quote bottombikini 27-7-2024 02:18 PM
cer tlg bagi faham -
kenapa hakim batalkan waran tangkap yg lalu?
Dan kenapa tak ditangkap walhal waran dah ada
takut kew camne
Quote Meraki 30-7-2024 04:10 PM
Narcissist betul minah ni.syg muka cantik
Quote snowflakes 30-7-2024 04:32 PM
Tangkap je lah dia ni dulu
Quote jihyomelly 30-7-2024 09:34 PM
so skarang kena bayar saman..masuk jail ke apa?
Quote nameisrequired 31-7-2024 12:19 AM
Dia ni patut dah boleh level2 camelia.. classy & tai tai. Sayangnya jadi mcm ni. Now dia glamour pasal kes mahkamah je.
Quote naina 31-7-2024 09:28 AM
Kenapa mahkamah batalkan waran tangkap
Kenapa tak tangkap je dia
Apa susah benar nak jail prmpuan ni
Quote momopoko 31-7-2024 09:35 AM
Mujur dia tinggi je. Kalau rendah dengan badan makin berisi ni dah segagan dengan biras.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.066299 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top