CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Seriously Saya Rasa Dosa Yang Paling Besar Dah Tervaksin Anak Daripada Kecil” – Individu Dakwa ‘Termakan’ Hasutan Doktor Kejar KPI

26-7-2024 09:45 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14247| Komen: 23



Seorang individu di TikTok baru-baru ini, meluahkan rasal kesal selepas membiarkan doktor memberi suntikan vaksin kepada anaknya.

Katanya, bukan sekadar rasa menyesal, malah turut menganggap ia merupakan satu perbuatan dosa besar yang pernah dilakukan olehnya.

"Seriously saya rasa dosa yang paling besar dah tervaksin anak daripada kecil. Sungguh rasa bersalah."



Bahkan, individu tersebut turut mendakwa para doktor dan jururawat mempunyai sasaran dalam memberi vaksin kepada kanak-kanak.

"Doktor dan jururawat ada target atau Petunjuk Prestasi Utama (KPI) secara paksa rasanya. Sebab tu mereka buat kerja secara paksa hasut orang."


Bagaimanapun, individu itu tidak memberitahu sama ada vaksin yang diterima oleh anaknya itu adalah vaksin COVID-19 ataupun vaksin yang telah ditetapkan dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan oleh KKM.

Rata-rata netizen yang melihat luahan individu tersebut berasa tidak puas hati kerana menganggap dia ‘mencabul’ hak anaknya bagi mendapat perlindungan kesihatan yang sewajarnya.



Sumber : mStar, Beautifulnara



Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kiahlemau 26-7-2024 10:14 PM
Aku rasa paling menyesal gile bawak anak sulung g cucuk vaksin covid...masa tu dok dgr ura2 sapa tak vaksin anak tak boleh g skolah...vavi betul la sapa yg sebarkan benda mcm ni
Quote orkid_amani 26-7-2024 10:33 PM
Kiahlemau: Aku rasa paling menyesal gile  ...

Looohhh yaa ka..GB sekolah ank aii paling relax..xdak paksa2 parents pun suruh ank cucuk..siap cakap sapa nk p..p..xmau p pun xpa..agaknya sbb GB pmpuan kot..mmg nampak keibuan GB sekolah ank aii.ank aii tiap2 tahun hari guru xpenah lupa bg hadiah dekat GB sbb dia suka GB.dy kata GB xmarah2.
Quote nolya 27-7-2024 01:05 PM
Jika ibubapa telak laksanakan usaha perubatan demi kesihatan anak2, kenapa harus rasa menyesal dn menganggap satu dosa besar? Malah atas sikap "rasa2nya" membuat andaian, tanggapan dn berburuk sangka terhdap doktor dn jururawat mengejar KPI. Ceteknya fikiran awak ni.  Adakah anak dia tu telah terlihat kesan buruk/cacat/sawan2 ke setelah mengambil vaksin?  Apakah tidak lebih berdosa besar melahirkan zuriat tetapi tidak dididik dengan ilmu agama dn suluhan taqwa kpd anak2?  
Quote B40tastePosh 27-7-2024 01:29 PM
Mengade lah kaw.
Quote sambaldurian 28-7-2024 08:48 PM
Ntah le mak2 Millenial ni mcm2. Nk back to nature la, basic la. Mak2 zmn 40an-80an elok je bwk anak g cucuk vaksin. Padahal org kg kot, x belajar tinggi mana. Mungkin mak2 Millenial ni dh belajar tinggi, so rs diri ala2 doctor, saintis gitu. Mungkin dorg mmg dh buat kajian mmg vaksin memudaratkan. Terpulang la.
Quote eetodee 29-7-2024 02:08 PM
sambaldurian: Ntah le mak2 Millenial ni mcm2. Nk back to nature la, basic la. Mak2 zmn 40an-80an elok je bwk anak g cucuk vaksin. Padahal org kg kot, x belajar ting ...


Benda simple jaa. Nak vaksin anak, vaksinlah. Taknak vaksin, tak payah. Jangan pertikaian keputusan hidup orang lain.

Quote melekaifc 29-7-2024 02:36 PM
bodo maknya. dia vaksin masa kecik dulu la x kena rubela, x kena polio x kena cacar. pui.
Quote nuryakmal 29-7-2024 03:11 PM
tibaahhh. bila beranak pandai plk cari spital. prffftttt
Quote Samerosie 29-7-2024 03:18 PM
La, why you no beranak at home then?  Pastu nanti anak homeschool je senang gitu.
Quote fefeeling 29-7-2024 03:23 PM
Mohon mak camni tak membiak dah.. takat vaksin tu apa la sangat. Ko tu yg lg idup lama duk makan minum guna plastik ko tak sedar segala nanoplastic chemical dah masuk badan pastu pass down kt anak ko masa ko pregnant ko tak nak rasa bersalah plak kan? Umah ada cermin, tengok diri sendiri dlm cermin tu dulu keyhh
Quote syamzana 29-7-2024 09:47 PM
entah la nokkss anak2 iols segala mala vaksin masuk dlm badan. iols redha je la asalkan sihat.
anak sulung tu guna la kekdah alami la segala antivaks punya cara nanhado menjadi, tak larat nak tetapkan hati ujung2 masuk wad jugak.
dulu pun mak iols tadah je kat anak2 dia segala vaksin yg wajib tu. harapkan kami semua sihat walafiat la...anak org lain not my concern
Quote bpbbppbp 29-7-2024 09:59 PM
Edited by bpbbppbp at 30-7-2024 07:01 AM

Stiap bdan brbeza reaction. Hak dia utk menentukan. Mmg ada kesan smpingan pde sesetangah org. Skincare pun ada org yg ok ada x. Apatah lgi ubat2. Apa pun ikhtiar apa yg dfkirkan trbaik
Quote mawarika 30-7-2024 12:51 AM
Vaksin lain aku amek. Vaksin Covid mmg aku tak cucuk bg anak aku. Dia sorang je tak cucuk kat skola tu. balik rumah dia ckp malu Kat skola sbb mak tak bg cucuk vaksin Covid. Kesahhhhhh pulak aku..
Quote apam 30-7-2024 11:34 AM
B40tastePosh replied at 27-7-2024 01:29 PM
Mengade lah kaw.

Quote vanillaninja 30-7-2024 11:46 AM
Kenapa timbul issue ni? Tak faham I.
Quote fair_iza 30-7-2024 11:50 AM
Edited by fair_iza at 30-7-2024 11:52 AM

Parents millenial bersalah kt anak cucuk vaksin. Bg anak gajet 24hrs x de pulak rs bersalah. Last2 anak autism salahkn vaksin.
X rs artikel maksudkn covid sbb ayat :

"Seriously saya rasa dosa yang paling besar dah tervaksin anak daripada kecil. Sungguh rasa bersalah."
Quote msdummy.2018 30-7-2024 12:01 PM
nolya replied at 27-7-2024 01:05 PM
Jika ibubapa telak laksanakan usaha perubatan demi kesihatan anak2, kenapa harus rasa menyesal dn me ...

Stujuuu dgn sis nolya!!!.
Quote tungkai 30-7-2024 12:12 PM
Ada 2 senario:

1. “Seriously Saya Rasa Dosa Yang Paling Besar Dah Tervaksin Anak Daripada Kecil” – Individu Dakwa ‘Termakan’ Hasutan Doktor Kejar KPI

2. “Seriously Saya Rasa Dosa Yang Paling Besar Tak vaksin Anak Daripada Kecil” – Individu Dakwa ‘Termakan’ Hasutan influencer media sosial

Yang dok discuss, senario pertama. What about berlaku senario kedua? Takde orang akan propa kan..??
Quote biskutsusu 30-7-2024 12:48 PM
macam macam parents zaman sekarang . berlumba lumba tanak vaksin, berlumba lumba nak homeschool anak . padahal diorang tu semua bervaksin, semua ikut sistem persekolahan . kenapa tetiba nak jadi lain? tak kesian ke kat anak anak?

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.068255 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top