CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zamarul Hisham masih dapat mesej berbaur godaan - “Pelik juga, sekarang ramai minat suami dan isteri orang”

26-7-2024 09:43 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 22119| Komen: 35



USIANYA sudah menjangkau 53 tahun namun pelakon Zamarul Hisham masih menjadi ‘buruan’ peminat wanita yang cuba menggodanya.

Zamarul atau Zamarul Hisham Mohamed menyifatkan perkara itu sebagai pelik memandangkan umum mengetahui dia sudah beristeri tetapi masih ada mencuba nasib.

“Masa mula berlakon dulu, memang betul ada kena mengurat malah pada usia sekarang ini pun godaan tu masih wujud. Tak boleh nak lari tapi semuanya berbalik kepada niat sendiri.

“Sekarang dah kahwin ke belum godaan itu tetap ada. Pelik juga, sekarang lebih ramai minat suami atau isteri orang berbanding mereka yang belum berkahwin.

“Sampai sekarang pun saya masih terima DM (direct message) di media sosial tapi mujur saya jenis tak suka balas DM,” katanya kepada mStar.

Zamarul berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis Afyaa Dari Poket Artis ke Poket Artis di Shah Alam pada Khamis.


Dalam pada itu, Zamarul mengakui, sebelum bergelar pelakon dia memang seorang lelaki ‘playboy’ selain bersikap nakal.

Bagaimanapun sejak bergelar pelakon dia tidak pernah menggunakan statusnya sebagai selebriti untuk melakukan perkara tidak baik termasuk menjadi ‘buaya darat’.

“Saya bersyukur bila dah jadi pelakon ni saya tak buat jahat, maksud saya sebelum jadi pelakon saya memang nakal dan seorang ‘playboy’.

“Sebab orang tak kenal waktu tu. Tapi masa itu saya pakai motor RXZ, ramai wanita cuba pikat saya.

“Lepas jadi pelakon ramai kenal saya jadi saya perlu menjaga sikap, itu pemikiran yang selamatkan saya daripada melakukan perkara bukan-bukan,” jelasnya.



Untuk rekod, Zamarul mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Diana Rafar pada tahun 2009.

Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Kashfi Haikal, 14, Kayla Reysha, 7, dan Kaydeen Haiqal, 4 tahun.

Zamarul juga mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.


Sumber: MStar Online


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jlo 26-7-2024 09:45 AM
jauh gak gap anak pertama ngan no 2 tu ya..tapi comei2 anak nye
Quote drivethru 26-7-2024 09:45 AM
Percubaan artis sendu nak hot kan diri sendiri.
Quote MistrezHermanaz 26-7-2024 09:54 AM
besar dh anak diana,,,diana ni mcm datin anne jgk, muka x mkn tua
Quote hyie 26-7-2024 12:00 PM
memang ada je pasaran untuk daddy2 kan...acik porem pon ada je yang taste kat daddy2, tak gitu sis?
Quote pocongkiutss 26-7-2024 12:23 PM
drivethru replied at 26-7-2024 09:45 AM
Percubaan artis sendu nak hot kan diri sendiri.

Ada je weh ..iols percaya sbb mmg kenal dgn org yg hadap gila dgn retis..asal retis

Kalau tak percaya..tgk thread azlan komeng tu..tu lg pecah rumah tp ada je betina asalkan retis jah dia hadapp sgt
Quote pocongkiutss 26-7-2024 12:24 PM
hyie replied at 26-7-2024 12:00 PM
memang ada je pasaran untuk daddy2 kan...acik porem pon ada je yang taste kat daddy2, tak gitu sis?

Hakikatnya mmg ada

Kalau arwah jaapar onn pun ada yg minat..si azlan komeng pun..apatah lagi zamarul ni
Quote edayildiz 26-7-2024 12:56 PM
dia mgm hensem..
masa i kecik ..i minat giler he..
tp he dh tua rupanya..
bini he dh cantik...yg nk mengoda tu cantik tak
Quote BungaSuri 26-7-2024 10:17 PM
Cantik diana ni. Makin tua makin lawa
Quote takutlipas 26-7-2024 10:23 PM
Awk kan retisss
Quote newyork 26-7-2024 10:27 PM
Dok confuse lg diana dgn linda rafar..mcm sepesen ja muka
Quote gideoncross 28-7-2024 04:48 PM
Hahahahaha, bnda cmni mmg brtebaran kat mna2, sbb tu adanya poligami utk yg nak
Quote jargon 29-7-2024 06:20 AM
Sbb kau helok nyah..aku nak je gn kau klau kau nak aku cuma tula bakal kne kecam gn acik porem laa sbb merampas zamarul dr diana
Quote TerataiMelur02 29-7-2024 06:40 AM
Tak pernah jumpa zamarul ni in real.. warga forum ada tak pernah terserempak? Hensem tak?
Quote Kurex 29-7-2024 07:12 AM
badan dia sedap masa kem 505
Quote cmf_blanco 29-7-2024 07:36 AM
newyork replied at 26-7-2024 10:27 PM
Dok confuse lg diana dgn linda rafar..mcm sepesen ja muka

Dah nama pun adik beradik chuol..
Muka pun sepesen gitu la..
Kalau tengok adik beradik dorang ni pun, muka yang lain-lain tu lebih kurang je acuannya..

Zamarul ni boleh dikatakan kategori ada rupa juga walaupun dah berusia..
Tidak lah hensem macam Fatah amin tapi ada daya penarik..
Jadi tak heran kalau ada je pompuan minat walau dah tua..
Ada je pompuan fetish tengok daddy..daddy gitu..
Quote cmf_premierleag 29-7-2024 07:39 AM
Penah tertengok Nona tv3 ada satu masa tu sbb iols late lunch..tgk kt tv kt dapor umah la..
Ms tu amyra rosli buat shooting hosting nona kt umah banglo zamarul nih
Lawaaaaa umahnya..ada taste gak la laki bini nih
Quote lasagna 29-7-2024 08:20 AM
TerataiMelur02 replied at 29-7-2024 06:40 AM
Tak pernah jumpa zamarul ni in real.. warga forum ada tak pernah terserempak? Hensem tak?

iols pernah, masa tu dia tgh buat pengambaran.
dia bergelak ketawa dgn crew, sbb scene dia buat tu tak jadi2.
ntah smp bape kali ntah, ok dia friendly nampak.
masa muda hensem, dah tua ni dia manly n manis rupanya.
Quote shernazz 29-7-2024 08:38 AM
TerataiMelur02 replied at 29-7-2024 06:40 AM
Tak pernah jumpa zamarul ni in real.. warga forum ada tak pernah terserempak? Hensem tak?

Hensem
Tak sombomg
So tak mustahil ada yang mesej gitu
Quote haruslah 29-7-2024 01:27 PM
Muka manis
Terer berlakon tak kayu
Kategori hot jugek la utk versi daddy2

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.099333 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top