PELAKON Rita Rudaini tidak teragak-agak mendedahkan wajah seorang guru wanita yang didakwa menyebarkan fitnah tentang dirinya sebelum ini. Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 47, turut memberi tempoh sehingga selesai cuti sekolah untuk guru berkenaan menghubunginya dan membuat permohonan maaf. "Selagi awak tidak hubungi untuk mohon maaf, saya akan buka sikit-sikit klu. Mana maruah awak sebagai seorang pendidik? Bertudung, mengajar tempat mulia tapi kaki mengumpat dan fitnah. Awak tutup aurat tapi lupa tutup mulut. "Lepas cuti sekolah cikgu hubungi saya. Kita borak-borak sebelum saya nekad tampal muka cikgu di media," katanya. Rita meluahkan perkara tersebut dalam beberapa hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Khamis. Dipercayai guru berkenaan berkhidmat di sekolah tempat anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin belajar sebelum ini.
Menerusi perkongsian tersebut, Rita turut memberi gambaran wanita itu menyebarkan cerita tentang dia sedangkan mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain. "Dengarnya cikgu ini selalu membawang fasal anak saya juga. Tetapi peliknya dia tidak pernah mengajar anak saya. Kenapa berhati busuk dengan saya? "Kami tidak pernah kenal, bersembang atau bersua muka tetapi lagak cikgu seperti paling tahu cerita dalam kain saya. "Apa dosa saya sampai sanggup aib dan fitnah saya dekat kawan-kawan cikgu? Saya tak pernah buat hal kepada mana-mana guru atau sekolah. Anak saya pun tak pernah buat hal. Pertama kali dalam hidup hadap cikgu toksik begini," ujarnya. Dalam pada itu, aktres ini turut menegaskan luahan tersebut hanya ditujukan kepada guru terbabit dan bukannya melibatkan mana-mana pihak lain. "Saya bercakap hanya fasal seorang guru di sana. Yang tiada kena mengena tolonglah nasihat rakan anda itu supaya buat perangai elok sedikit. "Saya bercerita fasal seorang guru ini sahaja yang dah buat onar cemarkan nama guru-guru lain. Saya pun masih ada kenalan guru di sana yang masih kekalkan silaturahim," jelasnya. Sebelum ini Rita meluahkan rasa kesal apabila dituduh cuba mengambil hak golongan kurang berkemampuan dengan menghantar anaknya ke sekolah kebangsaan ditanggung kerajaan. Apa membuatkan dia lebih kecewa apabila kata-kata kurang enak itu diucapkan oleh seorang pendidik. Sumber: MStar Online Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
Thunderclouds replied at 26-7-2024 10:36 AM
Zaman bila punya post ni?
Aku p ig tadak hapa pn yg latest pasal isu ni.
Saja nk ajak acik porumer m ...
ADVERTISEMENT