CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis tidak tutup kes orang hilang selagi tidak ditemui - Pengarah JSJ Bukit Aman

25-7-2024 11:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 32327| Komen: 4



Kuala Lumpur: Polis tidak pernah menutup mana-mana siasatan kes individu dilaporkan hilang atau 'orang hilang' (OH) sehinggalah mereka berjaya ditemui semula.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan kes OH termasuk kanak-kanak akan diteruskan walaupun ianya memakan masa yang panjang.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau dan menyelia setiap kes OH secara berperingkat dan usaha menjejaki mereka yang hilang ini tidak akan berkesudahan sehinggalah ditemui.

"Meskipun kes OH mencatat peningkatan, namun ianya tidak berada pada tahap amat membimbangkan pada masa ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Shuhaily berkata, masyarakat terutama ibu bapa dan penjaga disarankan sentiasa memantau aktiviti anak-anak mereka serta mengambil kira faktor keadaan sekeliling.

"Bagi kanak-kanak yang sudah matang, ibu bapa juga disarankan untuk memberi tumpuan terhadap penggunaan gajet elektronik serta mengambil tahu tentang aplikasi media sosial yang dilawati.

"Ini kerana, apabila terlalu banyak butiran maklumat peribadi dikongsi dalam media sosial, ianya adalah salah satu risiko bakal dihadapi oleh kanak-kanak dan orang dewasa sebagai mangsa. Mereka mudah ditipu dan diperdaya oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Menggunakan media sosial secara lebih bertanggungjawab adalah salah satu kemestian selain sentiasa berwaspada bagi meminimumkan risiko menjadi mangsa culik, tipu dan perlakuan jenayah," katanya.

Katanya, kerjasama antara masyarakat dan agensi penguat kuasa yang berkaitan dalam konteks perkongsian maklumat adalah penting dalam menyelesaikan semua bentuk siasatan selain kes OH.

"Sebagai contoh, talian dan aplikasi Nur Alert yang diwujudkan oleh kerajaan adalah salah satu bentuk kerjasama semua agensi berkaitan.

"Siasatan terhadap kanak-kanak hilang boleh dipercepatkan dengan menyebarkan maklumat mengenai kehilangan kanak-kanak terutama mereka yang berusia di bawah 12 tahun dan maklumat akan diedarkan kepada 40 anggota Nur Alert yang terdiri daripada kakitangan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," katanya.

Katanya, setiap agensi akan menyebarkan amaran kepada pelbagai medium termasuk agensi media cetak dan elektronik serta media sosial dan amaran sama akan dikeluarkan selepas mendapat persetujuan daripada ibu, bapa atau penjaga kanak-kanak terbabit.

Bagi remaja di bawah umur 18 tahun, maklumat kehilangan mereka akan dipaparkan di Portal Kanak-Kanak Hilang, yang boleh diakses melalui laman web rasmi PDRM.

"Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan kanak-kanak di peringkat ini boleh menyalurkan sebarang informasi berdasarkan butiran yang disiarkan di portal supaya tindakan segera dapat diambil.

"Sekiranya membabitkan warga asing, butiran kanak-kanak itu akan dikongsi dengan Polis Antarabangsa (Interpol) atau Polis Asean (ASEANAPOL) yang turut terbabit dalam mengesan dan mencari mangsa," katanya.



Sumber: Harian Metro

Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akido_kido 26-7-2024 12:35 AM
Yang pengacara tv3 tu apa cerita
Quote tumpanglalu74 26-7-2024 01:38 AM
Ade chan ke jadi KPN dia ni?
Quote Tinot7 26-7-2024 08:55 AM
Ni mmg nak jadi kpn ka? Dlm edisi siasat, nama dia yg slalu naik, kan?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.147779 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top