CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dakwaan kerajaan tak tepati janji turunkan hutang tidak benar - Anwar

25-7-2024 11:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 32594| Komen: 16


Kuala Lumpur: Hutang baharu Kerajaan Persekutuan bagi tempoh 2023 dan tahun ini menyaksikan penurunan berbanding tempoh 2021 dan 2022, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, penurunan itu menunjukkan komitmen pentadbirannya untuk memenuhi janjinya menurunkan hutang terkumpul negara yang kini sudah mencecah RM1.5 trilion.

Beliau yang juga Menteri Kewangan bagaimanapun menegaskan, kerajaan tidak boleh sewenangnya membatalkan semua hutang termasuk yang diwarisinya, memandangkan langkah sedemikian akan menjejaskan projek membantu rakyat seperti membina sekolah atau universiti baharu.

"Umpamanya 2021, 2022, kita berhutang dari luar dan dalam (berjumlah) RM100 bilion. Hutang 2022 RM100 bilion. Sejak kita ambil alih pada 2023, kita beritahu keadaan ini tidak boleh kita pertahankan dengan hutang yang berlonggok dan bertambah.

"Maka tahun lalu, kita kurangkan hutang ke RM93 bilion dari RM100 bilion sebelumnya, atau tahun sebelumnya. Tahun ini, hutang RM86 bilion. Kuranglah maknanya, dari RM100 bilion jadi RM93 bilion, sekarang RM86 bilion.


"Tetapi mengapa tidak boleh terus batal semua hutang? Maka ia menjejaskan projek-projek membantu rakyat. Sekolah baharu atau universiti dan pembangunan, termasuk tanggungan kita membayar hutang-hutang lama," katanya dalam satu video di kongsi di Facebook beliau hari ini.

Anwar menjelaskan, tanggungan hutang atau had statutori hutang negara ketika ini masih tinggi iaitu 64 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Ini jumlah yang memang melebihi daripada apa yang kita rasakan membantu untuk menambat keyakinan pelabur asing atau domestik. Jadi sasaran kita secara berperingkat menurunkan kepada sekurang-kurangnya 60 peratus.

"Ini ada kaitan dengan defisit. Dulu defisit belanjawan, maknanya pendapatan kurang, belanja lebih. Jadi dulu mencecah sehingga enam peratus. Kemudian bila kita ambil alih, 5.6 peratus pada 2022. Manakala pada 2023, turun kepada lima peratus," katanya.

Maka sebab itu katanya, kerajaan berusaha untuk menurunkan secara berperingkat daripada 5.6 peratus defisit kepada kima peratus pada 2023 seterusnya ke tahap 4.3 peratus seperti diunjurkan tahun ini.

Justeru katanya, adalah tidak benar mengatakan bahawa dasar kewangan, fiskal, belanjawan itu nampak mengekang dan tidak memenuhi apa yang dijanjikan.

"Tetapi yang diuar-uarkan itu sebahagiannya itu tidak berdasarkan fakta. Sebahagiannya itu hanya lontaran politik yang tidak bertanggungjawab sebab saya berikan angka-angka ini dan angka-angka ini dipertahankan dari sudut kebenarannya.

"Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa, memang mengeluarkan data-data ini bersama dengan Jabatan Statistik Negara. Saya lihat dalam media sosial kita diserang tapi faktanya tidak benar," katanya.


Sumber: Harian Metro

Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 26-7-2024 12:09 AM
Asal akap je, mohong... mohong ume tu!
Quote arnauld 26-7-2024 12:25 PM
Edited by arnauld at 26-7-2024 12:27 PM


Bulan aug bank negara akan keluarkan q2 economic report nanti kita tengok bahalol mana yanh kena. Q1 hutang bertambah lebih 30bil. At that rate yearly hutang akan bertambah lebih 100bil...memang jahanam
Quote PejuangBerani 26-7-2024 03:40 PM
arnauld replied at 26-7-2024 12:25 PM
Bulan aug bank negara akan keluarkan q2 economic report nanti kita tengok bahalol mana yanh kena. Q ...

iols nak tunggu ni juga
Quote terma2nkondisi2 26-7-2024 03:58 PM
arnauld replied at 26-7-2024 12:25 PM
Bulan aug bank negara akan keluarkan q2 economic report nanti kita tengok bahalol mana yanh kena. Q ...

saya juga sedia menunggu ni
Quote axl_bach 26-7-2024 04:07 PM
arnauld replied at 26-7-2024 12:25 PM
Bulan aug bank negara akan keluarkan q2 economic report nanti kita tengok bahalol mana yanh kena. Q ...

Yg aku faham Bangnon x kata kerajaan x berhutang, tp nilai hutang tu akan diturunkan secara berperingkat...... Gila lah bertahun2 fiskal defisit dpt pegang setahun terus surplus.....
Quote arnauld 27-7-2024 08:19 AM
axl_bach replied at 26-7-2024 04:07 PM
Yg aku faham Bangnon x kata kerajaan x berhutang, tp nilai hutang tu akan diturunkan secara berper ...

Dia kata mengurangkan hutang so kalau hujunĝ 22 hutang 1.1tril we are expecting hujung 23 akan jadi 1.05tril baru turun. Ni tidak hujung 23 tambah 130bil, q2 24 dah tambah 50bil. Dia punya goreng dulu setahun tambah 100bil sekarang tambah 90bil!!! Itu bkn mengurangkan hutang. Itu mengurangkan PENAMBAHAN hutang. Hutang makin bertambah kupon setahun dah 50bil tu pun ada angan2 rm nak naik. Segala profit petonas habis bayar kupon jer, kena issue sukuk baru plk nak bayar pokok. Dia punya sembang adehhhhh....
Quote axl_bach 27-7-2024 11:00 AM
arnauld replied at 27-7-2024 08:19 AM
Dia kata mengurangkan hutang so kalau hujunĝ 22 hutang 1.1tril we are expecting hujung 23 akan ja ...

Nak turun hutang kena tgu fiskal surplas dulu lah kalau ikut logik....

So sblom fiskal surplas kena secara berperingkat kurangkan defisit hutang dulu, btol x.....
Quote Apoo 27-7-2024 11:23 AM
arnauld replied at 27-7-2024 08:19 AM
Dia kata mengurangkan hutang so kalau hujunĝ 22 hutang 1.1tril we are expecting hujung 23 akan ja ...

Rasanya tak pernah lagi Malaysia berjaya mengurangkan hutang. Tiap2 tahun mesti budget defisit. Apa yg boleh dibuat ialah mengurang defisit.
Quote Rogue98 27-7-2024 11:30 AM
Berhenti lah bercakap....asal cakap jer berbohong...dia lupa apa dia cakap sebelum tu. Fedup lah dapat PM mcm ni...malu aku nak cakap aku dari Malaysia...masuk penjara sbb apa...sbb dot dot dot....
Quote arnauld 27-7-2024 04:03 PM
axl_bach replied at 27-7-2024 11:00 AM
Nak turun hutang kena tgu fiskal surplas dulu lah kalau ikut logik....

So sblom fiskal surplas ke ...

Dah dia kata nak turun kan hutang mcm juga dia kata nak turunkan harga minyak. Nak kata dia tak fhm apa dia ckp, dia org sastera. Tapi itulah yang dia ckp.
Quote shida81 27-7-2024 06:56 PM
Itu psal jgn nk berjanji x tentu hala... Smua org tau susah nk kurangkan hutang harga barang... Tp bile ko janji smua org tggu la ko nk tunaikan.... Zmn digital smua yg ko janji org rekod.. Ko igt ke x igt ke smua ada kat Google tu...
Quote xy_daen 27-7-2024 07:00 PM
Boleh je kalau nak kurangkan hutang. Stop tambah hutang baru. Cantas belanja mengurus yang 70% daripada bajet tahunan. Nak dengan tak nak je.
Quote axl_bach 27-7-2024 08:27 PM
xy_daen replied at 27-7-2024 07:00 PM
Boleh je kalau nak kurangkan hutang. Stop tambah hutang baru. Cantas belanja mengurus yang 70% darip ...

Betul, mudah jer nk kurangkan hutang, slash jer bilangan kakitangan kerajaan, then kuranglah belanja mengurus, yer x.......

Then semua merusuh.....
Quote xy_daen 27-7-2024 09:50 PM
axl_bach replied at 27-7-2024 08:27 PM
Betul, mudah jer nk kurangkan hutang, slash jer bilangan kakitangan kerajaan, then kuranglah belan ...

Belanja pengurusan bukan gaji semata-mata.

Charge mesin photostat pejabat kerajaan bolej jimat kalau default cetak black and white 5sen berbanding kaler 50sen.

Charge tiket kapal terbang guna waran 300% more berbanding beli online.

Charge sewaan ruang pejabat, charge kontrak SPANCO, dan macam2 kontrak lagi boleh kurangkan.

Belanja bertugas luar pegi meeting pergi kursus setahun berapa agak2 untuk gomen servants? Tak boleh buat online kalau setakat meeting?

Belanja pengurusan bukan gaji semata-mata.
Quote nusaraya 27-7-2024 10:48 PM
axl_bach replied at 26-7-2024 04:07 PM
Yg aku faham Bangnon x kata kerajaan x berhutang, tp nilai hutang tu akan diturunkan secara berper ...

[youtube]fdhHrbTJ9Z0[/youtube]


Quote nusaraya 28-7-2024 10:37 AM
Edited by nusaraya at 28-7-2024 10:41 AM

Wooow.... Kelakuan Najib betul-betul  menakjubkan  ... Merasa paling suchi dan mulia  ..

Haibatnya politik bangsa melayu mahawangsa .....Penguasa Alam Melayu dan Pewaris Tamadun Melayu ini  yang ternyata suka sekali berperilaku ... MALING TERIAK MALING ... Hehehehe

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.041229 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top