CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nurul Aishah Farhana ditemukan selamat di Pahang, suspek direman 3 hari

25-7-2024 11:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 34125| Komen: 30



Hulu Selangor: Nurul Aishah Farhana Aznil, 17, yang dilaporkan hilang kelmarin sudah dijumpai selamat dalam sebuah rumah di Pahang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata berikutan itu seorang penganggur ditahan bagi membantu siasatan.

Menurutnya, suspek lelaki berusia 20-an itu ditahan di kawasan Triang, Pahang, jam 12.30 tengah malam tadi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.

"Remaja perempuan terbabit ditemukan selamat dalam sebuah rumah dipercayai milik saudara kepada suspek.

"Siasatan mendapati suspek dipercayai melarikan mangsa yang berdepan dengan masalah keluarga.

"Ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah selain tiada rekod lampau jenayah atau dadah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Mohd Asri menegaskan polis berjaya menyelesaikan kes terbabit dalam tempoh 24 jam.


"Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk menjalani pemeriksaan.

"Suspek direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 27 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017," katanya.

Terdahulu, media melaporkan polis menerima laporan daripada bapa Nurul Aishah Farhana di Balai Polis Batang Kali, jam 12.42 tengah hari semalam.

Lokasi terakhir remaja perempuan itu adalah di sebuah kedai makan di Bandar Utama Batang Kali jam 9.30 malam kelmarin.


Sumber: Harian Metro

Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 25-7-2024 11:56 PM
Korang org jantan jgn la dok main2 dgn mana2 pompuan bawah umur. Korg yg akan sengsara dlm penjara.
Quote Momohizan 26-7-2024 01:15 AM
Kalau ciknek n cikki gatal, tapi tak mampu nak nikah...puasa. dah la tak kerja, gigih jua nak bawak anak orang lari.

Yang betina pulak...gigih gatal bijik nak ikut jantan penganggur. Sah otak kat bijik
Quote Tinot7 26-7-2024 01:33 AM
Mamat tu tatau ka minah ni bawah umo?
Quote tumpanglalu74 26-7-2024 01:34 AM
Jalan pintas untok jadi terkenal semalaya..
Quote maharani_gebu 26-7-2024 08:25 AM
Edited by maharani_gebu at 26-7-2024 08:27 AM

Bajet nak jadi hero terpaling selamatkan heroin yang konon ade masalah keluarga, hujung-hujung ko yang pakai gelang besi....

Si heroin pulak tanpa rasa bersalah kembali buat muka cekodok and pulang kepangkuan family...
Quote syamzana 26-7-2024 08:29 AM
jantan tu kalau berotak masa kecoh2 p report balai terus la utk defend diri idok la jadi mcm skrg dan2 kene reman.
dah beso pnjg pun otak kat jubo ni payah sikit la nak nasihat
adik neh sah2 pembawa masalah. makpak ambik balik ikat je la kat katil tu sng kerja. kerjanya asyik menghilangkan diri je
Quote prince_marhaen 26-7-2024 08:34 AM
dah 17, bijik pun dah liat, bolu pongkis pun dah boleh sanggul.... takkan la sebab masalah keluarga sangat pun... dah pernah lari kan... dah gila ciknek la tu.. halau je terus, biar dia duk luar... dis-owned je anak camni.
Quote Thunderclouds 26-7-2024 11:39 AM
Esok² lari pulak.
Toksah repot la dh.
Sian pacik pulis nk ulang² kutip bwk blk.
Esok² susah idop dh ilang manis bkapel ngn jantan tagune pandai la dia carik makPak tu.
Quote zuuu 26-7-2024 01:00 PM
Kiranya mmg budak ni yg kuar rumah secara sukarela la bukan dilarikan/diculik...mohon mak pak budak ni nikahkan jelah kalo dah anak tu dh tahap angau gila,dari asyik dok lari ikut jantan...
Quote Purestteam1 26-7-2024 01:01 PM
bertepuk 2 belah tangan ke
Quote sukacactus 26-7-2024 01:21 PM
Dah pernah lari kan
Kalau bkn dgn lelaki yg ini, akn ada lelaki yg lain pulak
Tunggu je la
Quote cap_ayam 26-7-2024 01:21 PM
Tak lama lagi periksa trial spm nak oiii.. jangan lari dari rumah lagi ye..
Quote Suchi 26-7-2024 02:32 PM
Gigihnya berkawan ngn budak bawah umur
Lawa mana pun seksi mana pun pompuan tu cek ic dulu laa nak angkut kemana pun
Bawah 18 ko mmg mengundang parut dijubo sendiri
Quote renko 26-7-2024 02:37 PM
sok2 buat perangai lagi
dah 2x kan
Quote eyansss 26-7-2024 05:07 PM
prince_marhaen: dah 17, bijik pun dah liat, bolu pongkis pun dah boleh sanggul.... takkan la sebab masalah keluarga sangat pun... dah pernah lari kan... dah gila cikn ...


lorrr…  kaki lari rumah ke…  kawenkan je la cik biar dia tau erti kehidupan sebenar…
Quote missyL 26-7-2024 05:09 PM
Suke sama suke pn jgn bawah umo
Xpasal ko ke dlm
Quote missyL 26-7-2024 05:09 PM
eyansss replied at 26-7-2024 05:07 PM
lorrr…  kaki lari rumah ke…  kawenkan je la cik biar dia tau erti kehidupan sebenar…

Kannnnnnn
17 dah kawen tros dpt ank
Pastu laki plk tu xde keje
Mase tu baru xnk lari dari rmh parents dah
Quote hasniey 26-7-2024 05:10 PM
Edited by hasniey at 26-7-2024 05:11 PM

Ikut bf la kan..tp sbb bwh umur dah kena tangkap bf nya.dik kalau dh nk kahwin sgt lari g siam sana.nikah kt sana terus.

Xpaham aku budak2 kapel dgn penganggur ni.ke bf dia student ipt?rugi dik kapel dgn penganggur.esok2 g dating sapa yg byr?
Quote melekaifc 26-7-2024 05:26 PM
umur cukup 17 dah tak dikira bawah umur kan?

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.032043 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top