CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makin susut! Paras air di Empangan Muda hanya 9.96 peratus

25-7-2024 11:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 32453| Komen: 10



Alor Setar: Paras air di Empangan Muda semakin susut apabila mencatatkan takungan air hanya sebanyak 9.96 peratus hari ini.

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dalam kenyataan berkata, dua lagi empangan di bawah seliaan agensi itu iaitu Empangan Pedu mencatatkan takungan air sebanyak 43.1 peratus dan Empangan Ahning sebanyak 83.07 peratus.

Katanya, jumlah takungan bagi ketiga-tiga empangan itu kini adalah sebanyak 47 peratus yang digunakan bagi tujuan pengairan tanaman padi dan bekalan air domestik di utara Kedah dan selatan Perlis.

"Untuk makluman, keadaan takungan pada masa kini adalah disebabkan turunan hujan yang sangat rendah di kawasan tadahan empangan pada tahun ini (Januari hingga Julai) iaitu sebanyak 812 milimiter (mm) berbanding purata 20 tahun (2004 hingga 2023) iaitu sebanyak 1,085 mm bagi tempoh yang sama.

"Dalam meningkatkan kedudukan paras air empangan, pihak MADA sedang menjalankan kerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) untuk melaksanakan pembenihan awan di dalam kawasan tadahan empangan," katanya.


MADA juga akan memaksimumkan penggunaan stesen pam guna semula dan juga mengoptimumkan penggunaan air sungai yang mengalir ke terusan MADA.

"Orang ramai tidak perlu panik mengenai berita kedudukan takungan air di Empangan Muda kerana merujuk kepada Tinjauan Cuaca Jangka Panjang bagi Julai hingga Disember 2024 oleh MET Malaysia, turunan hujan di kawasan Muda akan berada dalam julat purata sepanjang tempoh berkenaan.

"Sehubungan itu, berdasarkan unjuran yang dibuat, takungan Empangan Pedu akan berada pada 53.93 peratus pada penghujung September 2024 serta menunjukkan takungan semasa di Empangan Pedu masih mampu memenuhi bekalan pengairan bagi menjayakan penanaman padi musim satu 2024 termasuk permintaan keperluan domestik dan industri di Kawasan Muda," katanya.


Sumber: Harian Metro

Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manop 25-7-2024 11:45 PM
Klaim jgn tak klaim
Quote ninja boy 26-7-2024 12:15 AM
Taipoon taiwan air semua pergi banjir sana
Quote tumpanglalu74 26-7-2024 01:43 AM
Kalo zaman Pak Lah dulu takde Allah nak bagi bala ..  Kenape dapat kemarau zaman Madani ni chuolz??
Quote AbukRokok 26-7-2024 03:55 PM
hukuman atau ujie Awloh
Quote BENTARA 26-7-2024 06:04 PM
tumpanglalu74 replied at 26-7-2024 01:43 AM
Kalo zaman Pak Lah dulu takde Allah nak bagi bala ..  Kenape dapat kemarau zaman Madani ni chuolz??

nusi ke madani?
Quote Perwira2022 26-7-2024 06:35 PM
tumpanglalu74 replied at 26-7-2024 01:43 AM
Kalo zaman Pak Lah dulu takde Allah nak bagi bala ..  Kenape dapat kemarau zaman Madani ni chuolz??

Balasan kerana menyokong pemimpin kaki liwat naik jadi pemimpin tertinggi negara katanya. Allah tarik keberkatan negara yg menegakkan maksiat.
Quote manop 26-7-2024 07:29 PM
Perwira2022 replied at 26-7-2024 06:35 PM
Balasan kerana menyokong pemimpin kaki liwat naik jadi pemimpin tertinggi negara katanya. Allah ta ...

cari modal baru lah... dah tak basi la isu liwat. tu pun kalau rasa nak menang pru tak nak jd pelacur politik lah kan!?

kah kah kah
Quote noell 26-7-2024 07:38 PM
tumpanglalu74 replied at 26-7-2024 01:43 AM
Kalo zaman Pak Lah dulu takde Allah nak bagi bala ..  Kenape dapat kemarau zaman Madani ni chuolz??

ini kena tanya rapiji tunggu fomula baru dia bwk keluaq

Quote Tumpang-Sibok 26-7-2024 11:12 PM
air penang kan ada..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.106258 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top