CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Busana 'The Malaya' Digayakan Atlet Negara Ketika Perasmian Paris 2024 - "Nampak Mahal"

25-7-2024 11:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 40839| Komen: 253



Kuala Lumpur: Atlet Malaysia akan menggayakan busana rekaan pereka fesyen terkemuka tempatan Rizman Ruzaini dinamakan 'The Malaya' pada majlis perasmian temasya Sukan Olimpik Paris 2024, esok.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menerusi Instagram rasmi malam ini memaklumkan atlet wanita akan memakai baju kurung songket dengan kelubung manakala atlet berbaju Melayu Teluk Belanga.

MOM berkata, Rizman dijemput oleh badan induk itu pada Januari lalu untuk menyertai Malam Olimpik 2024 di Kuala Lumpur apabila pereka tempatan diberi peluang untuk mempamerkan visi mereka tentang pakaian yang akan dipakai oleh atlet kita pada majlis perasmian temasya edisi ke-33 itu.

Bermula dari situ, pereka duo itu bekerja keras untuk menghasilkan pakaian tradisional membentuk 'The Malaya', visi yang diterjemahkan kepada apa dilihat hari ini dan apa yang dunia akan saksikan pada 26 Julai sebagai atlet kami #GoForGold ," kata MOM.


Salah seorang pereka, Rizman Nordin berkata, baju teluk belanga dipilih sebagai tanda junjungan kasih buat Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang berasal dari Johor, selain koleksi ini adalah satu dedikasi dan aspirasi Rizman Ruzaini buat perwira negara seperti Datuk Maharaja Lela, Dol Said, Yantuan Amtah, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mak Kilau dan Tuanku Abdul Rahman.


"Kami memilih skim warna hijau zaitun dengan motif keemasan kerana warna ini memberikan satu aura klasik dan di bawah pantulan cahaya ia akan memancarkan efek keemasan, simbolik harapan untuk atlet kita membawa pulang pingat emas untuk Malaysia," katanya menerusi video dikongsikan MOM.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memaklumkan busana itu dipilih Majlis Sukan Negara (MSN) selain gembira apabila reka bentuk pakaian yang disifatkan sebagai elegen itu diterima baik rata-rata peminat sukan tanah air.

Kontinjen Malaysia dibarisi 26 atlet akan diketuai Datuk Hamidin Mohd Amin dan timbalannya Datuk Nicol David, akan menyertai sembilan jenis sukan di Paris 2024.

Sukan Olimpik Paris 2024 akan membuka tirai secara rasminya esok hingga 11 Ogos ini.


Sumber: Harian Metro

Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 25-7-2024 11:43 PM
Cantik Dan classy.. nak pakai warna ni raya tahun depan [em:22:]
Quote miss_white 25-7-2024 11:54 PM
Warna baju polis bukit kepong
Quote ninja boy 25-7-2024 11:59 PM
Colour apa ni hijau lumut? hijau belacan?
Quote isbritneybich 26-7-2024 12:09 AM
sori tak sesuai untuk olimpik
Quote MissVixen 26-7-2024 12:50 AM
Sekali imbas, macam baju corak songket ada jusl dekat shopee. Berapa la harga semua busana ni?
Quote jejaka_hensem 26-7-2024 12:54 AM
Baju ni nanti bawah lampu jadi warna keemasan katanya.mesti cantik nanti
Quote L.U.S.M 26-7-2024 01:10 AM
isbritneybich: sori tak sesuai untuk olimpik
setuju

Ni nk pergi beraya ke pergi bsukan
Quote kechikchomel 26-7-2024 01:39 AM
ninja boy replied at 25-7-2024 11:59 PM
Colour apa ni hijau lumut? hijau belacan?

Olive green kan?
Quote pittjie 26-7-2024 01:57 AM
L.U.S.M replied at 26-7-2024 01:10 AM
setuju

Ni nk pergi beraya ke pergi bsukan

Dah beberapa Kali la kontigen olimpik kita parade pakai baju melayu & baju kurung masa Acara pembukaan. Bukan pakai baju Ni tuk lari balapan, lompat kijang, main badminton pun.
Quote Goodluckdontcry 26-7-2024 02:09 AM
Edited by Goodluckdontcry at 26-7-2024 02:11 AM

Sukan olimpik ni seakan hari raya bg para atlet..so biarlah diorg nk beraya pakai baju kurung ke apa ke... kehkehkeh tp  nk kata nmpk mahal...poyo jer hny sbb konon guna pereka terkenal katanya...puihhh..

Warna olive green ni, byk jer baju den warna ni
.. so??????? So so scandalous.... kehkehkeh
Quote capwayang 26-7-2024 02:12 AM
..too Hari Hari Harimau Raya be lang ops le bang..
Quote L.U.S.M 26-7-2024 02:21 AM
pittjie replied at 26-7-2024 01:57 AM
Dah beberapa Kali la kontigen olimpik kita parade pakai baju melayu & baju kurung masa Acara pembu ...

Mmg la..tapi kata skrg gomen madani..awat baju melayu je peraga..anak iban anak dayak anak cina anak India anak saya mana bajunya?
Quote tahanie 26-7-2024 03:16 AM
Apasal satu warna je? Please lah bukak competition untuk benda camni. Daripada bulan 1 punya kerja, camni je hasil? Kau pernah tengok opening temasya sukan tak bhai?
Quote jejaka_hensem 26-7-2024 04:10 AM
L.U.S.M replied at 26-7-2024 02:21 AM
Mmg la..tapi kata skrg gomen madani..awat baju melayu je peraga..anak iban anak dayak anak cina an ...

Baju melayu kan baju kebangsaan.
Xde salah pun nak guna tiap kali ada sukan ke apa.
Quote jejaka_hensem 26-7-2024 04:12 AM
tahanie replied at 26-7-2024 03:16 AM
Apasal satu warna je? Please lah bukak competition untuk benda camni. Daripada bulan 1 punya kerja,  ...

Sis,zaman2 baju warna warni ala badut dah berlalu.tolong keluar dari kepompong please
Quote jejaka_hensem 26-7-2024 04:14 AM
pittjie replied at 26-7-2024 01:57 AM
Dah beberapa Kali la kontigen olimpik kita parade pakai baju melayu & baju kurung masa Acara pembu ...

Kan sis.
Tiberrr olimpik kali ni netizen acah2 nak jadi designer utk atlit negara,itu tak boleh ini tak boleh
Quote DARSITA 26-7-2024 05:10 AM

Tak cantik langsung! cuba kalian tgk baju Mongolian uniforms ... Classs sgt!!
Quote Nenolen 26-7-2024 06:34 AM
cantik aje di mata kaka
Quote TomyamPuteh 26-7-2024 06:35 AM
Nnti nk msk acara depa tukar la. X kan nk pakai baju tu time bersukan nnti

Lihat semua komen(253)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.126825 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top