CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Nurhaliza Taja 20 Pasangan Suami Isteri Buat Rawatan IVF Secara Percuma - "Anda Boleh Memohon Program IVF Nurjiwa"

25-7-2024 10:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19739| Komen: 16



Penyanyi hebat, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan satu berita gembira menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok Yayasan Nurjiwa.


Menerusi hantaran tersebut, pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin memaklumkan dirinya mahu menawarkan tajaan kepada 20 pasangan yang layak untuk mencuba kaedah persenyawaan in-vitro (IVF).

"Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah saya ingin berkongsi satu berita gembira kepada pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga dan ingin mendapatkan cahaya mata."

Tambah Siti, setiap pasangan hanya perlu mengisi maklumat mereka menerusi platform yang disediakan Yayasan Nurjiwa sebelum melalui tapisan awal untuk dipilih menjadi 20 pasangan yang terakhir.


"Anda boleh memohon Program IVF Nurjiwa dan hanya perlu memenuhi kriteria yang diperlukan."

"Isikan maklumat anda di borang yang telah disediakan."

"Selamat mencuba dan semoga impian anda menjadi kenyataan, insya-Allah."

Sekadar info, Yayasan Nurjiwa merupakan satu pertubuhan amal yang ditubuhkan Siti bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Yasayan Nurjiwa ini telah membantu ramai golongan yang memerlukan serta turut terlibat dalam aktivit bantuan kepada lebih 10,000 rakyat Palestin setiap hari dengan menyalurkan bantuan perubatan dan makanan.


Sumber: OhBulan

Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 26-7-2024 08:25 AM
Banyak ye duit sheols... biasa IVF pun average start from RM3k (LPPKN/Hosp.Kerajaan), up to RM8k-16k per starting session (Private), then RM2k-5k per trial session (sesi cuba lagi masukkan benih yang disimpan masa first session kalau tak jadi)... itu basic average harga la.. kira tak lari RM15k-20k/person.

Kalau 20 orang almost RM400k jugak kan?... fuhhh... duit yayasan pun duit she jugak kan.. takkan la duit biawak2 yang lain.. hihihihi!
Quote sayurmayur88 26-7-2024 09:13 AM
amal pahala jariah dato CT.
semoga dipermudahkan
Quote aciksenah 26-7-2024 09:56 AM
Yayasan ni cara orang kaya nak kutip duit dari netizen. Bukannya keluar dari poket sendiri pun. Kutip derma orang awam la jugak.
Quote Orix 26-7-2024 09:59 AM
Kalau dana dari sheols ok la. Tapi kalau dari dana awam yg dia kutip iols rs nonsense sungguh.
Quote sleepandream 26-7-2024 04:45 PM
iols rasa last sheols minta derma awam masa covid tu ada siaran youtube kitafund ke apatah... selebihnya sheols sendiri raise fund termasuk dari show & konsert sheols...

haterz ada jugak menderma... derma pahala

Quote supernaturalee 26-7-2024 09:43 PM
aciksenah replied at 26-7-2024 09:56 AM
Yayasan ni cara orang kaya nak kutip duit dari netizen. Bukannya keluar dari poket sendiri pun. Kuti ...

So true
Gov kira dpd awam kpd awam la kn?

Quote orkid_amani 26-7-2024 10:51 PM
prince_marhaen replied at 26-7-2024 08:25 AM
Banyak ye duit sheols... biasa IVF pun average start from RM3k (LPPKN/Hosp.Kerajaan), up to RM8k-16k ...

Opismate husband aii buat kat gomen 10k..tuu pun 10y lepas.. Alhamdulilah dapat sepasang ank lepas 10y kawen..lepas 6y dapat pulak kembaq sepasang lg..ini mmg unplanned pregnancy.. dia pun xsangka boleh pregnant..kiranya ank sulung & ank bongsu dy sama umo dgn ank aii.
Quote doubleA 26-7-2024 11:02 PM
Ctot ni kutip dana awam, dan sheols pun sumbang melalui konsert2 sheols dan ada 5 saluran kan bantuan, contoh palestine, asnaf, student UM minum bublebee dan free food, IVF ni salah satu kah? Kalau ye then dari duit yayasan which is sheols collect dari konsert sheols dan dana awam yg sheols promot tru nurjiwa tu la
Quote cicicumel 26-7-2024 11:26 PM
prince_marhaen replied at 26-7-2024 08:25 AM
Banyak ye duit sheols... biasa IVF pun average start from RM3k (LPPKN/Hosp.Kerajaan), up to RM8k-16k ...

400k tu bagi she mcm 40k je utk marhein..sekali show dah puluh ribu..
Quote krustykrab 26-7-2024 11:30 PM
Yg kiri tu gamnar terbaru sheol tanpa filter ke?
Quote krustykrab 26-7-2024 11:32 PM
aciksenah replied at 26-7-2024 09:56 AM
Yayasan ni cara orang kaya nak kutip duit dari netizen. Bukannya keluar dari poket sendiri pun. Kuti ...

Tk pernah lg dengar yayasan sheol minta derma public..
Quote Momohizan 27-7-2024 01:55 AM
Hati hitam I yang ada kolam sisa nuclear Ni tak setuju tajaan macam ni. Kalau takde duit, pastu gigih jua nak berIVF...dah keluar seketul anak mampu ke nak beli pampers n susu semua tu? I tak dengki, tapi penat nak hadap kes bebudak tak mampu gi sekolah sebab semikin
Quote aciksenah 29-7-2024 10:16 AM
krustykrab replied at 26-7-2024 11:32 PM
Tk pernah lg dengar yayasan sheol minta derma public..

Ada la..diorang memang open untuk derma dari orang awam. Ada je netizen yang mengaku derma tiap2 bulan ke tok ti punya yayasan tu.

Quote krustykrab 29-7-2024 11:12 AM
aciksenah replied at 29-7-2024 10:16 AM
Ada la..diorang memang open untuk derma dari orang awam. Ada je netizen yang mengaku derma tiap2 b ...

Oh..no wonder la yayasan dia byk duit derma sana sini..ingatkan duit tok k & tok tot saja
Quote wolfheart 29-7-2024 02:26 PM
Tokti dah pernah rasa susah nak dpt zuriat. Sbb tu dia pilih utk bantu org yg lalui kesusahan yg sama. Baguslah. Semoga yg terpilih betul² dpt jadi parents yg bertanggungjawab. Semoga Tokti dan semua yg memberi sumbangan tu dapat ganjaran drpd Allah...
Quote Kancilkering 29-7-2024 02:46 PM
yg dpt tajaaan tu mesti ada saringan…mesti lah ada financial security utk jaga anak….
tapi dpt tajaan pun Allah x beri rezeki dpt baby dato ct mana tau khen….

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.055365 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top