Isteri kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida memaklumkan anak keempat mereka iaitu Yusoff Al-Qardawi dikejarkan ke hospital pada awal pagi Khamis akibat demam panas. Menerusi hantaran di Instagram, Shahida berkata, dia terpaksa membawa Yusoff ke hospital selepas mendapati suhu badan anak lelakinya itu naik secara mendadak. "Bergegas pukul 3 pagi tadi bawa Yusoff ke hospital, suhu badan dia naik mendadak, risau mama dibuatnya." Menurut Shahida, anak keempatnya itu jarang sakit dan menyifatkan seorang kanak-kanak yang aktif. "Yusoff ni jarang kena demam. Dia menggigil teruk sampai panik saya dibuatnya. Budak tak reti duduk diam kan." "Doakan Yusoff cepat sembut dan sihat seperti biasa. Risau mama kalau Yusoff macam ni." Untuk rekod, Shahida mendirikan rumah tangga dengan Aliff pada Ogos 2007 dan dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al-Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.
Sumber: OhBulan Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
ADVERTISEMENT