|
Penyanyi terkenal antarabangsa, Celine Dion dan Lady Gaga didakwa bakal membuat kemunculan di majlis pembukaan sukan Olimpik Paris 2024 yang bakal berlangsung pada Sabtu ini. Difahamkan, ini merupakan kemunculan pertama Celine selepas hampir dua tahun berehat dari industri muzik akibat menderita penyakit stiff person syndrome pada tahun 2022. Menurut sumber, sebelum ini, penyanyi berusia 56 tahun itu telah membatalkan siri jelajahnya dan kini bakal membuat persembahan di pentas dunia sukan Olimpik Paris 2024. Media melaporkan Celine menerima bayaran sebanyak AS2 juta atau RM9.34 juta hanya untuk mendendangkan sebuah lagu.
Meskipun begitu, tiada kenyataan rasmi berhubung kemunculan Celine di majlis gilang-gemilang itu namun Presiden Perancis, Emmanuel Macron akui berbesar hati dan teruja sekiranya penyanyi berbakat itu muncul membuat persembahan di majlis tersebut. Menurut sumber, Celine Dion juga dipercayai bakal berduet dengan penyanyi, Lady Gaga di pentas Olimpik 2024 dengan mendendangkan lagu Édith Piaf’s classic “La Vie en Rose”. Sumber: OhBulan Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.035584 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.