Semalam, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang menyebabkan kematian Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu. Terbaharu, tular pula satu berita yang mendakwa terdapat satu surat layang pernah dihantar seorang penuntut UPNM yang meminta bantuan daripada warden mereka untuk menyelamatkan Allahyarham Zulfarhan. Difahamkan, surat layang tersebut memaklumkan bahawa Allahyarham Zulfarhan berada dalam keadaan kritikal di dalam bilik 4-10, Blok Satria dan memerlukan bantuan perubatan segera. "Kalau ada hati perasaan dan sifat peri kemanusiaan, saya minta sangat-sangat pergi ‘ambush’ bilik 4-10, Blok Satria (depan masjid)." "Dalam (bilik) itu ada pesakit yang memerlukan rawatan segera."
Surat layang yang ditulis di atas kertas A4 itu kemudiannya diselitkan pada pintu pagar Rumah Sakit Angkatan Tentera pada 23 Mei 2017 manakala satu lagi surat layang kedua diletakkan di bawah pintu bilik seorang jurulatih pada keesokan harinya. Hantaran yang tular di aplikasi X itu telah menyorot perhatian wargamaya yang rata-ratanya mempersoalkan pihak pengurusan universiti dalam menangani masalah buli yang berlaku. Sementara itu, pelakon filem yang terkenal menerusi filem ‘Mami Jarum’ iaitu Rita Rudaini menegaskan dia sangat menyokong sekiranya pihak yang menerima surat layang tersebut turut dikenakan tindakan undang-undang. Menurut Rita, mana-mana sekolah atau pun institusi berasrama penuh perlu menjadikan perkara ini sebagai pengajaran dan bertindak dengan kadar segera sekiranya menerima aduan mengenai kes buli. Sebelum ini, keenam-enam tertuduh menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori manakala 12 lagi rakan mereka yang dipenjara tiga tahun dibenarkan untuk menggantung hukuman penjara dengan jaminan RM7,000 dikekalkan. Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di dalam dua bilik, blok penginapan asrama Jebat di UPNM pada 21 dan 22 Mei 2017. Dalam kejadian yang begitu menyayat hati itu, Zulfarhan disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017. Sumber: OhBulan Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
tasha replied at 25-7-2024 04:36 PM
Nek rud skrg dh jd pengulas berita????
jebatmaspunyer replied at 25-7-2024 06:02 PM
Dia kan ada anak2 remaja y dok asrama. Kalau aku ada anak2 y dok asrama pun aku akan ikut rapat be ...
jebatmaspunyer replied at 25-7-2024 06:02 PM
Dia kan ada anak2 remaja y dok asrama. Kalau aku ada anak2 y dok asrama pun aku akan ikut rapat be ...
L.U.S.M replied at 26-7-2024 12:59 AM
Aku yakin lepas ni family dia bawak Kes sivil against UPNM tu...dh alang2 menang besar kali ni..
penmerah replied at 26-7-2024 05:05 PM
Iye... Pasti majority nitizen sokong
Moga jadi pengajaran utk ipt Dan penuntut supaya tak berlelua ...
ADVERTISEMENT