Pelakon Azlan Komeng mengakui dirinya sebelum ini pernah berpoligami serta menjalinkan hubungan dengan beberapa orang wanita pada masa yang sama. Menerusi perkongsian di TikTok, Azlan atau nama sebenarnya Muhammad Azlan Kamiran mendedahkan bahawa sebelum berkahwin dengan Nur Nilam, dia tidak pernah bermonogami dalam tempoh masa yang lama. "Aku tak pernah kira pun skandal aku, kalau ikut dalam lima ke enam orang." "Sebenarnya sebelum aku berkenalan dengan isteri aku (Nur Nilam), aku dah ambil keputusan untuk meninggalkan semua termasuk isteri-isteri aku dahulu." "Yang terakhir aku ada dua orang isteri, pernah ada tiga orang isteri juga dan aku tak pernah monogami sebelum ini."
"Sekarang ada seorang sahaja isteri, ini pertama kali aku monogami. Paling lama pun setahun dan selepas itu akan ada isteri lain." Bagaimanapun, aktor tersebut mengakui khilafnya namun mendedahkan kebanyakkan wanita yang menjalinkan hubungan dengannya sanggup untuk berpoligami. "Itu adalah kesalahan aku. Maksudnya aku kurang berfikir dan mudah suka dengan orang." "Sebenarnya majoriti daripada bekas-bekas isteri aku, mereka yang berkehendak (mahukan) dengan aku. Bukan aku yang nak tapi mereka dengan rela untuk menjadi madu." Sedar akan kesalahannya itu, Azlan mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan semua wanita tersebut dan memohon maaf kepada mereka. "Jadi aku putuskan semua, untuk pihak bekas isteri supaya mereka tak sakit hati lagi. Untuk bekas-bekas skandal aku dah berterus terang, aku kata mungkin pernah berjanji jadi aku minta maaf dan aku tidak mahu lagi berkahwin." "Aku kata kalau masih nak bersama atau tidak itu terpulang, tapi aku tidak berjanji untuk mengahwini mereka." "Majoriti masih nak bersama, jadi aku kata kalau nak berkahwin minta dengan tuhan." Dalam pada itu, Azlan juga pernah bernekad untuk tidak lagi mendirikan rumah tangga sebelum mengahwini Nur Nilam. "Sebenarnya sewaktu memutuskan untuk tidak lagi buat perkara ini aku dah minta dengan tuhan yang aku tak mahu berkahwin." "Tapi aku sedar aku hamba cuma aku minta pada Allah kalau ada jodoh lagi berikan jodoh yang terbaik untuk aku dan aku minta juga untuk belajar bersabar." Untuk rekod Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022 dan belum dikurniakan cahaya mata. Sumber: OhBulan Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
"Majoriti masih nak bersama, jadi aku kata kalau nak berkahwin minta dengan tuhan."
ADVERTISEMENT