|
JAKARTA – Perbuatan dua warga emas yang bertengkar sehingga berguling di atas tanah kerana berebut seorang lelaki, mengundang perhatian orang ramai, lapor saluran berita Tribunnews semalam. Kejadian berlaku di sebuah pasar yang terletak di Kampung Masalili, Muna, dalam wilayah Sulawesi Tenggara pada Jumaat lalu. Dua wanita berkenaan hanya dikenali sebagai WI dan WP. Perselisihan itu berlaku apabila suami kepada WI dikatakan berjanji untuk mengahwini WP. Bagaimanapun, janji manis itu tidak ditunaikan sehingga membuatkan WP berang. Hubungan sulit itu kemudian terbongkar dan diketahui si isteri sehingga kedua-dua mereka menyerang antara satu sama lain di tengah pasar. Sebuah klip video memaparkan orang ramai cuba meleraikan pergaduhan tersebut. Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan mengundang perhatian orang ramai. – AGENSI
Sumber: Kosmo Online Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.078162 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.