CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Amaran Penduduk Bumi! Ancaman Letusan Matahari Bakal Terjadi Jumaat Ini

24-7-2024 11:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 50795| Komen: 77



Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berjaya merakam satu letusan plasma gelap di matahari.

Menurut pihaknya, letusan itu mempunyai risiko 60 peratus menyebabkan gelombang radio terputus selain mengganggu sistem komunikasi penerbangan dan satelit minggu ini.

Nyalaan suria ‘sejuk’ pada suhu 19,982 darjah Celsius itu adalah kira-kira satu perempat daripada suhu suar suria ‘panas’ matahari. 

Namun, Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) bertindak mengeluarkan amaran kelmarin bahawa nadi plasma gelap itu boleh membawa kepada turun naik grid kuasa.

Ia berpotensi mengganggu gelombang radio, komunikasi penerbangan dan operasi satelit sekurang-kurangnya pada Jumaat ini.

Awan gelap nyalaan suria sejuk meletus dari matahari jelas dipaparkan menerusi video daripada pihak NASA.

Ia mencipta apa yang kelihatan seperti asap hitam apabila plasma yang lebih sejuk daripada purata itu ‘menembak’ ke utara di atas permukaan matahari.




Sumber: Kosmo Online



Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 24-7-2024 11:20 PM
Acik percaya bahawa Malaysia akan jadi Austria.
Quote krustykrab 24-7-2024 11:29 PM
B40tastePosh replied at 24-7-2024 11:20 PM
Acik percaya bahawa Malaysia akan jadi Austria.

Kalau cuaca malaysia tukar jd 4 musim iols sukerrr
Quote B40tastePosh 24-7-2024 11:30 PM
krustykrab replied at 24-7-2024 11:29 PM
Kalau cuaca malaysia tukar jd 4 musim iols sukerrr

Teringin nak ada banjaran Alps di Malaysia.
Quote Firenzza 24-7-2024 11:31 PM
Dah berbillion tahun tp bahan bakar x habis2 lg
Quote pooh~key 24-7-2024 11:42 PM
Firenzza replied at 24-7-2024 11:31 PM
Dah berbillion tahun tp bahan bakar x habis2 lg

Bakal habis lagi berapa bilion years je lagi katanya sissy. Sebelum matahari mati, earth pun dah tak jadi habitable lagi dah sebab saiz matahari dah jadi big red giant sebegitu sissy.
Quote prettygood 24-7-2024 11:45 PM
baikk
Quote fattymah 24-7-2024 11:47 PM
Dah 2 hari iols ketibas
Quote SalenaGomez 24-7-2024 11:50 PM
fattymah replied at 24-7-2024 11:47 PM
Dah 2 hari iols ketibas


Iyeeer, SG pon rasa panas bahang lately ni. Mandi pon x basah
Quote gigahertz 25-7-2024 12:19 AM
B40tastePosh replied at 24-7-2024 03:20 PM
Acik percaya bahawa Malaysia akan jadi Austria.

Bende ni tak patut jadi isu. sebab kat garisan khatulistiwa.
tapi itu kena kira berapa kuat dia punya letupan.
pada manusia takde masalah. tapi utk power grid , kapal terbang.
mmg jadi isu besar.
Quote Rogue98 25-7-2024 12:25 AM
Kat tiktok ada pakcik tu kata dia akan naik rocket ciptaan sendiri untuk pergi ke matahari. Dia kata ambik masa 3 hari nak sampai. Dah sampai lah kut... takde khabar berita.. ramai lah pesan pasang aircond... ambik selfie... pakai sunblock....
Quote manop 25-7-2024 12:34 AM
geng pemuja acik sittah porem level acik kantin periuk kate ape....kerje bill gates ke? kita tidor dulu halimmmmmm
Quote divalaura 25-7-2024 12:56 AM
tak sabar nak beli banyak2 winter coat
Quote B40tastePosh 25-7-2024 01:09 AM
pooh~key replied at 24-7-2024 11:42 PM
Bakal habis lagi berapa bilion years je lagi katanya sissy. Sebelum matahari mati, earth pun dah t ...

Mungkin Malaysia masa tu jadi Switzerland.

Cuma katanya inhabitable sbb kadar radiasi tinggi
Quote B40tastePosh 25-7-2024 01:11 AM
divalaura replied at 25-7-2024 12:56 AM
tak sabar nak beli banyak2 winter coat

Acik orang Melayu, kelubung pakai kain batik je.
Quote allshares 25-7-2024 02:04 AM
Rogue98 replied at 25-7-2024 12:25 AM
Kat tiktok ada pakcik tu kata dia akan naik rocket ciptaan sendiri untuk pergi ke matahari. Dia kata ...

Mungkin roket dia la tu yg terlanggar matahari, pastu sebabkan letusan.
Quote Itzy 25-7-2024 02:20 AM
[quote]Firenzza: Dah berbillion tahun tp bahan
Matahari akan wujud sampai hari nak kiamat. Matahari akan terbit di sebelah barat dan manusia yang nak bertaubat time tu dah takkan diterima taubat oleh Allah.
Quote Itzy 25-7-2024 02:23 AM
B40tastePosh replied at 25-7-2024 01:09 AM
Mungkin Malaysia masa tu jadi Switzerland.

Cuma katanya inhabitable sbb kadar radiasi tinggi

Bumi akan bergelap selama 40 hari 40 malam akibat hentaman komet. Manusia kafir dan munafik akan rasa kepanasan yang teramat sangat melecur kulit, asap keluar dari mulut hingga ke bontot, dan manusia beriman akan terasa seperti kena demam biasa.
Quote AkokKocik 25-7-2024 05:30 AM
Apa kaitan letusan kat matahari dgn mesia bakal berubah cuaca??? Xpaham aku.
Quote _blackbird 25-7-2024 06:33 AM
Adakah ini berpunca dari abg man dah sampai ke matahari?

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.241270 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top